Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Showing posts with label vitamin e. Show all posts
Showing posts with label vitamin e. Show all posts

Monday, 2 June 2014

Do vitamin e help make pimples go away faster???


Bacaan saya pagi ni:

Jerawat adalah hasil daripada tahap hormon meningkat yang menyebabkan kelenjar terlalu aktif. Ia menghalang terusan yang membawa minyak ke permukaan, memerangkap bakteria yang membiak, dan menyebabkan keradangan dan kerengsaan. Menurut American College of Osteopathic Dermatologi, " Walaupun jerawat mungkin tidak boleh diubati, ia boleh dikawal . " Ramai orang menggunakan vitamin E.

Vitamin E adalah antioksidan dan nutrien penting yang boleh melindungi sel-sel daripada kesan radikal bebas dan membantu mengawal jerawat. Ia boleh menjadi sebahagian daripada diet anda jika anda makan badam brokoli , kacang tanah , biji bunga matahari dan germa gandum. Menurut Pusat Sumber Jerawat Online, " Kajian telah menunjukkan bahawa vitamin E boleh membantu kulit pulih daripada parut jerawat dan mengurangkan kemunculan parut yang ditinggalkan oleh jerawat. "

sumber: http://www.livestrong.com/article/282680-vitamin-e-oil-for-acne/
=========================================
FAKTA Shaklee:
#1... Sebiji Vitamin E Complex Shaklee = 1kg Biji Gandum = 500gm Badam
#2...1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan jeragat. Ia mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha.
#3...Vitamin E Complex Shaklee lengkap dengan Selenium yang mengelakkan vitamin E menjadi toksik.
#4...Vitamin E Complex Shaklee Promosi sepanjang JUN 2014.
#5...Saya adalah pengedar sah Shaklee

Thanks 4 reading

Thursday, 23 May 2013

Lelaki dan Selenium (VITAMIN E)

Bila sebut tentang Vitamin E, pasti ramai yang mengaitkannya dengan vitamin untuk menaikkan seri kulit, mengurangkan kesan parut, menghindarkan jerawat dan segala kecantikan kulit yang biasanya berkait rapat dengan wanita.


Namun tahukah anda Vitamin E juga tidak kurang pentingnya untuk Kesihatan Lelaki?

Lebih-lebih lagi Vitamin E yang mengandungi Selenium..



 " Vitamin E and Selenium are synergistic. Each increases the potency of the other. Both are antioxydants, prevent & slowing down aging and hardening of tissues through oxydation.

Males appear to have greater need for Selenium. Almost half of their body's supply concentrates in the testicles and portions of the seminal ducts adjacent to the prostate gland. Selenium is also lost in the semen."

Maka, jomlah hadiahkan Shaklee Vitamin E with Selenium (400iu) buat suami anda, adik lelaki, abang dan juga ayah!

Hibungi kami untuk pertanyaan lanjut.
SMS 019-9824691

Tuesday, 14 May 2013

Nak cantik? berkorbanlah sikit



Ramai customer yang tanyakan saya 
1)Kak berapa hari nampak kesan ?
2)Kak dalam masa 7 hari dah nampak cantik ker?
3)Kak Mahal sangat la
4)Kak Set nie boleh tahan berapa lama?
5)Kak kalau bila dah cantik saya stop ada side effect tak ?
6)Kak kalau saya beli camner cara nak makan 
7)Kak saya mengandung boleh ambil ker set cantik menawan nie..


JAWAPAN saya:
(Entry kali ini menjawab Soalan 1-4 dulu yer)

Kalau nak cantik.. perlulah berkorban sedikit.. masa / wang ringgit.. cari produk yang berbentuk Supplement walaupun harga mahal sedikit.. dah mengambil masa untuk melihat kesannya.. tapi berbaloi. dan tak membahayakan. Lagipun product yg  saya ingin kongsikan ini affordable.. mmg harga nampak mahal.. tapi kalau dikira kuantiti.. boleh pakai sampai 4-6 bulan..dan amat menyedihkan kerana ramai dari kalangan wanita suka  dengan produk yg “berbahaya” dan ini berdasarkan pengalaman kawan2 terdekat yang menjadi mangsa produk seperti ini.. mmg nampak cantik pada mulanya.. lama2 makan kulit.. lapisan kulit pertama kita yg sepatutnya menjadi pelindung lapisan kulit kedua dan ketiga sudah tiada.. sbb tu ramai org yg pakai produk yg cepat utk menghilangkan jeragat/pemutihan/ peeling (berkesan dlm masa 7 Hari)

Jadi sebelum melumurkan sebarang krim, tanya pada diri, sanggupkah anda menjadikan muka sebagai tempat ujian yang tidak pasti lagi kesannya?
Contoh Bahan Merbahaya yang ada dlm Set Cantik Anda?

