Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Showing posts with label osteoporosis. Show all posts
Showing posts with label osteoporosis. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

Ostematrix adalah jawapan untuk anda yang sering letih, kejang2, lenguh2, sembelit...sakit belakang..sakit gigi,senggugut

Tahukah anda antara banyak2 vitamin yang saya ambil, Ostematrix adalah antara vitamin yang cepat dapat kesannya...Kalau orang tanya saya, apa vitamin untuk orang yang selalu letih, stress, lenguh2, sakit belakang, kejang...saya akan jawab Ostematrix..cukup hanya dengan Ostematrix untuk mengatasi masalah tersebut.



Saya mula makan Ostematrix sewaktu saya mengandung anak ke tiga, akhir 2011....dek tak tahan dengan sakit belakang semasa mengandung, saya google untuk cari suplemen yang boleh kurangkan kesakitan saya memendangkan saya punya 2 orang anak lagi untuk di beri perhatian....At last saya jumpa blog sifu saya mama cery...Alhamdulillah setelah amalkan suplemen asas iaitu Vitalea, B Comp, Vitamin C serta Ostematrix, kesakitan saya berkurang....bangun pagi rasa ringan, kekejangan di pagi hari pun hilang...memang bestt!


Bak kata Kak N...Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia 

mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat 

malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak 

menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang


KESIMPULANNYA

Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah 

water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang 

diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara 

jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan 

kekejangan dan sakit tulang belakang.


Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran 

susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan 

diamalkan.

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko 

kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan 

ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh 

badan anda!



Berikut komen2 dari customer2 kami...termasuk saya..hehhe:
Hazelina Alim yap ostematrix mmg bes .....sejak 3 minggu da tau prgnt x 
mkn ostmtrix br beli stok arini baru rasa segar bgn pagi....



Tuesday at 3:23pm · 


Ummi Hanifah Abd Halim OsteMatrix mmg best. Bgn pagi segar.



Tuesday at 12:46pm via mobile · 


Cery MamaFaiz OSTEMATRIX terbaiksss..mkn sebelum tidur 4bj.. esok 

bgn leh jd supermak.. ahhaha

Tuesday at 11:59am · 
Berminat?
Hubungi saya:
SMS 019-9824691

Kurangkan komplikasi semasa meneran - Kalsium penting untuk wanita hamil


Hari ini kita baca sedikit satu atikel dalam akhbar Kosmotentang kepentingan Kalsium untuk wanita hamil.

*****
Kurangkan komplikasi semasa meneran
Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.

Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.

PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

credit elaila.net

Anda bagaimana?

Pil Kalsium pilihan saya tentulah Ostematrix Shaklee





Kelebihan OsteMatrix SHAKLEE :
- 1000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi (highly concentrated) dan mudah diserap
- 400 mg (100% DV) magnesium bergabung dengan kalsium untuk kekuatan tulang
- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium.



Hubungi saya jika berminat:
Sms 019-9824691

Saturday, 2 March 2013

PROMOSI MARCH 2013

Selamat pagi warga bloggers.

Setiap bulan, penggemar produk Shaklee mesti ternanti-nanti apakah produk yang di promosikan...yelah sebab masa ni lah mereka boleh dapatkan produk dengan harga yang lebih endah dari biasa....Anda bagaimana?? Dah cuba keberkesanan produk2 Shaklee?..Kalau belum, jom cuba produk kegemaran ramai ni ---> OSTEMATRIX



So, saya nak share pasal OsteMatrix SHAKLEE.

- membantu mengurangkan risiko osteoporosis
- membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat
- membantu mengekalkan tekanan darah normal
- membantu dalam pengecutan otot dan kelancaran sistem saraf
- mengurangkan simptom PMS (senggugut)

Kelebihan OsteMatrix SHAKLEE :
- 1000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi (highly concentrated) dan mudah diserap
- 400 mg (100% DV) magnesium bergabung dengan kalsium untuk kekuatan tulang
- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium.


Jom dapatkannya sekarang, boleh hubungi saya :

Email : kioskvitamin@gmail.com
SMS : 019-9824691

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Saturday, 4 August 2012

GLA complex - mengurangkan kesakitan ketika haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid,melegakan tanda2 menopous, kecantikan kulit.




