Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Showing posts with label bulan puasa. Show all posts
Showing posts with label bulan puasa. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

Cergas dengan mudah


Saya dapat mesej ni:
Apa yang saya boleh ambil untuk menghilangkan penat dan mengekalkan kecergasan dengan cara yang mudah?

Jawapan saya:
Cubalah PERFORMANCE DRINK SHAKLEE.



Ianya dalam bentuk serbuk berperisa oren. Bancuh dengan air sejuk atau air biasa. Lepas minum terasa kesegarannya.
Rasanya macam air 100 plus perisa oren, tapi yang ini tiada gas. Boleh diminum bila-bila masa. Senang!

Formula unik Shaklee dalam PD iaitu Opticarb membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.


Ia sesuai untuk semua, ibu menyusu, ibu mengandung, ibu biasa, bapak2 terutama ketika berpuasa untuk mengelakkan badan dari kekeringan. Mereka yang bekerja di tengah panas, kerja shift malam..Budak2 demam pun elok ambil PD sebab bila dah demam biasanya tak selera makan minum. PD boleh tolong CEGAH DEHYDRATION tu.

Satu canister ada 539gm. Rasanya ala2 macam oren Tang. Best!
Nak cuba, boleh contact saya Wan Na 019-9824691. @ pm fb www.facebook.com/KioskVitamin1

Friday, 31 August 2012

Baguskah minuman tenaga?

Banyak jenama minuman tenaga diperkenalkan dalam pasaran dan pengambilannya menjadi ikutan di kalangan remaja dan dewasa hari ini.

Namun, ramai yang masih keliru antara fungsi penambah tenaga dengan fungsi isotonik bagi beberapa jenama minuman yang disukai ahli sukan.

Rata-rata jenama minuman tenaga yang popular di pasaran mengandungi sekurang-kurangnya 80 miligram kafein dalam setiap tin.

Kandungan tersebut adalah sama banyak dengan secawan kopi dan dua kali ganda kandungan kafein dalam secawan teh.

Namun, ada sesetengah minuman tenaga mengandungi kandungan kafein yang lebih tinggi.

“Fungsi kafein dalam kopi atau teh malah sesetengah minuman berkarbonat memang tidak perlu diperjelaskan.

“Cuma kesan stimulasi akibat mengamalkan minuman tersebut secara berterusan dikhuatiri boleh membawa kepada ketagihan,” kata Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad.

Selalunya, kandungan kafein dalam minuman tenaga ini tidak dijelaskan secara terperinci di labelnya, maka adalah sukar untuk mengagak sebanyak mana yang telah diminum sebenarnya.

Minuman tenaga tidak boleh disamakan dengan minuman isotonik yang diminum bagi memastikan tahap hidrasi ketika bersukan.

Minuman isotonik membekalkan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang akan disingkir melalui perpeluhan.

Sedangkan, kandungan kafein dalam minuman tenaga bertindak sebagai agen diuretik yang menyebabkan dehidrasi.

“Pengguna perlu memahami bahawa minuman tenaga ini bukan sahaja tinggi kandungan gula, malah sesetengah produk hanya menawarkan ramuan yang berkalori kosong iaitu tidak disertai dengan zat-zat lain,” kata Fatimah.

Tambah Fatimah, adalah penting bagi seseorang untuk memahami fungsi gula, elektrolit dan kepentingan zat-zat lain yang diproses dalam tubuh. Beliau tidak menafikan bahawa terdapat minuman tenaga yang mengandungi vitamin tambahan.

Kandungan gula dalam minuman tenaga adalah sumber tenaga pantas. Vitamin B, misalnya, ditambah ke dalam formula minuman ini sebagai strategi pemasaran yang memberikan jenama itu suatu imej minuman yang berkhasiat.

Vitamin B sememangnya diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Ia bertindak sebagai enzim yang membantu menghadamkan karbohidrat.

Begitupun, kandungan kafein dalam minuman tenaga boleh memberi masalah kepada mereka yang sensitif terhadapnya.

Golongan ini boleh mengalami kegelisahan, jantung berdebar, rengsa, sukar untuk tidur serta masalah penghadaman, walaupun hanya mengambilnya dalam jumlah yang sedikit.

Apakah yang boleh terjadi jika mereka mengambil minuman tenaga tanpa kawalan?

“Bagi yang bimbang akan kesan stimulasi itu, minuman jenis ini boleh diambil sekali-sekala selain diselangi pengambilan banyak air tambahan.

“Di samping itu, mereka perlu memastikan pengambilan sumber khasiat daripada variasi makanan lain,” terang Fatimah.

Namun, menurutnya, golongan pesakit diabetes perlu menghindarkan pengambilan minuman tenaga.

Kandungan gula dan glukosa dalam hidangan minuman tenaga ini boleh meningkatkan paras gula darah seterusnya membahayakan pesakit.

Hakikatnya, ramai golongan konsumer yang masih tidak tahu akan kesan kombinasi kandungan bahan dalam minuman tenaga.

Pada pandangan mereka, bahan lain yang disertakan dalam formula minuman tenaga dipercayai boleh bertindak secara sinergi dengan kafein bagi mencetus daya rangsangan.

Sebagai contoh, pada label sebuah jenama minuman tenaga yang terkenal di negara ini tertera kandungan taurina sejumlah 1,000 miligram.

Sebuah laporan kajian di Jerman mendapati bahawa jumlah darah yang dipam bagi setiap degup jantung meningkat ketara di kalangan mereka yang mengambil minuman gabungan taurina dan kafein.

Ini menunjukkan bahawa taurina memainkan peranan dalam penegangan otot dalam jantung dan juga sistem saraf keseluruhannya.

Selain taurina, minuman tenaga turut mengandungi vitamin B1, B2, B6 dan juga niasin. Ramuan tambahan lain adalah madu, inositol, piridoxin, riboflavin dan tiamin.

Menilai secara keseluruhannya, pakar diet walau bagaimanapun tidak menghalang pengambilan minuman tenaga ini, khususnya di kalangan mereka yang menjalani gaya hidup aktif.

Meminum satu atau dua tin sehari tidak membawa masalah kepada mereka.

“Cuma ia perlu dielakkan pesakit kencing manis manakala mereka yang mempunyai masalah jantung, pengambilan terkawal adalah disyorkan.

“Minuman ini hanyalah alternatif penambah tenaga. Bercakap tentang kalori ataupun tenaga yang diperlukan tubuh, ia masih boleh diperoleh dari banyak pilihan sumber makanan lain,” ujar Fatimah.

Friday, 3 August 2012

Performance Drink bukan untuk atlet saje..ianya untuk semua golongan

Sebelum ni saya ada post kan mengenai Performance Drink..Hari ni kita tengok pula apa fungsi Performace Drink
>> Meningkatkan daya ketahanan badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yg hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh

>> Membekalkan tenaga  dan daya ketahanan fizikal - ia  mengandungi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. 

>> Mencegah penyahidratan - mengurangkan kehausan, melembabkan kulit

>> Mengekalkan paras gula dalam darah - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yg penting bagi tenaga otot dan percepatkan kesembuhan akibat kecedraan otot

Satu hidangan yg lazat untuk diminum pada bila2 masa dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain...Saya lebih suka minum begitu sahaja tapi dicampur dgn air sejuk dr dalam peti ais..fuuhh  best, rasa oren ala2 air 100 plus..

Selain atlet, Performance drink juga sesuai untuk mereka yg berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, mereka yg selalu tidur lewat malam atau mereka yg bekerja shift malam, mereka yg keletihan, vagina yg kering, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula dan sbgnya....

Jika anak2 atau kita sendiri mengalami cirit-birit, boleh ambil Performance Drink...biasanya kalau pegi klinik doc akan bg air garam, kn....haaa lepas ni kita tukar air garam tu dgn Performance Drink...lebih selamat dan semulajadi.. Selepas di buka, Performance drink mesti diletakkan dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama..

Apa lagi..cubalah sekarang

Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691| wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com

Performance Drink.Minuman tenaga yg menyegarkan saya sepanjang berpuasa dan menyusu

Salam sejahtera semua..harini dah masuk hari ke-16 kita berpuasa...sebut tentang puasa, persediaan supaya kekal cergas dan bertenaga.... ini dia minuman kegemaran saya..penyelamat saya dari kelayuan sepanjang berpuasa dan menyusu badan / breasfeeding...dah seminggu Performance Drink ni ada semula di pasaran...Sebelum ni habis dirembat customer2 kami...

Seminggu berpuasa tanpa Performance Drink..saya boleh bertahan puasa sampai pukul 5 ptg je...lepas tu, kena baring sbb rasa lembik, terhidrat, tgn terketar2 dah...sik baik hubby memahami..dialah yg tolong saya masak untuk berbuka..sayang dia..maunya tak lembik..pagi saya ke sekolah melayan kerenah anak2 didik yg pelbagai tu, pastu saya pam susu,simpan... bila balik umah, baby pulak isap susu..df (direct feeding)....

Now, saya dah dapat Performance Drink saya.saya pastikan minum Performance Drink ni segelas semasa sahur untuk memastikan saya kekal bertenaga sampai lah waktu berbuka... Anda bagaimana? mau mencubanya? contact saya ye untuk dapatkan Performance Drink anda..anda pasti tak kecewa dengan kesannya..

Apa sebenarnya Performance Drink ni?
Apa yg ada dalam Performance drink?



Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan 
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk 
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan 
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik
Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Cubalah hari ini.....

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.




Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691| wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...