Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Konsisten vitamin B dan Vitamin C kulit boleh cantik dan....slim

Selamat pagi semua.

Pagi2 ni saya nak share 1 testimoni dengan anda


Nampak tak perubahan dalam gambar di atas?

Pn Hilmiah makin cantik dan slim hanya dengan konsisten amalkan VITAMIN B COMPLEX dan VITAMIN C Shaklee.

Boleh jadi macam tu ye dengan hanya vitamin b dan vitamin c?
Ya. 

Kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.

Vitamin B Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.

Ramai kawan2 cakap tak suka vitamin B sebab boleh menggemukkan. 

1. B complex buat saya selera la
2. B complex buat badan saya gemuk la
3. B complex buat saya cepat lapar la

Sebenarnya SALAH.

Apa yang orang tak faham?
Sebenarnya B complex merupakan spark pulg dalam badan. Ia berguna dalam membakar gula (daripada makanan) untuk menghasilkan tenaga. Orang yang mendapat diabetes adalah mereka yang kurang B complex dalam badan sebab itu gula itu tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. 

Tanda-tanda kekurangn B-Complex
· Mental & Emotion – Depression (kemurungan), Anxiety, Moodiness, Difficulty concentration, Defensive, minda yang tertutup, mudah marah, merajuk , emosi.
· Keletihan/tidak bermaya/wajah nampak kusam
· Tidak dapat duduk diam (resah gelisah)
· Panik (menggelabah/buntu/darah gemuruh)
· Sedih tanpa punca (termenung)
· Kekurangan selera makan
· Sembelit
· Water retention
· Sensitivity to light
· Dandruff
· Pre-menstrual tension

Sebab-sebab kemusnahan B Complex
· Jenis larut air – perlu sentiasa diganti
· Boleh musnah oleh matahari/heat/haba – proses memasak
· Memakan banyak gula boleh menghabiskan B Complex. Eg – satu botol Coca cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca cola ke bentuk tenaga
· Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex
· Strss – tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex
· Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex
· Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B

Fungsi-fungsi B Complex
· Peranan utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga
· Membantu memetabolismekan:-
- Lemak
-Karbohidrat
-Protein
· Anti stress
· Mengurang risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang
· Asid folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
· “B” for beauty – true beauty radiates from within
· Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission)
· Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

Untuk siapa?
· Orang demam
· Stress
· Kaki arak
· Mereka yang terlibat dengan aktiviti yang meletihkan
· Pengguna pil perancang
· Jerawat (acne)
· Alahan dari perasa MSG
· Gementar (nervous)
· Membantu dalam masalah berkaitan PMS, mengandung dan masalah menopause – terutama B6. Awas B6 tidak boleh diambil secara tersendiri, ia mesti digabungi dengan kelapan-lapan keluarga B

Vitamin B yang baik ialah:-
Perlu mengandungi 8 keluarga B. Jika salah satu daripadanya kurang, Vitamin B berkenaan tidak berkesan. Keluarga B berkenaan tidak berkesan. 

Keluarga B yang dimaksudkan adalah: B1(Thiamin), B2(Riboflavin), B3(Niacin), B5(Pantothenic acid), B6(Pyridoxine), B12(Cyanacobalamin), Biotin dan Asid Folic. Bacalah labe; pada botol dengan teliti agar tidak menanggung kerugian.
Biotin dan Asid Folic diberi dalam kadar 100%

Kenapa air kencing bertukar kekuningan selepas pengambilan B Complex?

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah kerana ianya adalah kesan daripada unsur B2(Riboflavin) yang terdapat di dalam B Complex. Ini kerana vitamin B merupakan vitamin yang larut air, B2(Riboflavin yang tidak diserap akan disingkirkan melalui air kencing dan kesan yang dilihat kepada urin bertukar menjadi warna seakan kuning cerah/fluorescent. Sekiranya ianya berwarna kuning yang pekat/gelap menandakan bahawa tubuh badan kita kekurangan air (dehidrasi), jadi pastikan minum air secukupnya. 

Nak cuba ?
Hubungi Wan Na  
SMS/ WA/ Wechat  016 441 5473

Friday, 25 January 2013

Vita-C Plus 100mg restok dengan harga RUNTUH selagi stok masih ada

 
Ini dia Vita-C Plus 100 mg sudah ada di tangan saya. Sebanyak 72 botol kesemuanya. Bila saya sebut Vita-C Plus 100mg, ramai yang tak tau ini adalah vitamin C Shaklee.Di Shaklee, selain dari Sustained Release Vita-C Plus (500mg), ada satu lagi vitamin c yang dikenali sebagai Chewable Vita-C Plus (100mg).

Jom kita lihat FAQ mengenai kedua-dua vitamin ini:

#1 - Sama ke kandungan kedua-dua vitamin ni?



Ya sama. Berikut adalah kandungan secara ringkas:
Chewable Vita-C Plus (100mg)
# Mempunyai Vitamin C - 117.90mg
# Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg
# Rose Hips Powder - 40.00mg
Sustained Release Vita-C Plus (500mg)
# Mempunyai Vitamin C - 553.00mg
# Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg

Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg)mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin c yang hebat). Ia juga dikatakan sebagai 'stomach tonic' kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. 

#2- Sama fungsi?
Ya sama. Fungsinya memang sama. Seperti yang kita dah sedia maklum fungsi Vitamin C sangat banyak:
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


  • # 3 - Berapa mg?
    Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg
    Sustained Release Vita-C Plus mempunyai 500mg

    # 4 - Harga dan berapa biji?
    Chewable Vita-C Plus (100mg)
    Harga Runcit: RM37.50
    90 biji
    Sustained Release Vita-C Plus 500mg
    Harga Runcit: RM92.50
    180 biji

    *untuk harga comey sila la hubungi saya ya (^_^)

    # 4 - Keistimewaan?
    Chewable Vita-C Plus (100mg)
    - Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Malah ada studi yang mengatakan, vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan kita. 
    Sustained Release Vita-C Plus 500mg
    Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!

    Walaupun kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing, namun yang paling penting ialah both are natural, halal, bersih, bukan sintetik dan paling penting ia mempunyai bioflavonoids.**

    ** Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit

    Stok Sustained Release Vita-C Plus 500mg tidak ada di Shaklee buat masa sekarang sehingga April 2013.
    Sekiranya anda benar-benar mahu kebaikan vitamin C daripada Shaklee, Chewable Vita-C Plus 100mg merupakan pilihan yang paling tepat!

    Jom hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Vitamin C anda dan pastinya konsultasi PERCUMA daripada saya (selagi anda adalah customer saya yang sangat saya hargai)

    Berminat? 

    Contact saya:
    Wan Norazlina [019-9824691]
    Shaklee Independent Distributor
    ID 880309
    kioskvitamin@gmail.com
    FB Page: Kiosk Vitamin

    Tuesday, 4 September 2012

    Fakta menarik mengenai vitamin C


    Adakah anda perlukan vitamin C? Sebenarnya soalan ini tidak perlu ditanya lagi, sebaliknya “Vitamin C yang manakah yang paling efektif?”

    Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, yang bianya didapati dalam buah-buahan sitrus, beri dan sayuran. Apakh fungsi vitamin C ni?

    Fungsi Vitamin C
    ANTIOKSIDAN – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser

    MENINGKATKAN FUNGSI METABOLIK TUBUH – terlibat dalam membina dan memperbaiki tisu, meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan membina gusi yang sihat.

    MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL.

    PEMBENTUKAN & PEMELIHARAAN KOLAGEN – kolagen tubuh memerlukan vitamin C

    IMUNITI – meningkatkan imuniti

    SERAP ZAT BESI

    SINGKIR TOKSIN – Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat dan membuangnya dari tubuh

    Kesan Kekurangan Vitamin C

    • Luka lambat sembuh
    • Gusi mudah luka dan berdarah
    • Kelesuan melampau
    • Sakit sendi
    • Mudah diserang selesema
    • Stress
    • Kulit kering

    Interaksi  Positif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain

    1. Amat bagus diambil bersama Vitamin E. Meningkatkan potensi Vitamin C
    2. Ambil bersama iron tapi jangan dalam megadose. Ikut arahan label.