GLA complex merupakan kombinasi minyak borage, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Ia digunakan secara tradisional bagi mengurangkan kesakitan ketika haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda2 menopous. 

GLA Complex daripada Shaklee dihasilkan daripada borage dan mengandungi lebih 2x ganda GLA jika dibandingkan dengan EPO. Ia merupakan smber terbaik untuk Omega-6 dan gabungan minyak sunflower dan vitamin E meningkatkan lagi keberkesanannya. Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan dari EPO.

Kajian di University of Maryland Medical Center menunjukkan GLA mampu:

1. mengurangkan kesakitan untuk pesakit yang mengidap diabetic neuropathy
2. mengurangkan kesakitan sendi akibat rheumatoid arthritis (dalam masa 3 bulan)
3. membantu individu yang mempunyai ADHD dan autisma. Ini kerana individu yang mempunyai ADHD dan autism mempunyai kadar EFA (omega 3 and 6) yang rendah. EFA diperlukan untuk fungsi otak yang optimum. 
4. membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
5. mengurangkan tahap bone loss dan membantu mencegah osteoporosis

Selain itu, GLA juga berfungsi untuk:

6. menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yg meningkatkan sistem imun tubuh , menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
7.memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
8. melambatkan menopouse - memperbaiki keadaan menopouse spt hot flashes, insomnia, ketidakhadaman.
9. mengawalselia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi dan kesakitan payudara.

_________________________________________________________________


Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.

sumber: 
http://utusan.adamantsys.com/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm


Siapa perlukan GLA?
> Diabetes
> Period tak teratur
> Mencantikkan kulit

hubungi saya untuk cara pengambilan suplemen ini.


Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691| wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com

Saya ibu menyusu, apakah yang set yg sesuai dgn saya


Q:  Saya ibu menyusu, apakah yang set yg sesuai dgn saya
(Masalah saya - susu  kurang,letih,kulit kusam..n yang sewaktu dgnnya)


Terima  kasih kerana sudi  bertanya, ilmu yg dikongsi disini adalah utk manfaat  bersama. Tiada paksaan utk membeli kerana anda ada hak sebagai seorang  pengguna. Masalah susu sedikit, susu merudum (disebabkan oleh  letih, jadual pam tak teratur, period, pengambilan antibiotk, diet harian  tak seimbang,etc) adalah sesuatu yg normal di kalangan ibu menyusu.  Penyusuan susu ibu adalah satu tanggungjwb berat,nampak mudah tapi tidak  semudah yg disangkakan. Ujiannya besar kerana ganjaran yg Allah  janjikan utk ibu2 menyusu juga besar.. Saya juga sekarang tengah berjuang seperti anda... Up down sepanjang penyusuan adalah  normal.

Pengambilan  supplemen adalah salah satu usaha.. salah satu checklist yg perlu ada  dlm menjayakan penyusuan... Bagi saya dan ibu2 menyusu yang dah merasai  suplemen shaklee, mereka mengakui supplemen sangat membantu melancarkan  penghasilan susu. Tetapi harus diingat, CHEKCLIST yg lengkap dlm  menjayakan penyusuan adalah gabungan=Tubuh yang sihat + Supply Vs Demand  (kene kerap pam) + Pemakanan yang menepati Piramid Makanan + diet  seorang ibu yg menyusukan anak. ++Doa yang tidak pernah putus pada Allah  SWT + akhir sekali Istiqamah iaitu konsisten.

Supplemen  shaklee  bukan sekadar Milk Booster. Manfaat yang diperoleh terlalu  banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan (sistem saraf, sistem  peredaran darah, sistem perkumuhan dll). Senang cerita it repair,  rejuvenate, and nourish tubuh kita dari dalam sehingga ke luaran. Shaklee  suplement adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan  taraf kesihatan anda.

Berikut fungsi setiap2 vitamin yang disuggestkan :

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi :  ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak  membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat  dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit  tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat  di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

B complex :  lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi  membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih  stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.

Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan...dan kulit lebih cantikkk.

Alfalfa :  raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi  kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu  mencepatkan  penghasilan susu ibu.

Kalsium@ Ostematrix : Dalam  susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium  penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh  manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh  dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan  pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan  susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini  berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu  tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang  belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab  itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama  sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual  (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang  kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

ESP @ Energizing Soy Protien : Komposis  vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel.  Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan  protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi  mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur  keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi  memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal  keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein  sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus  pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan  goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah  musnah semasa proses memasak itu sendiri.

