Semalam saya buka satu post di fb wall saya, berbunyi begini
33○C...panas betul cuaca sekarang...kalau bulan puasa, menyusu badan, lagi kering rasa.
Kurang air dalam badan, mata rasa berpinar.
Kawan2 ada tak ibu menyusu?
Saya nak share tips macam mana nak cukupkan 2 liter air kosong masa berpuasa dan cara nak elak susu merudum masa berpuasa.
Cer komen 'saya'
Cukup 10org saya share tipsnya.
Alhamdulillah ramai yang nak tau tipsnya, malah ada juga ibu yang bukan menyusu pun nak tau juga. Saya ucapkan terima kasih kepada anda yang berminat. :)
Saya share tipsnya sekarang, agak panjang sikit ye.
Terima kasih kerana luangkan masa anda. Saya pasti anda akan dapat tips yang berguna darinya.
tips untuk cukupkan 2 liter air dan elak susu badan merudum ketika berpuasa.
Saya kongsikan sedikit sebanyak tips ketika berpuasa bagi mengelakkan susu merudum.
Mungkin ada yang mengatakan tidak larat untuk pam kerana penat dan jika pam pun susu saya nampak sangat berkurang. Fikirkan kembali. Badan kita tidak mengenal samada anda sedang berpuasa atau tidak. Apa yang penting dalam penghasilan susu badan adalah demand (permintaan) untuk menghasilkan susu yang berpanjangan dan konsisten. Bayangkan jika sebelum ini anda pam sebanyak 3 kali di pejabat dan mendapat 4 oz setiap sesi dan selama sebulan di bulan puasa, hanya pam sekali atau 2 kali sahaja. Sudah tentu lama kelamaan demand akan berkurang dan susu badan pun akan merudum.
Nasihat saya : Jangan MALAS untuk pam ketika berpuasa kerana kesannya selepas bulan puasa nanti.
(2) Bersahur dengan minuman berserat tinggi, berprotein dan juga kurma
Pengambilan protein ketika bersahur akan membantu untuk mengekalkan tenaga yang berpanjangan. Penat di siang hari mungkin menyumbang kepada rasa malas anda untuk mengepam. Kalau kekal bertenaga, mesti badan pun segar dan tidak lemah kan?? Selain itu, KURMA adalah makanan penggalak susu kerana kandungan serat yang tinggi serta kandungan glukosa yang turut menyumbang kepada tenaga anda.
(3) Elakkan untuk mengambil kaffein semasa waktu sahur
Pengambilan kaffein seperti teh dan kopi semasa waktu sahur akan menyumbang kepada kesan deuratik di mana pundi kencing akan cepat penuh dan anda kerap membuang air kencing. Akibatnya badan akan kehilangan air dengan kadar yang cepat dan anda mengalami dehidrasi. Badan pun akan mula letih dan melepek sahaja.
(4) Pengambilan air secara berdikit-dikit semasa malam hari
Ramai yang silap dengan minum air secara banyak ketika waktu sahur yang kononnya untuk mengelakkan badan kehilangan air sedangkan tindakan itu memberikan kesan deuratik sama seperti pengambilan kaffein. Apa yang perlu anda lakukan adalah minum secara berdikit-dikit air kosong daripada waktu berbuka sehingga waktu sahur.
Tips mudah utk habiskan 2-3 liter air semasa berpuasa Ramadhan nanti.
Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong
2. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong : 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam between rakaat.
3. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda...teguklah apabila terjaga malam.
4. Semasa bangun sahur...jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti anda bertarawih.
5. Minumlah air kosong dengan tertib.
Bagaimana tertib tu? Kenapa perlu tertib?
Ahaaa!! Jika tidak tertib...anda akan ke tandas dengan sangat kerap selepas sahur tau!
*teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. BErnafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula...
*jangan minum berdiri
Rasa berat nak cukupkan jumlah air tu....Jom cuba minuman ni.....In Shaa Allah membantu...
boleh minum waktu sahur dan ia akan membantu mengekalkan cecair dalam badang seharian berpuasa.
(5) Pengambilan supplement yang membantu kekal cergas
Walaupun kita berpuasa, tidak bermakna kita hanya perlu baring tidur atau duduk sahaja tanpa perlu membuat kerja. Aktiviti harian masih perlu dilakukan seperti biasa dan untuk memberikan tenaga. Pengambilan supplement sangat-sangat membantu untuk bertenaga di samping mengekalkan penghasilan susu badan.
Apakah makanan tambahan yang SESUAI semasa berpuasa, SELAMAT & TERBUKTI SECARA KLINIKAL?
Mighty 3 Gem Persediaan Awal Berpuasa Untuk Ibu Hamil & Ibu Menyusu
ESP (perisa natural vanilla) : – Membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Menyediakan tenaga yg berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan sumber tenaga yg konsisten.
MEALSHAKE (perisa french vanilla) : ‘Easy-On-the-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
PERFORMANCE DRINK (perisa natural orange): – Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.
Set Mighty 3 Gem juga SESUAI UTK SESIAPA SAHAJA yg ingin mengekalkan tahap kecergasan semasa sedang berpuasa. Ibu menyusu dan ibu mengandung pun boleh.
Jika anda sudah mula risau dengan production susu anda, cuba lalukan tips-tips yang saya kongsikan di atas.
Sebenarnya saya selalu juga tertumpas untuk bangun sahur awal dan santapan saya hanyalah kurma dan MINUMAN SAHUR EKSPRESS saya. Hendak tahu apa itu sahur ekspress??
Minuman sahur ekspress saya ialah Set Mighty 3 Gem tu lah. Amat membantu kecergasan dan penghasilah susu badan semasa berpuasa.
Jika anda berminat dengan set ini atau salah satu produk dalam set tu, boleh pm saya atau SMS/Whatsapp 016 441 5473.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment