Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Saturday, 26 January 2013

Paraben bahayakah? Shaklee tiada Paraben dan bahan berbahaya lain

Selamat pagi bloggers.
Harini saya teruja nak share pasal PARABEN. Tau ke apa itu Paraben?
Salah satu bahan kimia yang boleh memudaratkan badan kita.

Kenapa saya share pasal ni? Saya ada terbaca pasal Paraben ni dalam blog seorang pengedar satu produk yang memang tengah hangat di fb sekarang ni...trade mark dia "sudah 1 juta terjual".. Apa yang dia tulis? 

"alah,buat apa takut nak pakai produk yang ada Paraben? Kau tau tak Paraben tu apa? Bahan antikulat je,supaya produk tu tahan lama. Tak de side effect pun"

Tapi ramai yang cakap Paraben ni bahaya.

Alhamdulillah SHAKLEE BEBAS DARI PARABEN..MALAH BUKAN PARABEN SAHAJA, TAPI BEBAS DARI BAHAN KIMIA BAHAYA LAIN. Anda nak tau apa lagi yang tak de dalam Shaklee?
Meh jenguk sini kejap

      http://kioskvitamin.blogspot.com/2012/07/about-shaklee.html

Inilah senarai bebas Shaklee.
Alhamdulillah lagi sekali, pilihan saya untuk mengamalkan produk Shaklee adalah pilihan yang BAGUS dan TEPAT untuk kesihatan saya sekeluarga.

Okeh berbalik kepada Paraben tadi,


Kita sering diaibkan oleh pembekal kosmetik tentang kewujudan Paraben... kerana kita asyik fokus kepada apa yang produk tersebut mampu lakukan.

Berapa kali kah anda melihat “Bebas Paraben” ? pada botol produk rawatan kulit, produk anti penuaan, kosmetik, produk kecantikan dan perawatan tubuh? Soalan yang perlu ditanya ialah “Apa itu Paraben?”, dan mengapa Anda harus membeli produk perawatan kulit yang Bebas Paraben?

Mengapa menggunakan produk Bebas Paraben begitu penting bagi merawat kulit atau seri wajah anda untuk jangka panjang???
Paraben adalah salah satu kelas bahan kimia.

Ada banyak Paraben, dan mereka digunakan dalam banyak produk sebagai pengawet (conditioner). Mereka juga ditemukan dalam banyak produk perawatan kulit yang TERKENAL  dan produk anti penuaan yang mungkin sedang anda gunakan sekarang, termasuk alat alat kosmetik...

Sayangnya, Paraben telah dikaitkan dengan berbagai masalah kesihatan,... seperti kanser payudara dan banyak lagi. Dan tentu saja semua hal ini sulit untuk dibuktikan...boleh dikatakan bahawa semua industri perawatan kulit, industri anti penuaan dan industri kosmetik menyangkal semuanya.
Tetapi ada penelitian di luar sana yang menghubungkan Paraben dengan kanser payudara! Tidakkah akan lebih baik untuk berhenti menggunakan Paraben kerana menggunakan alat solekan berpanjangan dan berkimia ini akan menampakkan kesan sampingannya?....

Tiada garis panduan yang memberi ketetapan atau melarang Paraben dalam produk perawatan kulit walaupun salah satu kesan sampingan yang disebut tadi (kanser payudara) terbukti sudah ada.

Tetapi saat ini tidak ada pembatasan pada penggunaan Paraben dalam produk perawatan kulit dan produk anti-penuaan seperti krim wajah kita, pelembab dan krim malam yang  Anda gunakan setiap hari!
Jadi apa yang dapat Anda lakukan? 

Mudah, ....CUMA gunakan produk perawatan kulit yang Bebas atau Tanpa Paraben, produk perawatan wajah yang Bebas Paraben, dan kosmetik yang Bebas Paraben.

Terbukti masih ada lagi perusahaan industri kecil2lan yang memproses alat perawatan kulit dan perusahaan kosmetik yang mengaibkan peratusan PARABEN yang mereka sendiri masukkan ke dalam produk produk mereka.

Syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk perawatan kulit dan kosmetik yang benar-benar memberi keutamaan terhadap pengguna akan meletakkan nota “Tanpa Paraben”.

Tetapi dengan adanya sains dan kualiti yang tinggi, harga produk Tanpa Praben pun memanglah tinggi dan inilah antara sebabnya kenapa industi kecil2lam mengambil kesempatan dengan mempromosikan produk-produk kecantikan yang lebih murah dan mengaibkan tajuk risiko PARABEN tersebut!

Mereka bukan hanya terkenal tetapi sebagai pengguna kita asyik dengan tajuk perbandingan harga. Jadi, kesimpulannya, kenapa mereka masih terkenal walaupun Paraben tetap ada dalam produk mereka? Mengapa? Kerena MURAH!!!

Sebagai pengguna kita tahu bahawa perusahaan industri kecil yang mengeluarkan produk perawatan kulit dan kosmetik harus bersaing dengan jenama yang terkenal. Mereka tidak mampu bersaing pada pemasaran rangkaian yang besar, kerana mereka tidak mampu membayar kepada pengedar-pengedar cara pemasaran rangkaian antarabangsa. Jadi media iklan TV digunakan untuk alat pemasaran mereka yang sering kita lihat setiap hari.

Walaupun mereka bersaing secara sihat, ada juga diantaranya yang tidak menggunakan paraben seperti alat alat wangi atau lotion wangian kerana mereka tahu jika dimasukkan Paraben kedalam apa jua produk berasaskan wangian, ia akan memberi kesan serta merta keatas kulit kita seperti gatal2, ruam dan inflamasi kulit kerana gangguan terhadap kolagen dan elastin kulit kita dengan kemasukan wangi2an tersebut.

Jadi, ketika Anda sedang mencari produk perawatan kulit yang berkualiti dan mampu memberikan hasil yang baik, Anda memiliki pilihan untuk merawat secara alternatif terhadap misi perawatan wajah anda dengan produk yang berkualiti tinggi – Tanpa  Paraben dan bebas risiko jangka panjang!

Anda boleh rujuk konsumer kini jika anda nak tau apa bahan kimia lain yang bahaya kepada badan kita.
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/keselamatan-produk/626-pengenalan-kepada-produk-kosmetik- 

Dan ini kata Dr. Zubaidi mengenai Paraben.
http://drzubaidi.com/blog/?p=1519

Wallahua'lam.

Friday, 25 January 2013

Vita-C Plus 100mg restok dengan harga RUNTUH selagi stok masih ada

 
Ini dia Vita-C Plus 100 mg sudah ada di tangan saya. Sebanyak 72 botol kesemuanya. Bila saya sebut Vita-C Plus 100mg, ramai yang tak tau ini adalah vitamin C Shaklee.Di Shaklee, selain dari Sustained Release Vita-C Plus (500mg), ada satu lagi vitamin c yang dikenali sebagai Chewable Vita-C Plus (100mg).

Jom kita lihat FAQ mengenai kedua-dua vitamin ini:

#1 - Sama ke kandungan kedua-dua vitamin ni?



Ya sama. Berikut adalah kandungan secara ringkas:
Chewable Vita-C Plus (100mg)
# Mempunyai Vitamin C - 117.90mg
# Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg
# Rose Hips Powder - 40.00mg
Sustained Release Vita-C Plus (500mg)
# Mempunyai Vitamin C - 553.00mg
# Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg

Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg)mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin c yang hebat). Ia juga dikatakan sebagai 'stomach tonic' kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya. 

#2- Sama fungsi?
Ya sama. Fungsinya memang sama. Seperti yang kita dah sedia maklum fungsi Vitamin C sangat banyak:
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


  • # 3 - Berapa mg?
    Chewable Vita-C Plus mengandungi 100mg
    Sustained Release Vita-C Plus mempunyai 500mg

    # 4 - Harga dan berapa biji?
    Chewable Vita-C Plus (100mg)
    Harga Runcit: RM37.50
    90 biji
    Sustained Release Vita-C Plus 500mg
    Harga Runcit: RM92.50
    180 biji

    *untuk harga comey sila la hubungi saya ya (^_^)

    # 4 - Keistimewaan?
    Chewable Vita-C Plus (100mg)
    - Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Malah ada studi yang mengatakan, vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan kita. 
    Sustained Release Vita-C Plus 500mg
    Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!

    Walaupun kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing, namun yang paling penting ialah both are natural, halal, bersih, bukan sintetik dan paling penting ia mempunyai bioflavonoids.**

    ** Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit

    Stok Sustained Release Vita-C Plus 500mg tidak ada di Shaklee buat masa sekarang sehingga April 2013.
    Sekiranya anda benar-benar mahu kebaikan vitamin C daripada Shaklee, Chewable Vita-C Plus 100mg merupakan pilihan yang paling tepat!

    Jom hubungi saya sekarang untuk mendapatkan Vitamin C anda dan pastinya konsultasi PERCUMA daripada saya (selagi anda adalah customer saya yang sangat saya hargai)

    Berminat? 

    Contact saya:
    Wan Norazlina [019-9824691]
    Shaklee Independent Distributor
    ID 880309
    kioskvitamin@gmail.com
    FB Page: Kiosk Vitamin

    Saturday, 12 January 2013

    Vitale Multivitamin yang hebat?



    Vita-Lea® Iron Formula = Multivitamin & Multimineral = Multi yang Hebat
    • Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. 
    • Di formulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
    • Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
    • Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. 
    • Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
    Penggunaan harian, Vita Lea secara konsisten mampu:
    1. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
    2. Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
    3. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
    4. Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
    Perbezaan Shaklee
    • Kemajuan Saintifik - Disokong oleh tujuh kajian klinikal
    • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
    • Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
    Isi kandungan Vitalea terdiri daripada:
    • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
    • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
    • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
    • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
    • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
    • Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
    • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
    • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

    Apa multivitamin pilihan hati anda?


    Hai dear bloggers..
    Macam mana anda semua pilih multivitamin yang terbaik buat anda?
    Disini ada perkongsian dari sususejat.com untuk panduan anda dan semua.
    1 – Kategori anda
    Adakah anda tergolong dalam kelompok kanak-kanak? Remaja? Dewasa, atau Veteren? Setiap golongan ini memerlukan jumlah micronutrient yang berbeza, dan kebiasaanya keperluan (jumlah sukatan) vitamin-vitamin ini bertambah mengikut umur. Individu yang berumur 60 tahun memerlukan lebih Vitamin D berbanding individu berumur 20 tahun memandangkan kadar penyerapan nutrient yang menurun ketika usia semakin meningkat. Produk-produk multivitamin telah direka unik, dan khas untuk satu-satu golongan.
    Perbezaan di antara 2 produk Appeton Essentials. Perhatikan bahawa MsTeen mengandungi lebih kandungan iron nya berbanding Teengrow. Produk Appeton Essentials MsTeen diformulakan khas untuk gadis remaja yang banyak kehilangan zat besi (iron) menerusi haid.