    Interaksi  Negatif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain

    1. JANGAN ambil vitmin C dengan ubat diabetes kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat itu.
    2. JANGAN ambil vitamin C dengan Aspirin kerana boleh mengganggu perut.

    Ikut Arahan DOS PADA LABEL, kerana…

    • Menyebabkan oksidasi (adverse effect, ia tidak lagi menjadi antioksian) jika diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.
    • Menyebabkan bayi dalam kandungan menghadapi simptom kurang vitamin C apabilalahir jika ibunya mengambil lebih daripada 5000mg (LIMA RIBU, BUKAN LIMA RATUS) Vitamin C semasa hamil.

    Vitamin C terbaik adalah yang diperbuat dari bahan semulajadi dan terpilih,kerana vitamin C memerlukan bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan Vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita.
    credit

    Vitamin C pilihan saya.....
    vitamin c shaklee

    Jika berminat dengan vitamin C pilihan saya, boleh hubungi saya...
    Wan Norazlina [019-9824691]
    Shaklee Insependent Distributor
    ID 880309
    kioskvitamin@gmail.com

    Apakah masa yg sesuai untuk makan vitamin?

     Persoalan yg sering ditanya oleh pengguna vitamin Shaklee..apakah masa yg sesuai untuk ambil vitamin ? Pagi ke, malam ke, tengah hari ke, sebelum makan ke, atau selepas makan ke?


    Secara amnya..
    Masa sesuai makan vitamin
    1. Ambil vitamin selepas makan kerana penyerapan vitamin lebih baik jika diambil bersama makanan.
    2. Vitamin sustained released bagus diambil bersama makanan kerana nutriennya dilepaskan perlahan-lahan. Makanan membantu fungsi sustained released tersebut.
    3. Vitamin dan mineral terbaik diambil bersama2 untuk penyerapan optimum.
    Jadual ringkas makan vitamin untuk penyerapsn terbaik

    Kalsium lebih baik diambil bersama makanan. Namun tak salah nak ambil dos yang besar sebelum tidur.

    Magnesium sebelum tidur.

    Zinc diambil bersama makanan, kurang makanan boleh menyebabkan loya.

    B Complex terbaik diambil waktu pagi untuk keberkesanan unggul.

    Vitamin C terbaik diambil selepas makan pagi (asid askorbik dikhuaitiri menyebabkan sakit perut). Ambil Vitamin C waktu pagi sebagai persediaan menghadapi radikal bebas.

    Tiada masa yang tetap untuk menelan vitamin. Cuma pastikan jalan telan bersama-sama:
    Ostematrix dan Vitalea
    Alfalfa dan Vita E

    Selamat mengamalkan vitamin sihat secara sihat!
    credit


    Thursday, 30 August 2012

    MAL07010987XC Nomber Sijil KKM Bagi Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg


    Saya nak Share info daripada Genkimomma

    Saban hari ramai yang bertanya, mengenai lambakan jualan Vitamin C Organik secara online dengan pelbagai jenama seperti vita-C Dr. xxx. Vita-C yang diclaim diambil daripada Doktor Pakar Kulit dan sebagainya. Persoalannya...

    • Adakah ianya Vitamin C Shaklee?
    • Adakah ianya lebih baik daripada Vitamin C Shaklee?
    Hanya satu saja komen daripada saya:
    Credit picture: Genkimomma
    ♥ Fakta Sahih ♥
    ===========
    MAL07010987XC Nomber Sijil KKM Bagi Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg ..
    Dan pastinya No KKM ini unik untuk satu produk sahaja!!!

    Pilihan di tangan anda...Buatlah pilihan yang terbaik...
    JOM dapatkan Vitamin C Shaklee daripada kami pengedar sah Shaklee anda ID 880309

    Bukti sahih di BPFK: http://www.bpfk.gov.my/search/Detail.asp?Malno=MAL07010987XC



    ♥ Kuiz ♥
    Cuba google MAL 07010987XC dan anda pasti seronok melihat lambakan 'fakta' yang ada...