______________________
CADANGAN SUPPLEMEN:
Jadi  apa yang saya suggestkan berikut adalah yg saya juga ambil sekarang dan ia juga pilihan ibu2 seluruh  Malaysia

Set basic : Mengandungi ESP 1canister (Energizing Soy Protin) + trialpack Set B (Vitalea, B Complex, Vita C, Alfalfa. Ini utk kegunaan 1-2bulan.
*Anda juga boleh add on sebotol ostematrix (Cal/Mag)-utk tulang,bina darah,tenaga optimum... ataupun add on vitamin lain seperti Vita E/GLA (utk kulit cantik dan keintiman wanita) Lecitin (utk memecahkan lemak secara sihat). Omega guard (membantu meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu disamping membantu paras kolestrol dalam badan ibu)
_____________________________
Majoriti ibu2 mengambil set 3M... (ESP+set b+Ostematrix)


                                                                Set B


                            Set 3M



Terpulang kepada puan....Kalau  kita nak menyusukan anak tanpa perlu mengambil apa2  supplemen..terserah… tetapi pastikan kita mampu untuk menyediakan  kesemua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian sejajar dengan  keperluan tubuh kita kita dan anak.....bak kata sahabat saya.... "kita  taknaklah nnt kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga dua tahun  tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang…, kulit kusam , nampak tua dari  umur, tak bermaya, lesu…dan banyak lagi…"


Berminat?
Sila hubungi

Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691| wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com


Thursday, 2 August 2012

Bahaya kurang kalsium bagi ibu hamil dan menyusukan anak..

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.


MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.


TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.

“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

Sumber Rujukan:

http://www.kosmo.com.my/

Lindungi tulang anda dengan Ostematrix. Anda memerlukan lebih daripada kalsium semata-mata untuk membina tulang yang kuat. Ostematrix juga menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
# Membina tulang dan gigi yang kuat
# Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
# Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
# membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

* Produkini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Berminat untuk mendapatkan Ostematrix?

Hubungi saya:
Pn Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID : 880309]
O19-9824691 | wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Wednesday, 1 August 2012

Kalsium x di hasil semulajadi dlm badan..so ambil susu or suplement utk kuatkan tulang n gigi anda


Kalsium amat penting dalam badan kita terutama mommies yg sedang mengandung dan bf...cuba kira2 adakah keperluan kalsium anda cukup?


Setiap hari, badan kita akan hilang Kalsium sekurang-kurangnya 600grm. So kalau makanan yang kita makan tak dapat bekalkan sebanyak at least 600gram kalsium. Lebihnya akan diambil dari tulang dan gigi. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti 
(1) Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut (orang kampung aku kata kepai)
(2) Sukar tidur (Insomnia)
(3) Usus menjadi lemah dan sering sembelit
(4) Sakit pinggang dan kaki
(5) Cepat naik angin dan mudah terkejut
(6) Luka susah sembuh, darah lambat beku
(7) Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
(8) Menurunkan kadar metabolisme
(9) Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
(10) Lemah, tidak berdaya dan cepat letih


Simptom kekurangan kalsium pada kanak-kanak pulak
(1) Selalu berpeluh ketika tidur
(2) Sukar tidur lena
(3) Terkejut, menangis pada waktu malam
(4) Hyperaktif
(5) Tiada selera makan, memilih makanan
(6) Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
(7) Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
(8) Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
(9) Rendah, lemah badan


Kalau ibu-ibu yang dah lepas bersalin, rambut mudah gugur. Salah satu puncanya juga adalah kerana kekurangan kalsium. Biasa la perempuan ni delicate sikit. Saya sendiri lepas anak masuk dua ni selalu jugak sakit-sakit sendi dan lenguh otot kaki. Kalau kurang secara extreme, gigi pun boleh rosak. So pada wanita-wanita diluar sana. Jangan abaikan pengambilan kalsium ya. 


"kalsium x di hasil semulajadi dlm badan..so ambil susu or suplement utk kuatkan tulang n gigi anda,sblm ia hilang sblm waktunye..hehe"

Ya, saya setuju! Sila baca dibawah!!

Sumber kalsium tubuh kita dpt melalui 2 cara..