Hidrokuinon sebenarnya bahan peluntur kuat yang digunakan dalam industri fotografi, getah dan agen aktif melunturkan warna rambut.

NASIHAT saya
Jadi, sebelum mengunakan sebarang produk kecantikan, sebaik-baiknya ambil tahu kandungan bahan yang terkandung dalam produk yang ingin digunakan dan pastikan ianya selamat tanpa kesan sampingan 

TETAPI VITAMIN tak mcm gitu..semua jenis kulit BOLEH(oily,combination ,normal )jadi klu macam tu kenapa tak makan "VITAMIN CANTIK MENAWAN SHAKLEE"..Sejujurnya tiada jalan pintas untuk dapatkan kulit yang cantik dlm masa 24 jam tetapi cuba berikan masa 3 minggu untuk pertama selepas pengambilan vitamin untuk melihat hasilnya.. 

Inilah set Cantik Menawan Shaklee yang anda MESTI cuba




dan ini ialah Testimoni bergambar pengguna set kecantikan ini


Apa Kata Cik Yan 
Sebelum ni Cik Yan memang ada masalah jerawat. Walaupun bukan jerawat batu, tapi kesan parut jerawat memang kurang menyenangkan kerana mengambil masa yang lama untuk hilang. Biasanya belum pun hilang parut lama, jerawat baru pula timbul. Kulit pun agak kusam dan tak bermaya. 

Dah bermacam jenis produk luaran yang Cik Yan cuba. Ada yang ok dan ada juga yang semakin memburukkan keadaan. Kalau ada yang berkesan pun, tidak berpanjangan.. masalah yang sama akan timbul lagi. Alhamdulillah, terbuka hati Cik Yan nak cuba pulihkan masalah kulitnya dari dalaman dengan mengambil suplemen SHAKLEE.

Bulan pertama, perubahan wajahnya tidak begitu ketara. Tapi bila masuk bulan kedua, kawan-kawan dan ahli keluarga mula menegur wajah Cik Yan semakin berseri - kebanyakan parut dah pudar, dan ada yang hilang! * kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu.. 

credit http://bigsmilezone.blogspot.com



Untuk info lanjut dan order, anda boleh pm saya di www.facebook.com/wanna.wzamry
atau SMS di 019-9824691
  

Kenapa perlu Grape seed dalam Vitamin E


Kenapa Shaklee tambah ekstrak biji anggur kat vitamin E tu.. kan kan.... bukan saje suka2 yer......meh kita baca kelebihan grape seed extract (ekstrak biji anggur)

Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol


Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..

Melambatkan penuaan:

Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Waahh... mula2 saya  baca kelebihan grape seed extract ni mmg kagum.. rasa mcm nak telan sbotol vita E. haha.. no wonderlah poster kt shaklee mention ayat

>>The most powerful Vitamin E is now available in Shaklee<<

PM saya di www.facebook.com/wanna.wzamry untuk lebih lanjut atau SMS 019-9824691.

Fungsi Selenium dalam Vitamin E Shaklee

Tahukah anda? Vitamin E Shaklee mengandungi Selenium manakala kebanyakan Vitamin E di pasaran dijual; berasingan dengan Selenium.

Tanpa Selenium ia boleh bertindak sebagai TOKSIK dalam jangka panjang kerana Vitamin E tak dapat menjalankan fungsinya dengan baik.


Apa fungsi Selenium?
3 Fungsi utama :
>>Selenoprotein (Selenium + Protein)
>>Antioksidan
>>Disease Prevention 
Jom Saya Terangkan Mengapa Mesti ada SELENIUM dlm Vit E

1. Selenoprotein (Selenium + Protein)

Berikut adalah 7 perkara selenoproteins lakukan untuk tubuh anda ...

1. Membantu dalam penciptaan dan pengeluaran glutation. Ini adalah besar kerana glutation adalah pertahanan antioksida semula jadi badan anda daripada radikal bebas.

2. Melindungi sperma membangun dari kerosakan oksidatif (aka radikal bebas).

3. Semula, atau penciptaan semula, beberapa antioksidan, termasuk Vitamin C. Ini adalah kerana selenium terlibat dengan thioredoxin, bagi orang-orang yang gatal untuk tahu mengapa. Hanya tahu bahawa selenium membantu untuk membawa digunakan antioksidan "kembali kepada kehidupan."

