Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Tuesday, 24 December 2013

Berkongsi kegembiraan semalam

Semalam, dapat surat cinta dari shaklee..
Shaklee inform point terkini untuk melayakkan saya sertai national convention bersama Shaklee.

Alhamdulillah, cash dah merasa sehingga 4 angka dan sekarang dapat pula 1st trip saya dengan shaklee..tahun ni shaklee akan bawa kami ke Sunway. Walaupun hanya ke Sunway, kami akan dilayan tahap 5 bintang.

Petang ni nak share sikit, apa yang anda boleh dapat dengan Shaklee jika anda jalankan bisnes seperti saya.

Apa yang Shaklee akan bagi?
1. CASH - dalam bentuk RM Malaysia. Anda berpeluang dapat antara 2-7 angka bergantung kepada usaha anda. Income ini akan berterusan setiap bulan.
2. CAR BONUS - Car bonus, shaklee tak bagi kereta, tapi cash..cash yang dapat dari car bonus ni, terpulang kepada anda nak beli kereta, rumah, emas atau ape saja.
3. CONVENTION - merupakan percutian di dalam atau luar negara dengan layanan 5 star.

Semua tu, anda akan dapat dengan syarat2 yang ditetapkan oleh Shaklee. Antara syarat utamanya, anda mestilah menjadi ahli Shaklee.

Selain daripada 3 di atas, jika anda mendaftar di bawah empayer saya iaitu Towards Freedom, saya akan bantu anda untuk merealisasikan impian anda bersama shaklee.

Kami bergerak dalam satu team yang sangat menarik. Segala tunjuk ajar dilakukan hanya di alam maya, di dalam secret group kami.
Yang paling menarik, kami di ajar ilmu2 menjemput rezeki.

Jika anda berminat untuk sertai team kami, hubungi saya:
Wan Na  
Whatsapp/sms   016 441 5473.

Monday, 23 December 2013

OmegaGuard terlaris bulan ni

Alhamdulillah...syukur.
1 hari, boleh habiskan 1 set omegaguard. Depa pakat serang, sorang ambik 3-4 botol untuk famili dan diri sendiri.
Paling bestnya untuk kuruskan badan.
Sebab:
1. OmegaGuard mengurangkan rasa lapar anda kerana ia merangsang hormon Leptin dalam badan.
2. Pembakaran lemak lebih cepat berbanding kesan Lecithin.
3. Banyak benefit yang diperoleh selain daripada bakar lemak.

Rugi tak grab sebotol dua. Harga biasa RMxxx, jadi RMxx saje. Anda kira lah banyak yang anda boleh jimat.
Promo ni sah sehingga 31 december 2013 saje tau.

Pertanyaan lanjut mengenai produk?
Hubungi Wan Na  
Sms/whatsapp   016 441 5473.

Monday, 16 December 2013

Kelabihan OmegaGuard Shaklee




Apa pula beza minyak ikan lain dengan Shaklee ni?

1. Shaklee omega guard: MINYAK IKAN TERBIK DUNIA

2. Diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun, bukan dari hati minyak ikan.

3. omega guard 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan dan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak.

4. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal, teknologi terkini untuk menghasilkan omega guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan semulajadi dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, arsenik, dioksin dan PCB (bakan kimia industri yang sangat toksik!)

TONTON VIDEO DI ATAS KENAPA OMEGA GUARD SHAKLEE DIKATAKAN TULEN

Untuk dapatkan OmegaGuard,sila hubungi:
Wan Na  016 441 5473

Friday, 13 December 2013

Pigmentasi/jeragat dan Omega

Tips untuk kawan2 bagi elak PIGMENTASI atau bahasa mudahnya Jeragat.

Amalkan Omega 3 dan Omega 6. 
Boleh google sendiri makanan yang ada Omega 3 dan Omega 6.

Cara paling senang untuk dapatkan dua omega ni secukupnya, saya hanya ambil OmegaGuard dan GLA Shaklee.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit.

Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.



 



Nak juga amalkan produk ni, boleh pm/whatsapp:
Wan Na 016 441 5473.

Tuesday, 10 December 2013

OmegaGuard cegah insomnia

Jom kenali biji2 emas ini.

Antara benefit dari pengambilan biji emas ini ---> OmegaGuard 
● Mencegah insomnia atau nyanyuk dan membantu mengurangkan tekanan.

Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak2 hiperaktif dan penyakit schizophrenia.


Wan Na

Friday, 6 December 2013

Omega mengatasi masalah eczema

Eczema...oh eczema..ramai budak2 yang dapat eczema, kulit menggerutu, gatal2, merah2..kesian kan.

