Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Saturday 28 July 2012

Saya mengamalkan vitamin C, bagaimana dgn vitamin lain?

Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?

Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

sumber: utusan.com.my

Wan Norazlina [019-9824691]
Shaklee Independent Distributor
ID 880309
kioskvitamin@gmail.com




Friday 27 July 2012

Kulit saya makin berseri, mulus dan bersih...anda nak tau rahsianya?

Wah... hangat topik wajah berseri, bersih , kulit lebih mulus di kalangan geng2 euphoria... ni nak dekat Raya.. semua orang nak kulit yang cantik gitu.. ada siapa2 taknak?
Anda inginkan kulit yang cantik? Bagi saya semua orang dilahirkan cantik..Anda adalah apa yang anda fikirkan... Jika anda fikirkan anda cantik, maka semua akan melihat anda cantik.. Ingat ye bahawa kecantikan dalaman itu lebih penting.. dari hati yg bersih akan terpancar ke raut wajah ia akan bersinar.. ahaha.. Tapi ape2 pun.. back to realiti. utk mendapat kulit yang cantik,mulakan dgn pemakanan dan gaya hidup sihat...

Dulu, saya banyak masalah kulit... muka ok, tapi baagian badan yg lain terutama di bahagian kaki...saya ada penyakit eczema (gatal2)...bila dah gatal..memang tak leh tahan..garu je kejenya..akhirnya tempat gatal tu tinggal parut...dah banyak produk yg sy guna...hasilnya hampa...sehinggalah saya jumpa Shaklee... 


Apa yang saya mkn?
Pengambilan yg konsisten Vitamin E, ESP (soy protin), Vitamin C, B Complex Empat ni saya wajib mkn hari2..GLA Complex selang sehari... Alhamdulillah lepas seminggu, saya dapat rasa kulit semakin licin, lembab dan parut kat betis yg banyak mcm bunga tu makin pudar....harap2 semua parut tu boleh hilang.....


Berapa lama kesan ini pada wajah?
Terus terang saya kata.. dalam seminggu anda akan nampak kulit anda berseri.. glowing gitu... dan dlm masa 21hari sel kulit akan berganti baru.. dan kesan pengambilan vitamin2 di atas seperti GLA complex.. adalah dlm 2-3bulan...

Cubalah dan tanpa anda sedari, ramai akan bertanya apa yang anda amalkan... :-) . Dan oh ya. Trial Pack utk kulit cantik,mmg antara trial pack yang glemer dan mendapat sambutan yg tinggi hari2..



Puan Wan norazlinaShaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691 | wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com


Tips merawat kulit kusam


Info sharing hari ini adalah berkaitan kulit..info dari majalah Rapi yg saya baca

"kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada dipermukaan kulit.jika timbunan tersebut dibiarkan berkumpul sekian lama akan menyebabkn warna kulit hilang seri dan nampak kusam. Masalah ini meningkt dgn usia yg bertambah. Faktor seperti kerosakn kulit akibat sinaran matahari,pencemaran, nutrisi pemakanan tak seimbang,rokok,alkohol,genetik juga memainkn peranan dalam menyebabkan kulit kusam

Jadi bagaimana merawat kulit kusam?
Nutrisi dalaman antara kaedah selamat efektif mudah dan murah.(berbanding laser). Apa yg kita mkn akan terserlah pada kulit kerana sebagai organ terbesar dlm bdn. Kekurangan nutrisi akn menampakkan impak pada kulit terutamanya kulit wajah.. Utk mndpt kulit wajah yg cantik,sihat, lembap, anjal berseri disyorkn amalkn mengambil suplemen asas seperti B Complex, Vitamin C dan Vitamin E. Ia memberi kesan segera seawal 7 hari dan mmberi faedah dari sudut kesihatan dan juga kecantikn sekaligus.

Kaedah lain:
Eksfoliasi-timbunan kulit mati di bhg atas kulit perlu dilupuskn utk menyerlahkn warna dan kulit hidup yg sebenar dgn cara eksfoliasi berkala. Guna cara yg semulajadi menggunakn buahan yg mengandungi asid alfa hidroksil seperti betik nenas dan aprikot. Potong kecil2, lumatkan, ratakan dimuka, biar 20min dan bilas. lakukn 2 hari sekali.
Gunakan pelembap-setiap hari. guna yg mgndungi bahan yg bolemerangsangkan penghasilan kolagen di bwh kulit seperti vit c dan vit e.
Hidrasi kulit-apb air kurang dlm bdn, kulit akan keliatan kering dan kusam. Pastikan minum air 8 gelas sehari bg memastikan hidrasi kulit pada paras optima supaya kult lebih lembut berseri

Bagi yang ingin mencari supplemen asas utk kesihatan kulit dari produk Shaklee, boleh emailkan kepada saya / sms agar saya dapat membantu anda dalam pengambilan vitamin yang betul untuk kesihatan yang optimum.
credit




Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691| wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com

Thursday 26 July 2012

Vitamin untuk kulit..Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama.


Lama dah tak update blog ni....mmm harini ada masa nak update...nak cite pasal kecantikan since ramai yg nak touch-up2 sebelum raya ni kan... raya...semua nak baru..baju baru, kasut baru, muka pun kalo blh nak baru...hehehe....harini nak kongsi apa yg saya baca dari blog mama cery, bagaimana makanan boleh membantu kita jadi cantik....

Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E. Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.



Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691 | wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com


Sunday 22 July 2012

mighty 3 gems


Kenapa anda perlu mengambil MIGHTY 3 GEMS di bulan Ramadhan

MIGHTY 3 GEMS MENGANDUNGI :-


Energizing Soy Protein (ESP)
Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara. Tidakkah anda mahu tampil jelita di pagi AidilFitri nanti?

Performance Drink
Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan!

Shaklee Meal Shakes
Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga!

NOTE : -
Ibu-ibu menyusu & mengandung juga boleh mengambil ketiga-tiga produk ini dengan selamat.
Kanak-kanak pun turut boleh ambil produk di atas, cuma untuk kanak-kanak kurang 7 tahun, bancuh dengan sedikit cair.




Wan Norazlina
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
SHAKLEE ID : 880309
AREA BUKIT MERTAJAM
HP No. =019-9824691
Email = kioskvitamin@gmail.com

Tips meyusu di bulan Ramadhan


Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain. 
2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”. 
3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur” 
4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI. 
5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair. 
6. Makan banyak kurma. 
7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas. 
8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. 
9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran. 
10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi. 
11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. 
12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak. 
13. Pam susu sebelum sahur. 
14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan). 
15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan. 
16. Ambil milk booster jika perlu. 
17. Elakkan terlalu penat. 
18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria 
19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah. 

Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak

• Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”. 
• Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja. 
• Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka. 
• Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]

Sumber: http://duniasusuibu.com/sudut-perspektif-islam/menyusu-dan-ramadhan


* contact Wanna 016 - 441 5473
untuk free consultation, pertanyaan dan order *

Testimoni set penyusuan


Inilah testimoni mommies yg telah mencuba set breastfeeding shaklee

 susu mummy lemak berkrim

baby cepat kenyang dan senang tido malam..so, kita pun boleh la tido dengan selesanya :)

 Badan sehat dan cergas
milk production improve in quality and quantity


Banyak kan susu dia
sekali pam dapat 15 oz 



:)





Mesti anda tertanya2 apa itu 3M.... itulah super dooper booster yang paling glamor.(refer gbr di bwh). Pendek kata , ia lengkap memenuhi keperluan nutrisi seorang ibu menyusu.... Jadi anda nilaikan sendiri yg mana satu anda inginkan utk dijaddikan milk booster anda... yang penting jgn lupa konsep supply n demand dan juga menadah tangan memohon doa padaNya.. 

Set 3M.


* contact Wanna 016 - 441 5473
untuk free consultation, pertanyaan dan order

Set penyusuan

Option untuk set breastfeeding:




1. Set B breasfeeding 
mengandungi:
· Vitalea (Multivit)
· Bcomplex
· Vita C
· Alfalfa
Full Pack Set B (basic) (last up to 4-6 months)

Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk
memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. 
Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C
dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. 

Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, 
Vitamin C fokus on imun sistem, 
Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh
manakala 
Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan
susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si
bayi mengalami masalah tersebut.



SET E


2. Set B + Ostematrix
mengandungi:
· Vitalea (Multivit)
· Bcomplex
· Vita C
· Alfalfa
· Ostematrix
Full Pack set B with Ostematrix (Cal/Mag) 

Set ni lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan
kalsium dalam diet harian. 
Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula
lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 
Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix. 

Siapa yang perlu set ini? 
Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set
ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan
untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.  
Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si
ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.



SET 3M


3. Set 3M Milk Booster
· Vitalea
· Bcomplex
· Vita C
· Alfalfa
· ESP (Soy Protein)
  Osteomatrix
Full Pack set B with ESP and Oste 

Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. 

Siapa yang perlu amik set ini?
* Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan
* Si ibu yang nak mula menyimpan stok
* Si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam
* Si ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.


Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah
penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air
sekurang-kurangnya 3L sehari.. maka set ini membantu membaiki mana-mana
kekurangan atau lohong zat yang diperlu

* tak tahu atau confuse nak amik set yang mana??? sila contact saya di 016 - 441 5473 / kioskvitamin@gmail.com untuk order, pertanyaan consultation atau nak cuba consume untuk 30 hari.
   
Jika nak dapatkan di branch shaklee yang berdekatan anda  boleh guna ID saya 880309 dan inform saya untuk mendapat consultation percuma.

Set kesihatan mana?


Set A - Kesihatan Optimum



Set C - Set Berpantang





Set Mengandung

Set J-1 (Trimester 1)



Set J-2 (Trimester 2 & 3)




Set Penjagaan Diri


Set D (Kesihatan Kulit / Kesuburan)




Set F (Penjagaan Dalaman Wanita)


Set N (Suami Isteri)




Set K (Pengurusan Berat Badan)

Set K-1


Set K-2



Set G (Resdung / Alergi / Astma / Eczema)




Set H (Pertahanan Badan)



Set M (Kanak-kanak)



*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE

* tak tahu atau confuse nak amik set yang mana??? sila contact saya di 016 - 441 5473 / kioskvitamin@gmail.com untuk order, pertanyaan consultation atau nak cuba consume untuk 30 hari.
   
Jika nak dapatkan di branch shaklee yang berdekatan anda  boleh guna ID saya 880309 dan inform saya untuk mendapat consultation percuma.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...