4. Membantu dalam peraturan hormon tiroid dengan bertindak sebagai "pengantara" antara 2 hormon tiroid ... beralih hormon T4 yang tidak aktif menjadi hormon T3 aktif.

5. Membantu dalam penciptaan Selenoprotein P. Selenoprotein P membantu melindungi sel-sel badan yang membentuk saluran darah, jantung dan sistem peredaran darah. Selenoprotein P berjuang menentang radikal Nitrogen percuma, radikal bebas yang menyerang sel-sel sistem peredaran darah.

6. Terlibat dalam penciptaan sperma (aka. spermatogenesis).

7. Terlibat dengan radang dan tindak balas imun.

Get at least 55 mcg of selenium per day but no more than 400 mcg per day.


2. Antioksidan

Selenium bertindak balas dengan natural antioksidan dlm badan kita iaitu Gluthathione

3. Disease Prevention 

Selenium memberi signal kepada Cytokines iaitu sel penggera utk sistem immuniti berkerja

Best kan...Tersangat hebat Vitamin E Shaklee

Nak Tahu Bagaimana sebenarnya Vitamin E berfungsi sebagai antioksida?
Sel pelindung “Barrier” luar diperbuat daripada lemak. Vitamin E adalah vitamin yang larut lemak. Vitamin E menjadi sebahagian daripada sel pelindungdan memerangkap radical-radical bebas yang cuba merampas hidrogen.

Sangat bagus sekiranya Vitamin E disimpan dalam gelung pertahanan sel pelindung, Vitamin E akan menderma hidrogen yang radical bebas peroksida inginkan. Jadi radika bebas ni gembira la kan..Dengan bantuan Vitamin C, Vitamin E akan mendapat semula hidrogen. Vitamin E pun gembira la juga..

Gabungan yang mantap..Vitamin E & Vitamin C

Dapatkan Vitamin E anda Sekarang!
atau SMS 019-9824691.

Fungsi Grape seed dalam vitamin E


INFO KECANTIKAN

Vitamin E Shaklee mengandungi grape seed...apa kebaikan Grape Seed ni jom saya cerita sedikit pengetahuan saya tentang Grape Seed ( biji anggur).



10 kebaikan yang saya nak share adalah seperti kat bawah ni

>> Membantu kesihatan Otak, mata dan KULIT

 >> Melambatkan proses PENUAAN

 >> Menyingkirkan RADIKAL bebas

>> Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular

>> Mencegah masalah kelenjar prostat

>> Mengurangkan radang (inflamatory)

>> Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit

>> Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet

>> Membantu fungsi sistem saraf otak

>> Meningkatkan daya pertahanan

Untuk lebih lanjut, anda boleh pm saya ye.
www.facebook.com/KioskVitamin1

Biji anggur dalam Vitamin E



INFO PRODUK



Kenapa Biji anggur digunakan oleh Shaklee bagi mengoptimumkan hasil Vitamin E kepada pengguna? 

Kerana didalam Biji anggur mempunyai Minyak yang dipanggil Oligomeric Proantho Cyanidin (OPC) yang lebih tulin berbanding fitonutrien yang lain

Apa itu OPC?
● OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
● Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
● Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih kuat dari Vitamin C
● Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakan bahan antioksida dan unsur semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa.
Didalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. 

Di samping itu, OPC amat kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripadaVitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. 

Kajian menunjukkan,berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur.Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.

Kalau nak tahu, Vitamin E Shaklee ni juga bole dibuat masker.. alhamdulillah... jimat lagi duit tak payah beli masker plak hanya dengan Shaklee sahaja..

Untuk lebih lanjut,pm saya.
www.facebook.com/KioskVitamin1

Vitamin E - most powerful vitamin


The MOST POWERFUL Vitamin E available in Shaklee!



Vitamin E Shaklee dilengkapi SELENIUM, dan dimantapkan lagi dengan GRAPE SEED EXTRACT!!!

Sememangnya pujaaan hati ramai..... 

Secara umumnya diketahui grape seed extract ini banyak manfaatnya...

grape seet extract kaya dengan Oligomeric Proanthocyanidins (OPC) adalah dikenali sebagai anti pengoksidaan semulajadi yang sangat berkesan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. 