Ibu2 tau tak?
Pengambilan omega semasa kehamilan dapat:
>> mengelakkan masalah eczema selepas kelahiran
>> membantu perkembangan otak sejak dari dalam kandungan
>> mengelakkan kelahiran pra-matang

Lebih lanjut di sini:
http://kioskvitamin.blogspot.com/2013/02/kebaikan-omega-untuk-wanita-hamil.html

Wan Na 016 441 5473.

Tuesday, 3 December 2013

3 Formula kejayaan Guy Kawasaki.

3 Formula kejayaan Guy Kawasaki.

Beliau ini adalah individu yang memainkan watak penting dalam menjayakan jenama Apple satu ketika dahulu.

Satu daripada teori kejayaannya adalah:

"There is only hard work and luck. Which are really two sides of the same coin."

Kejayaan itu terletak pada beberapa poin:

1) Kita tahu apa yang kita buat.

2) Kita berkorban sehingga dapat.

3) Kerja keras adalah tunjang utama.

Orang yang bekerja keras tanpa matlamat, mereka usaha di jalan yang gelap. 

Hentam sana sini, akhirnya sakit namun tiada apa yang berjaya dikecapi.

Orang yang bekerja keras dengan matlamat yang jelas, menganggap setiap pengorbanan itu adalah nikmat.

Monday, 25 November 2013

Aurat ketika bersalin

Harini, di fb jumpa lagi ilmu bermanafaat untuk saya dan kaum hawa sekalian. tak lupa juga untuk kaum adam, sama2 kita jaga yang hak.
Saya abadikan ilmu ini dalam Kiosk Vitamin sebagai rujukan saya dan anda semua.
--------------

Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" Semanis Kurma TV9 untuk yang bergelar dan bakal bergelar Ibu Bapa:

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca, dan tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting. Suami yang kena buat keputusan untuk aurat dan maruah isteri. Jika suami sendiri tak mampu nak bertegas untuk buat pilihan, ia amat mgecewakan (merujuk kepada dalam keadaan yang tidak darurat serta masih ada pilihan).

2. Suami WAJIB jaga dan pelihara aurat isteri ketika dalam wad. Jangan dah masuk wad semua terbang (tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju lengan pendek sahaja, dan sebagainya) sebab kena ingt kadang-kadang ada juga staff lelaki, petugas makanan yang lelaki yang keluar masuk wad.

3. WAJIB untuk MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI, kedua SAUDARA PEREMPUAN, ketiga JURURAWAT PEREMPUAN dan seterusnya. Keutamaan adalah SUAMI.

Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA :

1. NIAT- Niat dari AWAL walaupun sebelum disahkan hamil, ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita.

2. DOA - ISTIQOMAH dari remaja juga boleh. Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.

3. AMALAN - Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita. Allah akan hitung tindakan kita.

4. YAKIN - Insyaallah bila mana kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.

P/S : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang akan datang. Untuk yang telah berlalu dalam keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya, maka bartaubat dan muhasabah diri. Insyaallah DIA murah dengan keampunan.

Friday, 22 November 2013

Faktor penyebab kanser

Rakan2 fb terutama yg pompuan sila baca, copy page dari Prof Dato`Hamid Arshat


Takutkan bila tengok gambar2 ni. Jom kita amalkan pemakanan yang betul dan berkhasiat. kalau tak dapat, amalkan suplemen yang terbaik seperti Shaklee. :D

Monday, 18 November 2013

Alasan dan kejayaan

Banyak BERALASAN...masih boleh berjaya...bagaimana?

Anda boleh Berjaya walaupun anda sering memberi alasan atau mencipta alasan.

Ciptalah Suatu Alasan Yang Benar-Benar Kukuh Kenapa Awak Perlu Berjaya

WHY U have to $ucce$$...?

Berapa kuat Why ini lah akan menentukan berapa kuat alasan untuk anda Berjaya. 

Jika anda mempunyai Why yang tidak kuat adalah seperti anda mempunyai “alasan yang nipis” atau “alasan rapuh” untuk Berjaya. 

Dengan mempunyai alasan yang nipis dan rapuh, anda boleh mati di perjalanan dengan hanya berlanggar dengan “kapas” saja. Belum bertempur sudah mati.

Jika tidak mempunyai ALASAN yang kuat.. or [ WHY u must $ucce$$..!! ] Kita akan mudah berkompromi dengan masalah-masalah atau halangan-halangan yg kecil..

Jadi, untuk memastikan anda juga boleh BERJAYA,

CIPTALAH PELBAGAI ALASAN ......
CIPTALAH SERIBU SATU ALASAN .......
Tambahkan kreativiti dalam mencipta ALASAN......
Tapi ingat...!! bukan cipta ALASAN untuk GAGAL, seperti yg pernah anda cipta dahulu... Tapi ciptalah ALASAN untuk berjaya.

Ciptalah SERIBU SATU ALASAN untuk BERJAYA...