1- dari makanan yang kita makan
2- dari dalam tubuh kita sendiri apabila kita tidak fulfill cara 1

ramai yg pandang enteng ttg kekurangan calcium dari pengambilan makanan harian, akibatnya badan akan mengambil kalsium yg disimpan di tulang dan gigi utk kegunaan badan..disebabkan itu, ramai ibu2 yg BF mengadu.. mengalami kerosakkan gigi..rasa sakit pinggang..sendi..lenguh2.. BEWARE..anda mungkin sedang menggunakan kalsium simpanan hari tua anda ;(

Dipetik dari Harvard Health Publication

NOTE 1:
#Jika anda sedang mencari supplement calcium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?

==> Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh
==> Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di dalam tubuh
==> Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yg kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan)
==> Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yg lebih baik pada sistem cardiovascular anda
==> Magnesium dan calcium bergambung membantu mengatasi
masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena

NOTE 2:
Jangan lupa, lengkapilah calcium supplement anda dengan vit D! Kenapa?
==> Vit D memaksimakan penyerapan calcium didalam tubuh
==> Vit D juga membantu regulate calsium didalam peredaran darah

NOTE 3:
carilah calcium supplement dari sumber calcium citrate kerana kadar penyerapan kedalam tubuh lebih tinggi!!

Jadi, kesimpulannya...semuanya terdapat didalam Shaklee Ostematrix!

‎1) FDA/RDA dsbnye ..recommendation yg dibuat adalah berdasarkan keperluan individu yg IDEAL >>> Sihat tubuh badan tanpa sebarang masalah kesihatan..

2) Calcium toxicity/excess jika diambil 2500 mg >> SETIAP HARI (Earl Mindell)

3) Perlu ingat calcium ni banyak musuh..
>>> Lebih ratio calcium: phosphorus (normal 2:1) ..so if suke makan high phosporus.. calcium akan deplete
>>> ambil ubat2 ade sesetengahnya mengurangkan calcium absorption, kurangkan calcium dlm darah, tulang..
>>> suke makan lelemak, oxalic acid dalam coklat dll makanan.. phytic acid..caffein menghalang penyerapan calcium..

‎4) Calcium works best with A, C, & iron.. so logicla kan kenapa dalam vitalea ada calcium.. sbb complement each other.. plus, 225 mg tu x cukup keperluan daily.. sbb tu supplement calcium masih diperlukan..

5) Dalam ESP ada calcium.. yang ni salah satu criteria pilih soya kan..kene ada calcium..

Tidak semua kalsium yang dimakan itu sebenarnya diserap di dalam usus. Manusia menyerap kira-kira 30% daripada kalsium dalam makanan, tetapi ini bergantung kepada jenis makanan yang diambil. Faktor-faktor lain juga mempengaruhi penyerapan kalsium termasuk yang berikut:

Jumlah yang digunakan: kecekapan penyerapan berkurangan selaras dengan peningkatan pengambilan kalsium

Peringkat umur dan kehidupan: penyerapan kalsium bersih adalah setinggi 60% dalam bayi dan anak-anak muda, yang memerlukan sejumlah besar mineral untuk membina tulang. Penyerapan berkurangan kepada 15% -20% dewasa (walaupun ia meningkat semasa mengandung) dan terus menurun apabila umur orang, berbanding dengan muda dewasa, pengambilan kalsium yang disyorkan adalah lebih tinggi bagi wanita yang berumur lebih dari 50 tahun dan bagi kedua-dua lelaki dan perempuan lebih tua daripada 70 tahun.

> Vitamin D intake: this nutrient, obtained from food and produced by skin when exposed to sunlight of sufficient intensity, improves calcium absorption.

Komponen lain dalam makanan: asid phytic dan asid oksalik, dijumpai secara semulajadi dalam beberapa tumbuhan, mengikat kepada kalsium dan boleh merencat penyerapan. Makanan dengan tahap asid oksalik yang tinggi termasuk bayam, Collard hijau, ubi keledek, perkelahian, dan kacang. Antara makanan yang tinggi dalam asid phytic yang mengandungi serat gandum dan dedak gandum, kacang, biji benih, kacang, dan pencilan soya. Sejauh mana sebatian ini memberi kesan penyerapan kalsium berbeza. Kajian menunjukkan, sebagai contoh, yang makan bayam dan susu pada masa yang sama mengurangkan penyerapan kalsium dalam susu. Sebaliknya, produk gandum (kecuali yang terdiri daripada dedak gandum) tidak muncul untuk penyerapan kalsium yang rendah. Bagi orang-orang yang makan pelbagai jenis makanan, interaksi ini mungkin mempunyai akibat pemakanan yang sedikit atau tiada, dan tambahan pula, diambil kira dalam keseluruhan DRIs kalsium, yang faktor dalam perbezaan dalam penyerapan kalsium dalam diet campuran.