    2 - Jenis MV (pil/caplet/tablet/capsul/liquid)
    Terdapat pelbagai jenis/bentuk multivitamin. Ada yang berbentuk pil, caplet, tablet, capsul dan liquid (cecair, selalunya untuk kanak-kanak). Antara banyak-banyak jenis ini, aku rasa yang paling menyenangkan dan mudah dibawa kemana sahaja ialah MV berbentuk pil, caplet, atau tablet. Berbanding dengan bentuk cecair, anda memerlukan sudu untuk setiap ambilan, dan amat melecehkan jika dibawa untuk tujuan bercuti atau bekerja luar. Buat yang muslim, capsul mungkin bukan pilihan terbaik kerana selaputnya diperbuat daripada gelatin, yang mana proses pembuatannya mungkin meragukan terutama jika MV (capsul) itu diimpot dari negara bukan Islam.
    Caplet Centrum MV (kiri) dan caplet Appeton Essentials MV21 (kanan), kedua-duanya mudah dibawa kemana sahaja, dan yang lebih penting, bebas gelatin.
    3 – Bekas penyimpanan
    Bekas penyimpanan juga memainkan peranan yang penting, terutamanya jika anda ingin membeli stok MV untuk tempoh lebih daripada sebulan. Kebiasaannya MV adalah dalam bentuk botol, namun ini bukanlah cara penyimpanan yang baik untuk jangka masa panjang. Memandangkan kita kerap membuka penutup botol, ada kemungkinan pil-pil MV didalamnya akan teroksida. Jika boleh, pilih MV yang pilnya dipekkan sebiji-sebiji, atau asing (seperti Appeton Essentials MV21) kerana pek seperti ini akan memastikan pil-pil yang lain tidak terdedah kepada udara, sekaligus menurangkan risiko untuk teroksida. Selain itu, pek seperti ini juga kedap cahaya (Ingat, MV juga mudah ‘rosak’ jika terdedah kepada cahaya untuk tempoh yang terlalu lama!).
    Setiap caplet Appeton Essentials MV21 dipek secara berasingan, dan cara ini memastikan bahawa caplet yang belum digunakan bebas daripada pendedahan udara dan cahaya. Berbeza dengan Centrum, yang dipekkan secara botol.
    Harga
    Harga sesebuah produk MV bergantung kepada 3 faktor, iaitu tempat/negara ia dikeluarkan, kandungan nutrien, dan jumlah pil yang dibekalkan. Sila hayati fakta-fakta berikut:
    i) MV yang diimpot, kemudian dipekkan semula dinegara kita (seperti Appeton Essentials MV21) adalah lebih murah harganya berbanding yang diimpot sepenuhnya (seperti Redoxon).
    ii) Centrum Silver (30 tablets) harganya lebih mahal berbanding Centrum ‘biasa’ (30 tablets). Ini kerana kandungan beberapa nutrien dalam Centrum Silver adalah sedikit tinggi berbanding Centrum yang ‘biasa’, memandangkan Centrum Silver ini diformulakan khas untuk golongan veteran (tahap penyerapan nutrien rendah).
    iii) Secara purata, harga sebiji “Blackmores MV (60 tablets)” adalah lebih murah berbanding sebiji “Blackmores MV (30 tablets)”.
    Berikut adalah harga-harga MV yang dipantau di Watson Pharmacy pada tarikh 2 Sept 2010:
    *Seven Seas (30 capsules) RM21.90 (discount RM17.20)
    Appeton Essentials MV21 (30 caplets) RM22.50 (discount RM18 @ Guardian)
    Supradyn (Bayer) (30 tablets) RM27.88
    Centrum (30 tablets) RM31.90
    Blackmores MV (30 tablets) RM33.00 (discount RM26.40)
    Pharmaton (30 tablets) RM35.80
    Centrum Silver (30 tablets) RM36.80
    Bion 3 (Merck) + 3 Probiotics (30 tablets) RM45.50
    Redoxon (Bayer) (30 tablets) RM49.90
    Blackmores MV (60 tablets) RM60.00 (discount RM48)
    *Capsules Seven Seas MV mungkin diperbuat daripada unsur gelatin memandangkan ia rasa kenyal.
    5 – Pilih yang ada %DV (Daily Value)/ % US RDA
    Terdapat juga produk MV yang tidak menyertakan maklumat %DV ini. Berbeza dengan maklumat pemakanan untuk kalori, di mana %DV mungkin tidak berapa penting, produk MV harus ada info ini untuk memastikan pengguna tidak tertipu. Sila teliti label dan pastikan vitamin-vitamin berikut nilai %DV nya adalah 100: thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), vitamins B-6, B-12, D, E, dan folic acid (semua ni vitamin penting untuk metabolisma).
    Appeton Essentials MV21 hampir menepati ciri-ciri ke-5 ini.
    6 – Pastikan MV tersebut mengandungi minerals
    Kebanyakan produk MV masa kini disertakan dengan minerals, namun terdapat juga produk yang hanya membekalkan Vitamin semata-mata, sedangkan harganya lebih kurang sama. Pastikan pilih produk MV yang disertakan dengan mineral agar anda boleh mengoptimumkan pembelanjaan wang anda. Sila teliti label dan pastikan MV tersebut mengandungi mineral-mineral penting ini: chromium, copper, magnesium, zinc, dan iron.
    Sama ada ini…
    …atau ini…
    …kedua-duanya Susu Sejat pernah cuba. Walaubagaimanapun, yang menjadi pilihan hati Susu Sejat hanyalah satu. Rasa-rasanya yang mana satu ya? Cuba anda teka.