Wan Na

Saturday, 16 November 2013

Masalah mata dan Carotomax

Post ini ditujukan KHAS untuk anda yang memakai spek :)

Mengamalkan Carotomax... membantu penglihatan anda kembali bersinar :)

Antara masalah penglihatan yang dapat dipertingkatkan:
- Nyctalopia (Rabun Malam)
- Rabun Dekat
- Presbyopic (Tak boleh fokus kepada objek dekat)
- Astigmatism (Penglihatan blurr akibat bentuk kornea yang tak sekata)
- Xerophtalmia (Mata Kering)
- Kelesuan Mata
- Glaucoma 
- Katarak (Lensa mata berselaput)
- Floaters (Masalah penglihatan yang melibatkan Vitreous Humour)
- Eye Bags
- Gegelung Hitam di mata 

Carotomax menghasilkan "Unggu Visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.


Wan Na 
Whatsapp: 016 441 5473.

Wednesday, 6 November 2013

Anggur Muscadine dalam vivix vs anggur biasa

Beza antara ANGGUR MUSCADINE (dalam Vivix Shaklee) dengan anggur biasa:

>>> Anggur muscadine sangat tahan lasak, tinggi anti-oksidan dan tinggi kandungan phytonutrients kerana keduanya adalah satu cara alam semulajadi melindungi tanaman seperti anggur muscadine (umpama antibodi semulajadi pada buah)

>>> Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom. Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang kromosom.

>>> Ia mempunyai kadar Resveratrol 6x lebih tinggi dari anggur merah. 

>>> Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:-
> Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
> Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
> Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna


Wan Na

Sunday, 3 November 2013

Sambal kecupu

Balik kampung

Harini maraton masak..bfast kmdian lunch...alhamdulillah ikan kakap bakaq boleh makan 3 famili + kerabu ikan buah kecupu 
1st time tengok buah kecupu nih hihi


Kawan2 kenai tak buah ni? :D

Saturday, 2 November 2013

Jaundice

Harini kat fb terbaca satu info mengenai jaundice atau lebih mudah dikenali sebagai kuning di kalangan baby baru lahir.

Saya share kan info tu di sini:

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz kebanyakkan bahannya terkandung dalam QASEH.

Sila baca yer..

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau 
ecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam












Sunday, 27 October 2013

Vita C Plus 500mg terhangat telah kembali! Sukeee

Vitamin C Plus 500mg yang TERHANGAT tahun lepas telah kembali setelah setahun menghilang :)

Vitamin C ni juga dikenali sebagai Vitamin C Organik.

Apa yang istimewa mengenai vitamin c ni?
1. Sebiji Vita C Plus = 7biji oren
2. Pelepasannya adalah secara berperingkat selama 5 jam. Maksudnya, Vita C ni hancur sikit demi sedikit. Jadi ia dapat melindungi badan anda selama 5 jam.

Dapatkan Vita C terhangat ini dari kami dengan harga special.
Sebotol ada 180 biji.
Retail RM 92.50...Maknanya sebiji kosnya cuma 50sen. Tapi dengan kami, anda boleh dapatkan dengan harga yang kurang dari itu.

Dan...berhati2 dengan Vita C yang di repack semula yang menyamai Vita C Plus 500mg kami. Vita C tersebut dijual lebih mahal mencapai harga RM 1 sebiji.

Kami boleh dihubungi di:
1. www.facebook.com/KioskVitamin1
2. www.facebook.com/wanna.wzamry
3. Whatsapp/viber/wechat  016 441 5473.

Sunday, 20 October 2013

OmegaGuard bukan sekadar Minyak Ikan

Antara suplemen yang saya suka beri ke anak2 ialah OmegaGuard


Manfaat Omega Guard Shaklee
------------------------------------------
1. Asma
Kanak-kanak yang suka makan ikan dan ambil supplement minyak ikan jarang dapat asma

2. Penyakit Jantung
- Kurangkan risikosakit jantung dan strok
- Kurangkan pembekuan darah dan inflamasi
- Turunkan tekanan darah
- Turunkan lemak dalam darah dan tingkatkan kolestrol baik

3. Fungsi Otak dan Mata
- Kesihatan tisu dan retina mata
- Wanita hamil dan ibu menyusu yang ambil supplement omega guard akan beri
peningkatan tahap kecerdikan dan keriangan bayi

4. Penglihatan
- Kanak-kanak yang minum susu ibu yang tinggi kandungan omega mempunyai
penglihatan yang lebih baik

5. Kencing Manis
- Omega Guard bantu menyeimbangkan paras gula dalam darah

6. Osteoporosis
- Omega bantu kurangkan risiko osteoporosis
- Omega juga bantu wanita selepas fasa menopous lebih tenang

7. Kanser
- Hasil kajian mendapati omega membantu cegah kanser seperti kanser payudara,kanser usus, kanser prostat dan lain-lain