Beberapa kalsium yang diserap disingkirkan daripada badan dalam air kencing, najis, dan peluh. Jumlah ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut:

Natrium dan pengambilan protein: pengambilan natrium yang tinggi meningkatkan perkumuhan kalsium kencing . Pengambilan protein yang tinggi juga meningkatkan perkumuhan kalsium dan oleh itu berfikir untuk memberikan kesan negatif terhadap status kalsium. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pengambilan protein yang tinggi juga meningkatkan penyerapan kalsium dalam usus, berkesan pengimbangan kesannya terhadap perkumuhan kalsium, badan supaya seluruh pengekalan kalsium tidak berubah .

Pengambilan kafein: perangsang ini dalam kopi dan teh sederhana boleh meningkatkan perkumuhan kalsium dan mengurangkan penyerapan . Satu cawan kopi dibancuh biasa, sebagai contoh, menyebabkan kerugian hanya 2-3 mg kalsium. Penggunaan kafein sederhana (1 cawan kopi atau 2 cawan teh sehari) di kalangan wanita muda tidak mempunyai kesan negatif ke atas tulang....

Pengambilan alkohol: pengambilan alkohol boleh menjejaskan status kalsium dengan mengurangkan penyerapan dan oleh enzim yang menghalang di dalam hati yang membantu menukar vitamin D kepada bentuk aktif . Walau bagaimanapun, jumlah alkohol yang diperlukan untuk menjejaskan status kalsium dan sama ada pengambilan alkohol yang sederhana membantu atau memudaratkan tulang tidak diketahui.

Pengambilan fosforus: kesan mineral ini pada perkumuhan kalsium adalah minimum. Beberapa kajian pemerhatian mencadangkan bahawa pengambilan minuman ringan berkarbonat dengan tahap yang tinggi fosfat dikaitkan dengan pengurangan jisim tulang dan peningkatan risiko keretakan. Walau bagaimanapun, kesan yang mungkin disebabkan untuk menggantikan susu dengan soda dan bukannya fosforus sendiri.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran: asid metabolik yang dihasilkan oleh diet tinggi dalam protein dan bijirin peningkatan perkumuhan kalsium. Buah-buahan dan sayur-sayuran, apabila metabolisme, menganjak keseimbangan asid / asas badan ke arah alkali oleh bikarbonat pengeluaran, yang mengurangkan perkumuhan kalsium. Walau bagaimanapun, ia adalah tidak jelas jika mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran menjejaskan kepadatan mineral tulang. Makanan ini, di samping mengurangkan perkumuhan kalsium, mungkin boleh mengurangkan penyerapan kalsium daripada usus dan oleh itu tidak mempunyai kesan bersih ke atas baki kalsium.

so terpulanglah pada orang tu nak kate banyaaaakkk sangat calcium die amek dah... kene juge check body tu.. kalo engine dah kaput.. cell dah banyak yang kaput.. absorption pun kaput.. sbb tu ade orang makan supplement kesan cepat ade yg lambat..bergantung pada kekaputan engine masing2..

_________________________________________________________________

Shaklee Ostematrix
Ostematrix membekalkan :
# 1000 mg (100% Pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber2 yg mempunyai tahap kepekatan yg tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
# 400 mg (100% Pengambilan harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
# 400 IU (100% Pengambilan harian) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Penyerapan yg terbukti secara klinikal:
Pengambilan hanya 2 kaplet Ostematrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yg disukat dalam suatu tempoh 12 jam.Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu. 

Fungsi:
* Menguatkan tulang
* Memperbaiki kekejangan dan kebas2
* Meringankan stress
* Memperbaiki masalah haid (Mengurangkan senggugut)
* Memastikan imbangan pH tubuh
* Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

1 tablet Oste = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam



Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut

Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691| wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...