Banyak jenama minuman tenaga diperkenalkan dalam pasaran dan pengambilannya menjadi ikutan di kalangan remaja dan dewasa hari ini.
Namun, ramai yang masih keliru antara fungsi penambah tenaga dengan fungsi isotonik bagi beberapa jenama minuman yang disukai ahli sukan.
Rata-rata jenama minuman tenaga yang popular di pasaran mengandungi sekurang-kurangnya 80 miligram kafein dalam setiap tin.
Kandungan tersebut adalah sama banyak dengan secawan kopi dan dua kali ganda kandungan kafein dalam secawan teh.
Namun, ada sesetengah minuman tenaga mengandungi kandungan kafein yang lebih tinggi.
“Fungsi kafein dalam kopi atau teh malah sesetengah minuman berkarbonat memang tidak perlu diperjelaskan.
“Cuma kesan stimulasi akibat mengamalkan minuman tersebut secara berterusan dikhuatiri boleh membawa kepada ketagihan,” kata Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad.
Selalunya, kandungan kafein dalam minuman tenaga ini tidak dijelaskan secara terperinci di labelnya, maka adalah sukar untuk mengagak sebanyak mana yang telah diminum sebenarnya.
Minuman tenaga tidak boleh disamakan dengan minuman isotonik yang diminum bagi memastikan tahap hidrasi ketika bersukan.
Minuman isotonik membekalkan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang akan disingkir melalui perpeluhan.
Sedangkan, kandungan kafein dalam minuman tenaga bertindak sebagai agen diuretik yang menyebabkan dehidrasi.
“Pengguna perlu memahami bahawa minuman tenaga ini bukan sahaja tinggi kandungan gula, malah sesetengah produk hanya menawarkan ramuan yang berkalori kosong iaitu tidak disertai dengan zat-zat lain,” kata Fatimah.
Tambah Fatimah, adalah penting bagi seseorang untuk memahami fungsi gula, elektrolit dan kepentingan zat-zat lain yang diproses dalam tubuh. Beliau tidak menafikan bahawa terdapat minuman tenaga yang mengandungi vitamin tambahan.
Kandungan gula dalam minuman tenaga adalah sumber tenaga pantas. Vitamin B, misalnya, ditambah ke dalam formula minuman ini sebagai strategi pemasaran yang memberikan jenama itu suatu imej minuman yang berkhasiat.
Vitamin B sememangnya diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Ia bertindak sebagai enzim yang membantu menghadamkan karbohidrat.
Begitupun, kandungan kafein dalam minuman tenaga boleh memberi masalah kepada mereka yang sensitif terhadapnya.
Golongan ini boleh mengalami kegelisahan, jantung berdebar, rengsa, sukar untuk tidur serta masalah penghadaman, walaupun hanya mengambilnya dalam jumlah yang sedikit.
Apakah yang boleh terjadi jika mereka mengambil minuman tenaga tanpa kawalan?
“Bagi yang bimbang akan kesan stimulasi itu, minuman jenis ini boleh diambil sekali-sekala selain diselangi pengambilan banyak air tambahan.
“Di samping itu, mereka perlu memastikan pengambilan sumber khasiat daripada variasi makanan lain,” terang Fatimah.
Namun, menurutnya, golongan pesakit diabetes perlu menghindarkan pengambilan minuman tenaga.
Kandungan gula dan glukosa dalam hidangan minuman tenaga ini boleh meningkatkan paras gula darah seterusnya membahayakan pesakit.
Hakikatnya, ramai golongan konsumer yang masih tidak tahu akan kesan kombinasi kandungan bahan dalam minuman tenaga.
Pada pandangan mereka, bahan lain yang disertakan dalam formula minuman tenaga dipercayai boleh bertindak secara sinergi dengan kafein bagi mencetus daya rangsangan.
Sebagai contoh, pada label sebuah jenama minuman tenaga yang terkenal di negara ini tertera kandungan taurina sejumlah 1,000 miligram.
Sebuah laporan kajian di Jerman mendapati bahawa jumlah darah yang dipam bagi setiap degup jantung meningkat ketara di kalangan mereka yang mengambil minuman gabungan taurina dan kafein.
Ini menunjukkan bahawa taurina memainkan peranan dalam penegangan otot dalam jantung dan juga sistem saraf keseluruhannya.
Selain taurina, minuman tenaga turut mengandungi vitamin B1, B2, B6 dan juga niasin. Ramuan tambahan lain adalah madu, inositol, piridoxin, riboflavin dan tiamin.
Menilai secara keseluruhannya, pakar diet walau bagaimanapun tidak menghalang pengambilan minuman tenaga ini, khususnya di kalangan mereka yang menjalani gaya hidup aktif.
Meminum satu atau dua tin sehari tidak membawa masalah kepada mereka.
“Cuma ia perlu dielakkan pesakit kencing manis manakala mereka yang mempunyai masalah jantung, pengambilan terkawal adalah disyorkan.