8. Nyanyuk
- Golongan dewasa yang ambil omega dapat mengurangkan risiko nyanyuk di usia senja kelak

9. Kulit dan Rambut
- Omega guard dapat memberikan kelembapan pada kulit. 
- Elakkan kulit dari kekeringan dan berkuping-kuping

10. Radang dan Alergi
- Omega Guard dapat kurangkan simptom arthritis rematoid, psoriasis dan penyakit autoimun

11. Hamil
- Wanita yang ambil omega setiap hari semasa hamil kurang berisiko melahirkan bayi pra-matang
- Omega guard bantu menurunkan tekanan darah tinggi semasa hamil
- Sangat berguna untuk elakkan kemurungan selepas bersalin

12. Kesuburan / zuriat
- Omega guard beri imbangan dan baiki paras hormon serta meningkatkan aliran darah ke dalam rahim
- Semakin banyak omega 3 yang diambil oleh wanita, semakin tinggi dan cerah peluang untuk mengandung

13. Depresi / Kemurungan
- Omega Guard bantu orang-orang yang mengalami masalah kemurungan


Bukan semua ikan yang sesuai dinikmati kini, terutamatanya kanak-kanak. Elakkan mengambil ikan yang tinggi kandungan merkuri speerti ikan yu, pari, tuna, todak, tenggiri, kerapu, makerel (kembung besar) dan ikan yang tidak bersisik mempunyai tahap merkuri yang lebih tinggi

Wan Na
Whatsapp/sms  016 441 5473

Friday, 18 October 2013

Testimoni Panas Shaklee Collagen Powder + Vitamin E

Pagini nak share gambar panas



16 Fungsi Collagen Powder Shaklee

1.   Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
2.   Mengecilkan liang-liang roma
3.   Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
4.   Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
5.   Mengembalikan keanjalan kulit
6.   Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot-otot
7.   Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman yang memerlukan Collagen
8.   Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang dan sendi
9.   Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
10. Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
11. Menegangkan kembali payudara dan punggung
12. Mengurangkan garis halus pada leher
14. Menguatkan gusi anda
15. Memelihara kornea mata anda daripada kering dan cepat letih
16. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata


Jadi sangat berbaloi mengambil Collagen Powder Shaklee sebagai supplement tambahan sebagai menyokong keperluan Collagen tubuh yang anda boleh perolehi dari sumber makanan.

Paling berkesan adalah mengambil Collagen Powder Shaklee bersama-sama agen antioksidan, lycopenes dan genistein yang

- Membantu memulihkan kerosakan sel-sel kulit oleh radikal-radikal bebas

 - Membantu melindungi Collagen dari termusnah

- Membantu pengeluaran kolagen


Vitamin yang mengandungi antioksidan, lycopenes, genistein 
- ESP Shaklee - Agen  antioksidan dan lycopenes yang membantu pengeluaran Collagen
- SustainedRelease Vita-C - Antioksidan memulih dan melindungi sel kulit dari rosak
- Vita-E Complex - Antioksidan memulihkan dan melindungi sel kulit dari kerosakan
- Omega Guard - Membantu pengeluaran Collagen

- Carotomax - Agen Antioksidan dan Vitamin A mengekalkan tahap Collagen dalam tubuh


Berminat/Pertanyaan lanjut, hubungi:
Wan Na
Whatsapp/sms 016 441 5473

Tips Mahu Kurus

(1) HAPUSKAN makanan2 bergula (kalori kosong) seperti coklat, gula-gula...

(2) MAKAN makanan RENDAH GLISEMIK seperti sayur, buah, beras basmathi, ESP...

(3) MAKAN makanan yg ada 3 KUMPULAN MAKANAN utama : protein, karbohidrat, lemak.

Pilih PROTIN BERKUALITI

Pilih KARBOHIDRAT RENDAH GLISEMIK

Pilih LEMAK yang BAIK

(4) BERSENAM agar pembakaran kalori lebih berkesan

--------

So, Set Kurus Shaklee tak payah ambil dah?

....Yang ni kena refer kami, jika berminat dengan set kurus Shaklee, kami akan suggest produk yang sesuai.

Wednesday, 9 October 2013

Kenapa Shaklee Collagen Powder lebih power!

Harini saya ingin kongsikan beberapa persoalan yang selalu ditanya kepada saya mengenai Collagen Powder keluaran Shaklee:

Kenapa kolagen nie mahal sket yer?
Apa beza kolagen nie dengan kolagen XXX yang saya beli dari farmasi?
Brand XXX nie pun ade promote kolagen, apa kelebihan kolagen Shaklee?

Ok, sekarang sila baca beberapa fakta di bawah kerana jawapannya akan ada terselit di sebaliknya.

