Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Showing posts with label set penyusuan. Show all posts
Showing posts with label set penyusuan. Show all posts

Tuesday, 28 May 2013

Suplemen untuk penyusuan..penting atau tidak?

Pengambilan supplemen untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu & bayi itu sendiri. Tentunya itu antara sebab ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri bayi.



Apakah kegunaan supplemen-supplemen ini untuk penyusuan?

Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Multivitamin – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.

sumber : Majalah Shaklee Today

Sebarang Pertanyaan boleh contact saya:
Wan Norazlina [019-9824691]
Shaklee Independent Distributor
ID 880309
kioskvitamin@gmail.com
FB Page: KioskVitamin1

Friday, 31 August 2012

Baguskah minuman tenaga?

Banyak jenama minuman tenaga diperkenalkan dalam pasaran dan pengambilannya menjadi ikutan di kalangan remaja dan dewasa hari ini.

Namun, ramai yang masih keliru antara fungsi penambah tenaga dengan fungsi isotonik bagi beberapa jenama minuman yang disukai ahli sukan.

Rata-rata jenama minuman tenaga yang popular di pasaran mengandungi sekurang-kurangnya 80 miligram kafein dalam setiap tin.

Kandungan tersebut adalah sama banyak dengan secawan kopi dan dua kali ganda kandungan kafein dalam secawan teh.

Namun, ada sesetengah minuman tenaga mengandungi kandungan kafein yang lebih tinggi.

“Fungsi kafein dalam kopi atau teh malah sesetengah minuman berkarbonat memang tidak perlu diperjelaskan.

“Cuma kesan stimulasi akibat mengamalkan minuman tersebut secara berterusan dikhuatiri boleh membawa kepada ketagihan,” kata Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad.

Selalunya, kandungan kafein dalam minuman tenaga ini tidak dijelaskan secara terperinci di labelnya, maka adalah sukar untuk mengagak sebanyak mana yang telah diminum sebenarnya.

Minuman tenaga tidak boleh disamakan dengan minuman isotonik yang diminum bagi memastikan tahap hidrasi ketika bersukan.

Minuman isotonik membekalkan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang akan disingkir melalui perpeluhan.

Sedangkan, kandungan kafein dalam minuman tenaga bertindak sebagai agen diuretik yang menyebabkan dehidrasi.

“Pengguna perlu memahami bahawa minuman tenaga ini bukan sahaja tinggi kandungan gula, malah sesetengah produk hanya menawarkan ramuan yang berkalori kosong iaitu tidak disertai dengan zat-zat lain,” kata Fatimah.

Tambah Fatimah, adalah penting bagi seseorang untuk memahami fungsi gula, elektrolit dan kepentingan zat-zat lain yang diproses dalam tubuh. Beliau tidak menafikan bahawa terdapat minuman tenaga yang mengandungi vitamin tambahan.

Kandungan gula dalam minuman tenaga adalah sumber tenaga pantas. Vitamin B, misalnya, ditambah ke dalam formula minuman ini sebagai strategi pemasaran yang memberikan jenama itu suatu imej minuman yang berkhasiat.

Vitamin B sememangnya diperlukan untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Ia bertindak sebagai enzim yang membantu menghadamkan karbohidrat.

Begitupun, kandungan kafein dalam minuman tenaga boleh memberi masalah kepada mereka yang sensitif terhadapnya.

Golongan ini boleh mengalami kegelisahan, jantung berdebar, rengsa, sukar untuk tidur serta masalah penghadaman, walaupun hanya mengambilnya dalam jumlah yang sedikit.

Apakah yang boleh terjadi jika mereka mengambil minuman tenaga tanpa kawalan?

“Bagi yang bimbang akan kesan stimulasi itu, minuman jenis ini boleh diambil sekali-sekala selain diselangi pengambilan banyak air tambahan.

“Di samping itu, mereka perlu memastikan pengambilan sumber khasiat daripada variasi makanan lain,” terang Fatimah.

Namun, menurutnya, golongan pesakit diabetes perlu menghindarkan pengambilan minuman tenaga.

Kandungan gula dan glukosa dalam hidangan minuman tenaga ini boleh meningkatkan paras gula darah seterusnya membahayakan pesakit.

Hakikatnya, ramai golongan konsumer yang masih tidak tahu akan kesan kombinasi kandungan bahan dalam minuman tenaga.

Pada pandangan mereka, bahan lain yang disertakan dalam formula minuman tenaga dipercayai boleh bertindak secara sinergi dengan kafein bagi mencetus daya rangsangan.

Sebagai contoh, pada label sebuah jenama minuman tenaga yang terkenal di negara ini tertera kandungan taurina sejumlah 1,000 miligram.

Sebuah laporan kajian di Jerman mendapati bahawa jumlah darah yang dipam bagi setiap degup jantung meningkat ketara di kalangan mereka yang mengambil minuman gabungan taurina dan kafein.

Ini menunjukkan bahawa taurina memainkan peranan dalam penegangan otot dalam jantung dan juga sistem saraf keseluruhannya.

Selain taurina, minuman tenaga turut mengandungi vitamin B1, B2, B6 dan juga niasin. Ramuan tambahan lain adalah madu, inositol, piridoxin, riboflavin dan tiamin.

Menilai secara keseluruhannya, pakar diet walau bagaimanapun tidak menghalang pengambilan minuman tenaga ini, khususnya di kalangan mereka yang menjalani gaya hidup aktif.

Meminum satu atau dua tin sehari tidak membawa masalah kepada mereka.

“Cuma ia perlu dielakkan pesakit kencing manis manakala mereka yang mempunyai masalah jantung, pengambilan terkawal adalah disyorkan.

“Minuman ini hanyalah alternatif penambah tenaga. Bercakap tentang kalori ataupun tenaga yang diperlukan tubuh, ia masih boleh diperoleh dari banyak pilihan sumber makanan lain,” ujar Fatimah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...