“Minuman ini hanyalah alternatif penambah tenaga. Bercakap tentang kalori ataupun tenaga yang diperlukan tubuh, ia masih boleh diperoleh dari banyak pilihan sumber makanan lain,” ujar Fatimah.
Welcome Bloggers!
Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee
Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com
Followers
Showing posts with label optimum health. Show all posts
Showing posts with label optimum health. Show all posts
Friday, 31 August 2012
Friday, 3 August 2012
Performance Drink bukan untuk atlet saje..ianya untuk semua golongan
Sebelum ni saya ada post kan mengenai Performance Drink..Hari ni kita tengok pula apa fungsi Performace Drink
>> Meningkatkan daya ketahanan badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yg hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh
>> Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal - ia mengandungi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride.
>> Mencegah penyahidratan - mengurangkan kehausan, melembabkan kulit
>> Mengekalkan paras gula dalam darah - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yg penting bagi tenaga otot dan percepatkan kesembuhan akibat kecedraan otot
Satu hidangan yg lazat untuk diminum pada bila2 masa dan di mana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain...Saya lebih suka minum begitu sahaja tapi dicampur dgn air sejuk dr dalam peti ais..fuuhh best, rasa oren ala2 air 100 plus..
Selain atlet, Performance drink juga sesuai untuk mereka yg berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, mereka yg selalu tidur lewat malam atau mereka yg bekerja shift malam, mereka yg keletihan, vagina yg kering, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula dan sbgnya....
Jika anak2 atau kita sendiri mengalami cirit-birit, boleh ambil Performance Drink...biasanya kalau pegi klinik doc akan bg air garam, kn....haaa lepas ni kita tukar air garam tu dgn Performance Drink...lebih selamat dan semulajadi.. Selepas di buka, Performance drink mesti diletakkan dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama..
Apa lagi..cubalah sekarang
Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691| wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com
Multivitamin yang mengandungi 12 vit dan 7 galian utama
Vitalea, iaitu product pertama by Dr. forest C. shaklee.High potency formula that provides 23 essential vitamins and minerals at clinically proven levels. No more, no less, for optimal health. Plus, the patented Bioactivated Absorption System™ exclusive to Shaklee ensures enhanced absorption of folic acid, a critical component of complete nutrition.....
What makes Vita-Lea the perfect Multi over leading brands? 349 Quality Tests are performed every time Vita-Lea is produced to guarantee purity and potency. Ideal for women of childbearing age and teenagers.Apakah kelebihan vitalea?
Ianya dikatakan killer product of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Jika dulu saya belajar, dikatakan 2 biji vitalea bersamaan dengan 40 jenis lauk. Bermaksud, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 tabs vitalea ianya sama lah dengan hidangan 40 jenis lauk pauk.Ada sesetengah doktor mengeluarkan kenyataan bahawa pengambilan multivtitamin shj sudah mencukupi bg mereka yang sihat. Namun pada saya jujurnya, keperluan b com dan vit C hari ini sangat penting seiring dengan pengambilan vitalea.
Asasnya, semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya yang mengandungi 12 vit dan 7 galian utama banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.
Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala?Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.
Iron banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak kekangan sekiranya kita hendak bergantung dengan sumber asli semata2. Apakah kekangan yang dimaksudkan? Harga kerang mahupun tiram lebih adalah mahal disesetengah tempat, sumbernya juga terhad...kelebihan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan perairan, bukan semua orang makan makanan laut..ianya menjadi terhad kepada mereka yang allergic kepada makanan laut. Kekangan ini membuatkan kita disaranankan menambah supplement dalam diet harian agar semua zat yang perlu diambil dapat disempurnakan.
Anda berminat nak mencuba Vitalea Shaklee?
KIni dlm harga yg mampu dibeli oleh semua org.. Hanya RM75 (terdapat 30bj vitalea,30bj vita c, 30 bi bcmplex-(Vitalea complete with iron formula, B complex as stress control, energy and Vitamin C for antioxidant, collagen and good for skin).
atau pun boleh add on RM30 utk 30bj vitalea jika anda beli mana2 vitamin fullpack.
Berminat?
Sila hubungi
Puan Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor [ID No : 880309]
019-9824691| wnorazlina@yahoo.com |kioskvitamin@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
▼
2014
(53)
-
▼
July
(11)
- Apa jadi pada tubuh semasa berpuasa?
- Shaklee bersekongkol dengan Israel? Baca dulu...
- MH17 selamat beradu
- Soalan biasa orang tanya pasal OmegaGuard
- Butir nangka yang takde nangka dan butirnya hihi
- Vivix adakah membantu cancer???
- Bekas Pengacara NTV 7... cancer survivor. How he a...
- Vivix dalam media
- Perlukah anak kita ambil minyak ikan a.k.a Omega-3...
- Kencing Manis sembuh 100%...Bukan omong kosong.
- Penghidap kencing manis perlu kawal pengambilan ka...
-
▼
July
(11)