Basically, produk-produk collagen yang ada di pasaran sekarang dihasilkan dari 3 sumber kolagen yang berbeza, iaitu plant collagen, animal collagen dan marine collagen:

Plant Collagen
Sumber dari plant collagen termasuklah buah-buahan atau sayur-sayuran. Kolagen jenis ini agak banyak dijual di pasaran. Kelebihannya adalah pada rasanya yang manis dan sedap dan juga harganya yang paling murah berbanding dengan kolagen dari sumber yang lain. Walaubagaimanapun, kolagen dari sumber ini mempunyai kadar serapan yang paling rendah. Ini membuatkannya kurang efektif berbanding sumber kolagen yang lain.

Animal Collagen
Sumber collagen dari haiwan yang selalu digunakan adalah dari kulit lembu dan kulit babi. Banyak digunakan untuk collagen injection kerana ia hampir menyamai struktur tisu kulit manusia, maka ia senang diserap oleh kulit. Kelebihannya terhad untuk kecantikan kulit sahaja, ia tidak membantu untuk proses pembaikpulih struktur organ badan yang lain.

Marine Collagen
Sumber kolagen terbaik setakat ini, yang boleh diperolehi dari hidupan laut seperti alga dan pelbagai jenis ikan. Tahukah anda dalam tahun 1996, ade seorang professor dari Perancis telah membuat kajian, ikan yang mampu hidup di laut sedalam 2000 meter adalah sangat kaya dengan kolagen? Pada kedalaman 2000 meter, kereta boleh jadi kemek yer, tapi ikan ini masih utuh dengan keadaan kulit/sisik yang licin, tegang dan tahan lasak. 

Dan Collagen Powder Shaklee pula diekstrak dari sisik ikan merah yang hidup di laut sedalam 5000 meter!

Jadi jangan persoalkan kenapa kolagen dari fruit base jauh lebih murah dari marine base. Anda boleh nilai sendiri effort yang diperlukan antara memetik buah di ladang dengan menangkap ikan di laut dalam.

Kebaikan utama marine collagen adalah ia mempunyai jisim molekul yang sangat rendah jadi kadar penyerapannya adalah sangat hebat. Dan kadar penyerapannya tidak terhad kepada kulit sahaja, malah organ-organ badan yang lain. 

Dan jangan lupa, Shaklee ada menambah 7 lagi ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen itu, iaitu kolagen ikan, ekstrak kulit kerangan laut, lactobacillus acidophilus, vitamin C, B2, B6, ekstrak pfaffia dan ekstrak biji camellia japonica.

Wan Na
Whatsapp/sms  016 441 5473

Saturday, 5 October 2013

Kolagen Shaklee - Before and After

Pagini exited nak share dengan anda kesan penggunaan Shaklee Collagen Powder oleh pengguna kami.

Testimoni #1

Puan Eppi mendapati matanya puffy - dark circle and eyebag. lepas dia memakai masker Collagen shaklee, 20minit kemudian, hasilnya sgt memuaskan hati. dark circle dan puffy eyes tu almost hilang.



Testimoni #2

Pn Fida mengalami jerawat dibahagian dagu. besar jerawatnya kan? lepas dua hari berturut2 dia memakai masker Collagen dan vit E shaklee, jerawat terus mengecut.

geram tgk bibir dia kan? pink je. 


Shaklee collagen powder ni selain di makan boleh juga dibuat masker. Kesannya anda boleh lihat dengan cepat sebab molekul collagen dalam SCP lebih kecil dari collagen biasa, iaitu 1000 Dalton sahaja.
Collagen SCP lebih cepat menyerap ke dalam kulit.

Harga biasa sekotak ialah RM298...tapi bulan  ni PROMOSI!
Anda boleh dapatkan dengan HARGA JIMAT LUARBIASA.

*BELI 6 KOTAK PERCUMA 1 KOTAK CALLOGEN
*PERCUMA DAFTAR AHLI SHAKLEE YG BERNILAI RM 75
*FREE POS
*PULANGAN WANG RM 110.00
BANYAKKAN DAPAT ???JOM KONGSI BELI DENGAN KAWAN OPIS DAN FAMILY :)

Atau anda boleh kongsi beli dengan saya untuk dapatkan sekotak.
Hubungi saya di:
Whatsapp/ SMS / Viber   016 441 5473


Friday, 4 October 2013

Shaklee Collagen Powder harga runtuh!

Produk EKSLUSIF

Masa promosi Collagen Powder Shaklee December 2012, macam-macam review HEBAT diterima:

♥ Kulit makin gebu
♥ Kulit jadi lebih lembap dan licin
♥ Payudara dan punggung jadi makin mantap
♥ Rambut jadi subur, makin banyak dan lebat
♥ dan yang panasnya....ada encik suami yang kata 'lebih ketat'...siap en.suami belikan Collagen Powder Shaklee untuk isterinya

Bulan ni PROMOSI SHAKLEE COLLAGEN POWDER.
Harga biasa RM 298....Harga promosi RM 1xx..JAUH LEBIH JIMAT!