    Selamat mencuba! :)
    __________________________________________________________________
    Wan Na [019-9824691]
    Shaklee Independent Distributor
    ID 880309
    kioskvitamin@gmail.com

    Wednesday, 22 August 2012

    Sy NO to Pain killer... Pastikan Nutriferon sentiasa ada...siapa yg belum cuba, harus cuba ye..

    Teringat 3 hari lepas, saya terpaksa balik awal dari kerja dek kerana pengasuh saya dapat selesema dan demam...biasa la tu, saya ingat lagi masa saya belum kawin dulu, tiap2 kali bulan Ramadhan mesti saya dapat selesema sehingga la tahun lepas...Alhamdulillah tahun ni saya tak dijangkiti selesema semenjak mengamalkan Vita C Shaklee..baby saya pun mendapat benefit yg sama, tak pernah demam atau selesema..


    kenapa Vita C Shaklee? vitamin c brand lain tak boleh ke?
    Vitamin C brand lain bukan tak bagus, bagi saya Vitamin C Shaklee ni adalah yg terbaik pernah saya cuba..Apa bagusnya Vitamin C Shaklee ni? anda nak tahu, klik sini 

    Harini saya nak bercerita tentang Nutriferon... Sebelum tu saya nak tanya, apa yg biasa kita ambil apabila demam, migrain, atau period pain?.....

    Mulai saat ni, say NO to pain killer...kenapa?
    Cuba baca ni....kenyataan ni dipetik dari laman facebook
    ________________________________________________________________


    “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil P*****l atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.  
    Ini kerana P****** adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, P****** akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. 
    P****** adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. 
    Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil P****** atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. 
    Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam perut anda.
    ________________________________________________________________

    Memandangkan sekarang ni musim selesema, ramai yg ambil jalan mudah dengan ambil pain killer atau panadol untuk cepat baik, betul tak? Memanglah demam cepat kebah bila ambil panadol, tapi macam mana dengan kesan jangka panjang? Dalam hidup ni kita boleh membuat pilihan. Jadi pilihlah yg terbaik untuk diri anda yg berharga. Saya cadangkan anda memilih Nutriferon


    NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. Nutriferon ni umpama first aid kat rumah. Kena standby letak kat rumah or dlm handbag or bwk travel ke mana2. Bukan kena mkn hari2.. tapi ingat ya... Sistem imuniti perlu dibina dari awal... Jadi jika rasa mcm nak demam or sakit2, sila telan sepeket nutriferon ni... Jika tidak, anda hanya simpan satu dua peket di dlm beg anda.

    CEPAT ORDER SEKARANG!
    DAPATKAN NUTRIFERON DENGAN HARGA PROMOSI, HANYA DI BULAN OGOS!!...

    Bulan Ogos ada beberapa hari lagi..rugi tak cuba.. :)

    _______________________________________________________________

    Untuk maklumat lanjut/order
    Sila contact
    Wan 019-9824691
    Shaklee Independent Distributor
    ID: 880309
    e-mail: kioskvitamin@gmail.com \ wnorazlina@yahoo.com

    Saturday, 4 August 2012

    Saya ibu menyusu, apakah yang set yg sesuai dgn saya


    Q:  Saya ibu menyusu, apakah yang set yg sesuai dgn saya
    (Masalah saya - susu  kurang,letih,kulit kusam..n yang sewaktu dgnnya)


    Terima  kasih kerana sudi  bertanya, ilmu yg dikongsi disini adalah utk manfaat  bersama. Tiada paksaan utk membeli kerana anda ada hak sebagai seorang  pengguna. Masalah susu sedikit, susu merudum (disebabkan oleh  letih, jadual pam tak teratur, period, pengambilan antibiotk, diet harian  tak seimbang,etc) adalah sesuatu yg normal di kalangan ibu menyusu.  Penyusuan susu ibu adalah satu tanggungjwb berat,nampak mudah tapi tidak  semudah yg disangkakan. Ujiannya besar kerana ganjaran yg Allah  janjikan utk ibu2 menyusu juga besar.. Saya juga sekarang tengah berjuang seperti anda... Up down sepanjang penyusuan adalah  normal.