    Jika di tanya kpd saya, tentunya pilihan hati saya ialah multivitamin Shaklee.
    Boleh rujuk sini kebaikannya Vitalea

    10 sebab kenapa anda perlu ambil 1 biji multivitamin setiap hari..

    As salam dan selamat pagi semua rakan bloggers..

    Kenapa perlu ambil multivitamin?  saya cukup makan...semua benda saya makan.....pernah kah anda dengar dialog sedemikian? atau anda sendiri berpendapat macam tu?

    Saya kongsikan maklumat yang saya dapat dari blog sususejat.com


    10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari?
    1 – Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
    Sebagai contoh,kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.
    Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!
    Pernah dengar ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.
    2 – Faktor sibuk
    Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

    3 – Termusnah akibat dimasak
    Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.
    4 – Stress (tekanan perasaan, kerja)
    Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.
    5 – Kualiti makanan yang semakin rendah
    Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.
    6 – Pencemaran Alam sekitar
    Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.
    Tabiat makan memilih
    Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.

    8 – Tahap penyerapan nutrien yang rendah
    Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.
    9 – Harganya yang murah
    Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?
    10 – Role Model kita
    Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”).

    Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja!
    Mereka yang belum pernah membeli Multivitamin ini, pasti akan bertanya soalan-soalan lazim ini:
    Terdapat banyak produk-produk multivitamin yang terdapat di pasaran, namun bagaimana untuk memilih produk yang sesuai untuk kita?
    Faktor harga dan kualiti? Macam mana nak tahu?
    Jenis pil, cair, atau kapsul? Yang kotak atau yang dibotolkan? Status Halal sesebuah pil multivitamin?
    Semua persoalan saya akan kongsikan di entry akan datang. :)

    Sunday, 6 January 2013

    Kehebatan Shaklee AJHT dan Ostematrix

    Sakit sendi

    Penyakit ni muncul kembali bila seseorang tu mengandung atau dah melahirkan anak. Mula la kebas-kebas kaki, sakit lutut bila berjalan lebih, sakit belakang, sakit sendi dan paling tak tahan kena  'simpul biawak' atau 'tarik mengkarung' ketika tidur atau ketika bangun. Time ni lah rasa nak cabut sahaja kaki tu.

    Tahu tak kenapa semua ni berlaku? Kekurangan kalsium? Memang kekurangakan kalsium akan menyebabkan semua ini berlaku. Ketika mengandung kalsium kita akan ditarik oleh baby untuk pertumbuhannya. Tapi kita tidak sedar sebenarnya kejadian sakit-sakit sendi ini mungkin bukan setakat kekurangan kalsium, malah ianya menandakan anda mengalami sakit sendi yang 'mild'.