Hubungi Wan Na untuk maklumat lanjut.
Whatsapp/sms  016 441 5473

Sunday, 22 September 2013

CoQHealth mengurangkan keletihan melampau

Sering letih??

JIKA anda selalu berasa letih, kemungkinan besar jantung anda tidak memperolehi 'bahan bakar' yang diperlukan untuk menjadi sihat dan kuat. 

Bahan bakar ini ialah Koenzim Q10 (CoQ10). Ia adalah penting untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular.

Saintis mendapati jantung mengandungi 10 kali ganda lebih banyak CoQ10 berbanding organ lain dalam badan. Ini kerana jantung adalah organ yang paling kuat bekerja dan ia berdegup sebanyak kira-kira 100,000 kali sehari.

Tiada satu pun degupan itu boleh berlaku tanpa tenaga. Oleh kerana jantung merupakan organ yang bekerja tanpa henti, ia memerlukan tenaga yang amat banyak secara berterusan.

Wan Na Wzamry
019 982 4691

Kenapa perlu CoQHealth?


Kenapa anda perlukan CoQ10?

Di peringkat sel, tenaga dikeluarkan dalam mitokondria ('janakuasa') dan kerana jantung merupakan organ yang paling kuat bekerja, ia kaya dengan mitokondria yang menjana tenaga (sehingga sebanyak 5,000 pada setiap sel), lebih banyak daripada apa yang dijumpai dalam mana-mana tisu lain.

Lebih banyak mitokondria yang ada dalam sel, maka lebih banyak tenaga ia boleh keluarkan. Oleh kerana CoQ10 itu penting untuk pengeluaran tenaga dalam mitokondria, maka tidaklah hairan jika jantung itu mengandungi berlipat ganda banyaknya CoQ10 berbanding mana-mana organ lain.

Mendapatkan tenaga tidak menjadi masalah semasa muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung. Tetapi apabila semakin tua, kita mengeluarkan semakin sedikit CoQ10.

Wan Na Wzamry 019 982 4691
- Sihat itu amat berharga

Tuesday, 17 September 2013

Waah bestnye lepasni bisnes Shaklee semudah ABC

Shaklee go ONLINE by OCTOBER 13'

Alhamdulillah urusan bisnes jadi lebih senang.
Apa maknanya bagi pengedar Shaklee?....antaranya kami tak perlu simpan stok....order barang boleh dilakukan hanya di hujung jari...then Shaklee akan poskan untuk kami...senangkan.

Apa yang kami buat? Hanya share kebaikan produk Shaklee yang sememangnya SEMAKIN HEBAT...consult customer, cara pengambilan yang betul dan tips2 kesihatan yang terbaik.

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk, ada secret group yang sentiasa murah berkongsi ilmu.

Tak kiralah anda surirumah sepenuh masa atau berkerjaya, saya percaya anda mampu berjaya dengan kami.Asalkan anda cekal hati dan bersemangat tinggi unuk berjaya. Anda boleh.

Jadi....jika anda mahu mengubah kehidupan anda..pm saya...saya sudi berkongsi dan membimbing anda sehingga berjaya mencapai income berapa angka yang anda mahukan.

Wan Na
Sms 019 982 4691
Whatsapp/viber 016 441 5473

Wednesday, 11 September 2013

Peluang Mengubah hidup

PELUANG

Sebagai satu sumbangan khidmat masyarakat kepada para pembaca, saya ingin membuka peluang perniagaan untuk anda melalui Shaklee dengan syarat-syarat berikut:

1- Anda mestilah seorang yang benar-benar ingin BERUBAH tetapi tidak tahu BAGAIMANA.
2- Anda mestilah seorang yang benar-benar ingin BERNIAGA tetapi tidak tahu BAGAIMANA.
3- Anda mestilah seorang yang ingin CUBA BERNIAGA tetapi tidak tahu BAGAIMANA.
4- Anda mestilah seorang yang berani bertindak tanpa banyak SOAL.
5- 5 orang terawal akan dapat mendapat peluang bisnes dengan Shaklee tanpa sebarang yuran keahlian.*

*syarat dipatuhi.

Jadi kepada sesiapa yang berminat, boleh contact saya di FB atau telefon/SMS/Whatsapp saya pada talian 016-441 5473.

Saya doakan agar anda dapat mengubah gaya hidup dan sumber ekonomi anda. Semoga bebas juga dari pelbagai hutang yang membebankan dan menemui financial freedom dan time freedom untuk diri sendiri dan keluarga tercinta.