    Pengambilan  supplemen adalah salah satu usaha.. salah satu checklist yg perlu ada  dlm menjayakan penyusuan... Bagi saya dan ibu2 menyusu yang dah merasai  suplemen shaklee, mereka mengakui supplemen sangat membantu melancarkan  penghasilan susu. Tetapi harus diingat, CHEKCLIST yg lengkap dlm  menjayakan penyusuan adalah gabungan=Tubuh yang sihat + Supply Vs Demand  (kene kerap pam) + Pemakanan yang menepati Piramid Makanan + diet  seorang ibu yg menyusukan anak. ++Doa yang tidak pernah putus pada Allah  SWT + akhir sekali Istiqamah iaitu konsisten.

    Supplemen  shaklee  bukan sekadar Milk Booster. Manfaat yang diperoleh terlalu  banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan (sistem saraf, sistem  peredaran darah, sistem perkumuhan dll). Senang cerita it repair,  rejuvenate, and nourish tubuh kita dari dalam sehingga ke luaran. Shaklee  suplement adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan  taraf kesihatan anda.

    Berikut fungsi setiap2 vitamin yang disuggestkan :

    Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi :  ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak  membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat  dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit  tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat  di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

    B complex :  lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi  membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih  stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.

    Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan...dan kulit lebih cantikkk.

    Alfalfa :  raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi  kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu  mencepatkan  penghasilan susu ibu.

    Kalsium@ Ostematrix : Dalam  susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium  penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh  manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh  dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan  pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan  susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini  berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu  tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang  belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab  itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama  sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual  (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang  kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.

    ESP @ Energizing Soy Protien : Komposis  vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel.  Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan  protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi  mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur  keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi  memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal  keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein  sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus  pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan  goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah  musnah semasa proses memasak itu sendiri.

    ______________________
    CADANGAN SUPPLEMEN:
    Jadi  apa yang saya suggestkan berikut adalah yg saya juga ambil sekarang dan ia juga pilihan ibu2 seluruh  Malaysia

    Set basic : Mengandungi ESP 1canister (Energizing Soy Protin) + trialpack Set B (Vitalea, B Complex, Vita C, Alfalfa. Ini utk kegunaan 1-2bulan.
    *Anda juga boleh add on sebotol ostematrix (Cal/Mag)-utk tulang,bina darah,tenaga optimum... ataupun add on vitamin lain seperti Vita E/GLA (utk kulit cantik dan keintiman wanita) Lecitin (utk memecahkan lemak secara sihat). Omega guard (membantu meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu disamping membantu paras kolestrol dalam badan ibu)
    _____________________________
    Majoriti ibu2 mengambil set 3M... (ESP+set b+Ostematrix)


                                                                    Set B


                                Set 3M



    Terpulang kepada puan....Kalau  kita nak menyusukan anak tanpa perlu mengambil apa2  supplemen..terserah… tetapi pastikan kita mampu untuk menyediakan  kesemua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan harian sejajar dengan  keperluan tubuh kita kita dan anak.....bak kata sahabat saya.... "kita  taknaklah nnt kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga dua tahun  tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang…, kulit kusam , nampak tua dari  umur, tak bermaya, lesu…dan banyak lagi…"


    Berminat?
    Sila hubungi

    Puan Wan Norazlina
    Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
    019-9824691| wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com


    Saturday, 28 July 2012

    Saya mengamalkan vitamin C, bagaimana dgn vitamin lain?

    Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?

    Jawapan
    Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
    Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
    Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

    Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

    sumber: utusan.com.my

    Wan Norazlina [019-9824691]
    Shaklee Independent Distributor
    ID 880309
    kioskvitamin@gmail.com




    Thursday, 26 July 2012

    Vitamin untuk kulit..Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama.


    Lama dah tak update blog ni....mmm harini ada masa nak update...nak cite pasal kecantikan since ramai yg nak touch-up2 sebelum raya ni kan... raya...semua nak baru..baju baru, kasut baru, muka pun kalo blh nak baru...hehehe....harini nak kongsi apa yg saya baca dari blog mama cery, bagaimana makanan boleh membantu kita jadi cantik....

    Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

    Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

    Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

    Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

    Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E. Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

    Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

    Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

    Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.



    Puan Wan Norazlina
    Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
    019-9824691 | wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...