    Puncanya? Mendukung anak, kedudukan poster yang tidak betul yang terlalu lama, tidur dalam posisi yang salah, sering mengangkat benda-benda berat dan banyak lagi puncannya. Saya ada terbaca dalam blog artikelsihat, Dr Nizar telah memberi suntikan radiofrekuensi pada saraf sendi sekiranya ingin merawat sakit sendi yang mungkin tidak boleh dibendung. Dan alternatif lain beliau juga mengalakkan pemgambilan supplement antioksida dan vitamin sendi.

    Mana pilihan anda? Kalau saya selagi boleh diubati dengan supplement tanpa perlu injection atau pembedahan saya kan pilih supplement. So supplement apa yang boleh kita amalkan untuk sakit-sakit sendi ni?


    Di shaklee kita ada dua supplement untuk anda yang selalu sakit sendi atau cramp kaki iaitu Advanced joint Health Tablet dan satu lagi Ostematrix. Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

    Manakala Ostematrik yang lebih dikenali sebagai supplement yang dapat membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.

    Berminat untuk mencuba? hubungi saya

    Migraine..nak cuba suplemen?


    Rawatan alternatif dengan pengambilan suplemen.Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.


    Supplement/vitamin untuk migrain:

    1..OSTEMATRIX (KALSIUM, MAGNESIUM,VITAMIN D)
     >>KALSIUM bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
    >>MAGNESIUM pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
    >>VITAMIN D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


    2..B Complex
    >>Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


    Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


    Jika anda berminat untuk dapatkan Ostematrix dan Vitamin B Complex, anda boleh:
    1. PM Kiosk Vitamin di sini : www.facebook.com/messages/KioskVitamin1
    atau
    2.SMS Wan 019-9824691


    OSTEMATRIX SEBOTOL 120 BIJI...RETAIL PRICE RM61
    VITAMIN B COMPLEX 120 BIJI....RETAIL PRICE RM53.75
    PM UNTUK HARGA ISTIMEWA

    Tuesday, 1 January 2013

    Soalan yg biasa ditanya mengenai AJHT


    Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
    A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

    Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
    A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalammengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

    Q: Apakah ekstrak jagung?
    A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

    Q: Apakah Boswellia ?
    A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

    Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
    A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

    Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
    A: Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

    Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
    A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

    Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
     A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

    Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
    A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

    Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
    A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

    Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
    A : Ya.

    Sumber:: Shaklee Advanced Joint Health Tablet booklet

    Bagi yang selalu sakit2 sendi, tak kiralah ibu mengandung ke, selalu kan sakit2 belakang, ibu2 kita atau ayah2 kita, ahli2 sukan, or kita sendiri yg jenis aktif kan, ini amat sesuai utk mengurangkan sakit sendi..dan yang paling best, kesannya boleh dilihat seawal 5 hari! itu yang best tuh..yg slip disc ke, yang sakit lutut ke..boleh cuba.

    Bagi yang nk cuba dengan harga istimewa, boleh pm sini www.facebook.com/messages/KioskVitamin1
    atau SMS Wan 019-9824691

    Ringkas mengenai AJHT




    Bahan-bahan yang terdapat dalam AJHT :
    Ekstrak Boswellia 
    Ekstrak jagung : sumber glukosamin yang pekat  - Glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobiliti dan fleksibiliti.
    Vitamin C
    Zink, kuprum dan manganes

    Ciri-ciri :
    100%  bebas kekerang
    100% vegeterian
    100% bebas kondrotin (untuk penyerapan glukosamin yang baik)
    Hanya dua biji sehari
    Kaplet yang mudah ditelan
    Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
    Bebas gluten

    Kebaikan / Manfaat :
    Menggalakkan mobiliti
    Meningkatkan fungsi sendi
    Meningkatkan fleksibiliti
    Menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang

    Keistimewaan AJHT :

    Hasil ujian klinikal yang dijalankan, AJHT mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam masa 5 hari - hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka terkenal.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...