Pati biji anggur adalah 20 kali lebih berkesan daripada vitamin C dan 50 kali lebih berkesan berbanding dengan vitamin E. Selain daripada itu, ia juga dapat meningkatkan keberkesanan vitamin C dan vitamin E. 

Grape seed extract adalah merupakan salah satu makanan kesihatan yang paling popular di Eropah and Amerika.

kebaikan biji anggur :

√ menguatkan sistem imunisasi badan
√ menurunkan paras kolestrol
√ menghalang pembentukan darah beku
√ memusnahkan radikal bebas yang berbahaya/mengelak kanser
√ awet muda 

Wan Na 019 9824691
Shaklee Independent Distributor

Vitamin E dan penuaan


Salah satu Vitamin Shaklee kesukaan saya...WAJIB ambil setiap hari ----> VITAMIN E SHAKLEE

Kalau anda perasan, Vitamin E ada dalam kebanyakan produk kecantikan.

Vitamin E adalah antioksidan yang bagus untuk kulit cantik kerana kita sering terdedah dengan persekitaran alam sekitar yang tercemar, sinaran UV yang memancar terik, asap-asap daripada kenderaan serta pencemaran udara lain.

>>> Kenapa perlu mengambil antioksidan ini?

Penuaan kulit muka bermula daripada radikal bebas yang kerjanya merosakkan kulit. 

Radikal bebas sebagai anasir jahat dan ANTIOKSIDAN sebagai WIRA yang bertindak memusnahkan radikal bebas. Ala-ala cam jadi perisai kulit la.

Hebatkan fungsi antioksidan. Anda boleh mendapatkannya daripada buah-buahan serta kekacang.

Saya memilih untuk ambil Vitamin E dalam bentuk suplemen, lebih senang.



Nak dapatkan sebotol? pm atau SMS Wan Na 019-9824691.

Tuesday, 4 September 2012

Apakah masa yg sesuai untuk makan vitamin?

 Persoalan yg sering ditanya oleh pengguna vitamin Shaklee..apakah masa yg sesuai untuk ambil vitamin ? Pagi ke, malam ke, tengah hari ke, sebelum makan ke, atau selepas makan ke?


Secara amnya..
Masa sesuai makan vitamin
1. Ambil vitamin selepas makan kerana penyerapan vitamin lebih baik jika diambil bersama makanan.
2. Vitamin sustained released bagus diambil bersama makanan kerana nutriennya dilepaskan perlahan-lahan. Makanan membantu fungsi sustained released tersebut.
3. Vitamin dan mineral terbaik diambil bersama2 untuk penyerapan optimum.
Jadual ringkas makan vitamin untuk penyerapsn terbaik

Kalsium lebih baik diambil bersama makanan. Namun tak salah nak ambil dos yang besar sebelum tidur.

Magnesium sebelum tidur.

Zinc diambil bersama makanan, kurang makanan boleh menyebabkan loya.

B Complex terbaik diambil waktu pagi untuk keberkesanan unggul.

Vitamin C terbaik diambil selepas makan pagi (asid askorbik dikhuaitiri menyebabkan sakit perut). Ambil Vitamin C waktu pagi sebagai persediaan menghadapi radikal bebas.

Tiada masa yang tetap untuk menelan vitamin. Cuma pastikan jalan telan bersama-sama:
Ostematrix dan Vitalea
Alfalfa dan Vita E

Selamat mengamalkan vitamin sihat secara sihat!
credit


Vitamin untuk masalah kewanitaan


Masalah kewanitaan yang sering melanda wanita tak kira usia ialah antaranya masalah kekeringan faraj. Masalah ini makin kerap dirasai oleh wanita yang memasuki era menopos. Menurut kajian, masalah ini berkaitan dengan nutrisi dan boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang seimbang, air yang cukup dan rehat yang berpadanan.
Antara vitamin yang dicadangkan untuk mengatasi masalah kekeringan vagina:-

Vitamin A
Vitamin A menyokong kesihatan dinding faraj, melegakan masalah kekeringan dan kesihatan vagina secara keseluruhan. Menopause Health Information Center menyatakan bahawa Beta Carotene (pro-Vitamin A) membantu menjaga tisu dan membran mukus.
Vitamin A menaikkan paras estrogen yang rendah (penyebab kekeringan vagina). Kekurangan vitamin A boleh mengganggu kesuburan.

Vitamin E
Menurut Menopause Health Information Center, vitamin E berperanan untuk menangani masalah kekeringan dan kegatalan faraj.

