Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Monday 25 November 2013

Aurat ketika bersalin

Harini, di fb jumpa lagi ilmu bermanafaat untuk saya dan kaum hawa sekalian. tak lupa juga untuk kaum adam, sama2 kita jaga yang hak.
Saya abadikan ilmu ini dalam Kiosk Vitamin sebagai rujukan saya dan anda semua.
--------------

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" Semanis Kurma TV9 untuk yang bergelar dan bakal bergelar Ibu Bapa:

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca, dan tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting. Suami yang kena buat keputusan untuk aurat dan maruah isteri. Jika suami sendiri tak mampu nak bertegas untuk buat pilihan, ia amat mgecewakan (merujuk kepada dalam keadaan yang tidak darurat serta masih ada pilihan).

2. Suami WAJIB jaga dan pelihara aurat isteri ketika dalam wad. Jangan dah masuk wad semua terbang (tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju lengan pendek sahaja, dan sebagainya) sebab kena ingt kadang-kadang ada juga staff lelaki, petugas makanan yang lelaki yang keluar masuk wad.

3. WAJIB untuk MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI, kedua SAUDARA PEREMPUAN, ketiga JURURAWAT PEREMPUAN dan seterusnya. Keutamaan adalah SUAMI.

Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA :

1. NIAT- Niat dari AWAL walaupun sebelum disahkan hamil, ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.

2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh. Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.

3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita. Allah akan hitung tindakan kita.

4. YAKIN - Insyaallah bila mana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.

P/S : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang akan datang. Untuk yang telah berlalu dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya, maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.

Friday 22 November 2013

Faktor penyebab kanser

Rakan2 fb terutama yg pompuan sila baca, copy page dari Prof Dato`Hamid Arshat


Takutkan bila tengok gambar2 ni. Jom kita amalkan pemakanan yang betul dan berkhasiat. kalau tak dapat, amalkan suplemen yang terbaik seperti Shaklee. :D

Monday 18 November 2013

Alasan dan kejayaan

Banyak BERALASAN...masih boleh berjaya...bagaimana?

Anda boleh Berjaya walaupun anda sering memberi alasan atau mencipta alasan.

Ciptalah Suatu Alasan Yang Benar-Benar Kukuh Kenapa Awak Perlu Berjaya

WHY U have to $ucce$$...?

Berapa kuat Why ini lah akan menentukan berapa kuat alasan untuk anda Berjaya. 

Jika anda mempunyai Why yang tidak kuat adalah seperti anda mempunyai “alasan yang nipis” atau “alasan rapuh” untuk Berjaya. 

Dengan mempunyai alasan yang nipis dan rapuh, anda boleh mati di perjalanan dengan hanya berlanggar dengan “kapas” saja. Belum bertempur sudah mati.

Jika tidak mempunyai ALASAN yang kuat.. or [ WHY u must $ucce$$..!! ] Kita akan mudah berkompromi dengan masalah-masalah atau halangan-halangan yg kecil..

Jadi, untuk memastikan anda juga boleh BERJAYA,

CIPTALAH PELBAGAI ALASAN ......
CIPTALAH SERIBU SATU ALASAN .......
Tambahkan kreativiti dalam mencipta ALASAN......
Tapi ingat...!! bukan cipta ALASAN untuk GAGAL, seperti yg pernah anda cipta dahulu... Tapi ciptalah ALASAN untuk berjaya.

Ciptalah SERIBU SATU ALASAN untuk BERJAYA...

Wan Na

Saturday 16 November 2013

Masalah mata dan Carotomax

Post ini ditujukan KHAS untuk anda yang memakai spek :)

Mengamalkan Carotomax... membantu penglihatan anda kembali bersinar :)

Antara masalah penglihatan yang dapat dipertingkatkan:
- Nyctalopia (Rabun Malam)
- Rabun Dekat
- Presbyopic (Tak boleh fokus kepada objek dekat)
- Astigmatism (Penglihatan blurr akibat bentuk kornea yang tak sekata)
- Xerophtalmia (Mata Kering)
- Kelesuan Mata
- Glaucoma 
- Katarak (Lensa mata berselaput)
- Floaters (Masalah penglihatan yang melibatkan Vitreous Humour)
- Eye Bags
- Gegelung Hitam di mata 

Carotomax menghasilkan "Unggu Visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.


Wan Na 
Whatsapp: 016 441 5473.

Wednesday 6 November 2013

Anggur Muscadine dalam vivix vs anggur biasa

Beza antara ANGGUR MUSCADINE (dalam Vivix Shaklee) dengan anggur biasa:

>>> Anggur muscadine sangat tahan lasak, tinggi anti-oksidan dan tinggi kandungan phytonutrients kerana keduanya adalah satu cara alam semulajadi melindungi tanaman seperti anggur muscadine (umpama antibodi semulajadi pada buah)

>>> Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom. Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang kromosom.

>>> Ia mempunyai kadar Resveratrol 6x lebih tinggi dari anggur merah. 

>>> Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:-
> Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
> Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
> Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna


Wan Na

Sunday 3 November 2013

Sambal kecupu

Balik kampung

Harini maraton masak..bfast kmdian lunch...alhamdulillah ikan kakap bakaq boleh makan 3 famili + kerabu ikan buah kecupu 
1st time tengok buah kecupu nih hihi


Kawan2 kenai tak buah ni? :D

Saturday 2 November 2013

Jaundice

Harini kat fb terbaca satu info mengenai jaundice atau lebih mudah dikenali sebagai kuning di kalangan baby baru lahir.

Saya share kan info tu di sini:

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz kebanyakkan bahannya terkandung dalam QASEH.

Sila baca yer..

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau 
ecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...