Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Monday, 25 November 2013

Aurat ketika bersalin

Harini, di fb jumpa lagi ilmu bermanafaat untuk saya dan kaum hawa sekalian. tak lupa juga untuk kaum adam, sama2 kita jaga yang hak.
Saya abadikan ilmu ini dalam Kiosk Vitamin sebagai rujukan saya dan anda semua.
--------------

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" Semanis Kurma TV9 untuk yang bergelar dan bakal bergelar Ibu Bapa:

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca, dan tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting. Suami yang kena buat keputusan untuk aurat dan maruah isteri. Jika suami sendiri tak mampu nak bertegas untuk buat pilihan, ia amat mgecewakan (merujuk kepada dalam keadaan yang tidak darurat serta masih ada pilihan).

2. Suami WAJIB jaga dan pelihara aurat isteri ketika dalam wad. Jangan dah masuk wad semua terbang (tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju lengan pendek sahaja, dan sebagainya) sebab kena ingt kadang-kadang ada juga staff lelaki, petugas makanan yang lelaki yang keluar masuk wad.

3. WAJIB untuk MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI, kedua SAUDARA PEREMPUAN, ketiga JURURAWAT PEREMPUAN dan seterusnya. Keutamaan adalah SUAMI.

Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA :

1. NIAT- Niat dari AWAL walaupun sebelum disahkan hamil, ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.

2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh. Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.

3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita. Allah akan hitung tindakan kita.

4. YAKIN - Insyaallah bila mana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.

P/S : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang akan datang. Untuk yang telah berlalu dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya, maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...