RUMAHKU SYURGAKU
HIDUPKAN UNTUK MEMBERI 

Thursday, 5 September 2013

Penyakit Jantung...cegah dengan CoQ10

Setiap individu adalah berisiko untuk mendapat serangan Sakit Jantung, namun bagitu anda akan lebih terdedah kepada risiko Sakit Jantung sekiranya anda:


Pada 22hb Febuari 2012 lalu, penyanyi Latif Ibrahim, 62 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara. Kematian Allahyarham adalah akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk Sakit Jantung. Sebelum ini, beberapa artis terkenal tanah air dan pemimpin negara turut diserang Sakit Jantung. Antaranya ialah Hani Mohsin, Izi Yahya, Khairil Khamis, Ustaz Asri Rabbani, Shamrin Fotograf dan Faizal Yusuf. 

Sebahagian besar dari mereka masih lagi muda iaitu dalam lingkungan usia 30-an hingga 40-an. Namun begitu Penyakit Jantung menyerang tanpa mengenal usia dan jantina. Hampir kebanyakan penghidap Sakit Jantung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa mereka sedang diancam Sakit Jantung. Bahkan sebahagian besar penghidap Sakit Jantung mengabaikan tanda-tanda awal serangan Sakit Jantung. 

Sekiranya anda mempunyai salah satu dari tanda-tanda awal di atas, usah berlengah lagi…Ambil tindakan segera sebelum ia merebak dan seterusnya mengancam nyawa anda.

Jagalah kesihatan jantung anda sedari awal lagi. Di Shaklee, kami menawarkan satu produk terbaik untuk jantung anda iaitu CoQHealth Plus.

Coq10 mengandungi campuran bahan semulajadi 28mg coq10 dengan tambahan vitamin e dan ektrak teh hijau. setiap kapsul diformulasi dengan minyak kacang soya untuk mengoptimakan kadar penyerapan. Tiada mengandungi bahan, pemanis, pewarna atau perasa tiruan.


Coq10 terdapat di muscle pada jantung yg  mana membantu meningkatkan tenaga di jantung  apabila jantung memiliki lebih tenaga, ia semakin lancar.

September merupakan bulan promosi bagi CoQHealth Plus....dapatkan produk ini segera sebelum kehabisan stok.

Retail : RM124...bulan ini anda berpeluang menikmatinya dengan harga yang lebih jimat.

Hibungi saya untuk maklumat lanjut
Wan Na 
019 982 4691

Tuesday, 3 September 2013

CoQHealth menjaga jantung anda

SAYANGI JANTUNG KITA!!!

Jantung yang lemah boleh mengakibatkan denyutan nadi kita celaru, peredaran darah dalam tubuh tidak lancar dan ini boleh mengakibatkan risiko tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

CoQHealth mengandungi 3 bahan berkuasa seperti CoQ10,Green Tea dan Vitamin E yang mampu melindungi kesihatan jantung kita.

Memelihara Kesihatan jantung adalah tanggungjawab kita semua.

Nak dapatkan produk yang menyihatkan jantung??



Hubungi saya
Wan Na 019 982 4691

Monday, 2 September 2013

Omega 3 Penawar Tekanan Darah Tinggi

OMEGA 3 PENAWAR TEKANAN DARAH TINGGI !

Penyakit darah tinggi berlaku apabila jantung gagal berfungsi dengan baik. Jantung berfungsi untuk mengepam dan menghasilkan tekanan yang mampu membawa darah mengalir dengan lancar di dalam tubuh. Kegagalan fungsi jantung ini berpunca akibat berlakunya pembekuan darah di dalam tubuh badan manusia.

Pembekuan darah di dalam tubuh boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi yang mana boleh menjurus kepada risiko-risiko untuk mendapat penyakit yang lebih serius seperti penyakit jantung, kerosakan pada pembuluh darah dan kerosakann pada system endoktrin.

Faktor & risiko yang menjadi penyebab seseorang individu itu mengalami tekanan darah tinggi adalah seperti :

• Cara hidup tidak aktif • Umur melebihi 35 tahun • Merokok • Kegemukan • Paras kolesterol tinggi • Sejarah keluarga • Pengambilan alkohol yang berlebihan • Pengambilan garam yang tinggi

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan pada otak, jantung, buah pinggang dan juga mata.

Solusi untuk masalah tekanan darah tinggi adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan yang mengandungi OMEGA 3.

OMEGA 3 berfungsi untuk menghalang dari berlakunya pembekuan darah dalam tubuh manusia. OMEGA 3 boleh didapati dari sumber seperti:-

*telur *kobis bunga *minyak canola *bayam *ikan salmon *ikan tuna

Untuk makluman semua, OMEGA 3 adalah bahan paling UTAMA yang terdapat didalam OMEGA GUARD SHAKLEE.

Ingin dapatkan kebaikan dan khasiat OMEGA 3?