Vitamin B
Vitamin B membantu mengatasi masalah kekeringan vagina dan memperbaiki fungsi kalenjar adrenal. Vitamin B membantu dalam peredaran darah, mood yang ceria sekaligus menyemarakkan moood kewanitaan.

Omega-3 & Omega-6
Omega-3 dan Omega-6 adalah asid lemak perlu yang diperlukan untuk kesihatan vagina dan untuk penghasilan hormon yang berkaitan.
Produk Shaklee yang dicadangkan untuk masalah kewanitaan:
credit
kesihatan wanita


Hubungi saya untuk mendapatkan produk yang terbaik dan sesuai untuk masalah anda.

Wan Norazlina [019-9824691]
Shaklee Independent Disrtibutor
ID 880309
kioskvitamin@gmail.com

Wednesday, 22 August 2012

Keputihan dan keberkesanan alfalfa..lelaki juga boleh ambil alfalfa

Adakah anda mengalami masalah berikut?

  • kegatalan pada kemaluan?
  • selalu keluar cecair berwarna putih dan kekuningan seta disertai dgn bau?
  • ketidakselesaan bersama suami?
  • terpaksa memakai panty-liner tiap-tiap hari?
Jangan anggap perkara di atas remeh ye..
Ramai wanita menganggap keputihan adalah gejala yg normal dan akan sembuh dgn sendirinya.
Anda silap..
Keputihan akan menjadi lebih teruk jika tidak ditangani..
Tahukah anda?
Keputihan terjadi disebabkan oleh 2 sebab ini ; iaitu jangkitan bakteria spt BActeria Vaginosis ataupun jangkitan kulat spt Trichomoniasis dan Candida Albican.
Jika jangkitan kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk. Kulat ini mampu merebak ke seluruh tubuh dan seterusnya, ini boleh menyerang organ-organ penting dalam badan kita.
Malah, lebih teruk lagi, bakteria ini mampu merebak ke pasangan kita. Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan kulit akan melecet.

Daripada pembacaan saya:
Keputihan dapat dicegah dengan cara :          
  • Menjaga kebersihan genitalia, membersihkan vagina dengan air bersih yang mengalir dengan cara mengusap dari depan ke belakang.
  • Kurangkan penggunaan sabun antiseptik karena dapat menggangu keseimbangan pH vagina.
  • Mengganti pembalut tepat waktu sekurang2nya 3 kali sehari.
  • Memilih pakaian dalam yang tepat, memakai celana yang yang tidak ketat dan menyerap keringat.
  • Menghindarkan faktor risiko infeksi seperti berganti-ganti pasangan seksual, serta pemeriksaan ginekologi secara teratur.

Adakah vitamin Shaklee dapat membantu?
Anda boleh mencuba Shaklee Feminin Set (Set F) yg mengandungi: Vitamin E dan Alfalfa
Kita baca apa kata ibu yg dah cuba set ini:

Apa kata Dilla?
  1. Sejak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan menjadi kurang. Ini kerana, terus terang mama cerita...baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi semakin mesra. Bila baba dah puji..mama seronok sangat...hehehe..mama terasa diri mama begitu bersih..lagi satu, nak solatpun senang..tak perlu risau..
  2. Mama juga mengalami masalah sembelit sejak dari sekolah lagi.Mama masih ingat, arwah opah Qaireen selalu cakap macam ni kalau mama dalam toilet "Dilla, ko ni berak batu ke?" tapi itulah kenyataannya. Bayangkan, sejak dari dulu mama 'tersiksa' setiap kali nak membuang.Kadang2 tu sampai berdarah! Seminggu tak lebih dari 3 kali membuang...Tapi sekarang, Alhamdulillah seminggu 4 hingga 6 kali membuang, dan yg penting tiada lagi darah keluar.
  3. Mama juga salah seorang yg mempunyai penyakit eczema.Mama tak boleh duduk di tempat yg kotor, ada rumput, berhabuk dan berpasir. Malah, cadar tilam mama pun, mama akan ganti setiap minggu. Tapi sekarang Alhamdulillah seronok sgt bila mama join SGM, sebab waktu SGM kami duduk di tikar yg dibentang di atas rumput.Masalah bintik2 dan gatal dah tak de.
Apa Khasiat Alfalfa?

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
haaa tu dia antara 1001 khasiat alfalfa...
ini pula Shaklee alfalfa Complex:
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s...


Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It isorganically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity).. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

amaran: alfalfa tidak sesuai diambil oleh pesakit SLE

Jadi, sape kata org lelaki tak boleh ambil alfalfa?
Kaum adam jgn bimbang, alfalfa juga bagus untuk kesihatan anda. Namun sekiranya anda mengamalkan alfalfa, anda perlulah minum banyak air kosong (plain water)

Untuk kaum hawa, bagaimana feminin set (vitamin E + Alfalfa) membantu anda?

Vitamin E - sebagai anti oksida, anti penuaan, menyokong dan mempercepatkan pembaik pulihan otot dan baik untuk jantung dan ada yg menggelarkannya sex vitamin.

Alfalfa - baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti 'kacip fatimah' (perapat!), membantu melancarkan kitaran haid dan banyak lagi kebaikan alfalfa seperti dinyatakan di atas..jadi, kaum hawa..dengan mengamalkan alfalfa, tak perlu lagi anda ambil produk perapat yg lain :)

________________________________________________________________

Jadi, dapatkan Feminin set hari ini untuk kebahagiaan anda!!
Sila contact
Wan Na 019-9824691
Shaklee Independent Distributor
email: kioskvitamin@gmail.com / wnorazlina@yahoo.com

Saturday, 4 August 2012

GLA complex - mengurangkan kesakitan ketika haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid,melegakan tanda2 menopous, kecantikan kulit.




GLA complex merupakan kombinasi minyak borage, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Ia digunakan secara tradisional bagi mengurangkan kesakitan ketika haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda2 menopous. 

GLA Complex daripada Shaklee dihasilkan daripada borage dan mengandungi lebih 2x ganda GLA jika dibandingkan dengan EPO. Ia merupakan smber terbaik untuk Omega-6 dan gabungan minyak sunflower dan vitamin E meningkatkan lagi keberkesanannya. Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan dari EPO.

Kajian di University of Maryland Medical Center menunjukkan GLA mampu:

1. mengurangkan kesakitan untuk pesakit yang mengidap diabetic neuropathy
2. mengurangkan kesakitan sendi akibat rheumatoid arthritis (dalam masa 3 bulan)
3. membantu individu yang mempunyai ADHD dan autisma. Ini kerana individu yang mempunyai ADHD dan autism mempunyai kadar EFA (omega 3 and 6) yang rendah. EFA diperlukan untuk fungsi otak yang optimum. 
4. membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
5. mengurangkan tahap bone loss dan membantu mencegah osteoporosis

Selain itu, GLA juga berfungsi untuk:

6. menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yg meningkatkan sistem imun tubuh , menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
7.memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
8. melambatkan menopouse - memperbaiki keadaan menopouse spt hot flashes, insomnia, ketidakhadaman.
9. mengawalselia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi dan kesakitan payudara.

_________________________________________________________________


Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.

sumber: 
http://utusan.adamantsys.com/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm


Siapa perlukan GLA?
> Diabetes
> Period tak teratur
> Mencantikkan kulit

hubungi saya untuk cara pengambilan suplemen ini.


Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691| wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com

Saturday, 28 July 2012

Saya mengamalkan vitamin C, bagaimana dgn vitamin lain?

Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?

Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

sumber: utusan.com.my

Wan Norazlina [019-9824691]
Shaklee Independent Distributor
ID 880309
kioskvitamin@gmail.com




Thursday, 26 July 2012

Vitamin untuk kulit..Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama.


Lama dah tak update blog ni....mmm harini ada masa nak update...nak cite pasal kecantikan since ramai yg nak touch-up2 sebelum raya ni kan... raya...semua nak baru..baju baru, kasut baru, muka pun kalo blh nak baru...hehehe....harini nak kongsi apa yg saya baca dari blog mama cery, bagaimana makanan boleh membantu kita jadi cantik....

Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit.Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman. Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat. Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya sangat penting. Air yang bersih boleh membantu kulit menjadi remaja. Air penting untuk melembapkan sel-sel selain memudahkan penyingkiran toksin dan dalam masa yang sama menyenangkan kemasukan nutrien. Apabila tubuh dihidrat dengan sempurna, perpeluhan berlaku dengan lebih efisien yang membantu kulit kekal bersih dan cerah.

Dari segi vitamin, vitamin anti oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang merosak serta mengurangkan kerosakan sel. Antara vitamin anti oksida yang memberi manfaat kepada kesihatan kulit termasuklah vitamin A, C dan Vitamin E. Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit. Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya. Manakala vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Oleh itu, pengambilan gabungan anti oksida seperti beta-karoten (pro-vitamin A), C, E, mineral zink dan selenium yang mencukupi akan membantu mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.



Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691 | wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...