Hubungi saya,


Wan Na 019-982 4691

Sunday, 1 September 2013

Promosi September 2013..CoQHealth


Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Di antara fungsi CoQ10 :

• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Coenzyme Q10  boleh didapati dalam bentuk makanan kita seharian, didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Coenzyme Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Coenzyme Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Manfaat lain Co Enzim Q10 :

1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi 
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian


SEPTEMBER MERUPAKAN BULAN PROMOSI COQ10
Grab peluang ini untuk menikmati CoQ10 dengan harga yang lebih jimat tak sampai seratus.

Sarha biasa RM 124 sebotol, 30 biji.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Wan Na
019 982 4691

Saturday, 31 August 2013

Aku mahu hidup luar biasa


Hidup luar biasa.....
Sejak terjebak dengan group hebat...group jutawan di bawah naungan Master Shareeza Hashim, jiwa saya makin terisi.

Dalam group hebat ini, kami tidak hanya di ajar ilmu menjana pendapatan, tapi kami dilatih dengan ilmu menjemput rezeki...alhamdulillah syukur saya bertemu dengan Master Shareeza. Beliau banyak membimbing,mendidik dan memotivasi kami dengan ilmu kerohanian di samping ilmu bisnes.

Antara yang ditekankan ialah:
- solat sunat dhuha
- solat sunat tahajjud
- zikir harian
- dan amalan magik yang di amalkan turun temurun dalam group kami.

Pengalaman closing Shaklee

Selamat pagi semua, 

Akhir setiap bulan ialah masa yang ditunggu-tuggu oleh semua pengedar Shaklee kerana hari tu merupakan closing atau penutup bagi bisnes kami pada bulan tersebut.

Bulan ini, saya berpengalaman merasai sendiri suasana closing di branch Shaklee Pulau Pinang. Ya Allah, memang sibuk..hari itu adalah hari yang menentukan berapa income kami, di mana rank kami pada bulan tersebut.

Ini gambar yang saya sempat snap semasa hari tersebut :)


Hidup luar biasa bila bersama Shaklee.

Alhamdulillah setahun sebulan sejak saya aktif dengan Shaklee, kini saya dapat melahirkan leader yang hebat.

Dalam Shaklee, bila anda dah jadi leader, anda dah boleh merasa income 4 angka. Jika anda berusaha lagi gigih, tak mustahil untuk mencapai income 5-6 angka. Saya sendiri sekarang akan bergerak ke income 5 angka.

Jika anda berminat untuk menjana pendapatan tambahan dengan shaklee atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan pemasaran Shaklee, hubungi saya.

Saturday, 17 August 2013

Produk Shaklee memang berkesan

Banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesan.

Tetapi pada Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan dapati 90/100 kertas kerja saintifik mereka disiarkan dalam jurnal ulasan selaras, yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee,

Adakah anda masih meragui Shaklee?
Alhamdulillah saya pilih yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.


Atasi masalah sembelit

Waktu paling best ---> pagi2...sebab senangnya membuang. 

SEMBELIT dah jadi sahabat baik saya sejak dulu....tapi sejak amalkan OSTEMATRIX 4 biji waktu malam, pagi2 terus ke toilet.

Side efek lain ---> badan rasa ringan, tak de lagi kejang urat, lenguh2 badan.

Anda nak cuba? boleh pm saya..harga tak sampai sebelah tangan.
Wan Na Wzamry 019 982 4691

Friday, 16 August 2013

Bisnes tanpa modal? Boleh ke?

Bisnes tanpa modal

Tengok orang buat bisnes, hati pun teringin nak buat bisnes...tapi tak ada modal.

Ramai dah buat bisnes tanpa modal...DROPSHIP.
Dropship ialah salah satu bisnes tanpa modal yang femes...anda order...buat payment...pembekal akan poskan untuk anda.

Nak tahu?
SHAKLEE PUN BOLEH BUAT SECARA DROPSHIP.

Nak tau lanjut, pm lah saya.

Wan Na 019 982 46 91

Thursday, 15 August 2013

Bonus Shaklee masuk lagi

Alhamdulillah... bonus bisnes dah masuk maybank.

Bukan senang nak dapat untung 4 angka-6 angka dengan bisnes....tapi dengan Shaklee mimpi itu boleh jadi nyata.

Hanya spend masa 3-4 jam sehari melalui online....bantu orang lebih sihat dengan produk Shaklee....berbisnes walaupun takde modal....ikut apa yang orang berjaya dah buat...4-6 angka bonus mampu anda miliki.

Nak saya tunjukkan macam mana nak buat bisnes dengan Shaklee?
Pm saya, jangan segan.
Whatsapp 016 441 5473.

Monday, 12 August 2013

Sharing dari FB



MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?

Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat.

Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.

Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.

Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Maasyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.

Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.

Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.

Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.

Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.

Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa....

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah...

solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

InsyaAllah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....aamiinn...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive