Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Thursday, 20 September 2012

B Kompleks menggemukkan?


Salam ceria buat semua!

Hari ni saya nak ulas tentang pendapat ramai mengenai B kompleks senang menggemukkan badan. Ramai yang takut utk makan B kompleks sebab takut gemuk. Tak gitu?

Sebenarnya ada banyak point yang boleh diambil di sini.
1) Fungsinya
2) Cara aturan makan
3) Sumber b kompleks yg anda pilih itu sendiri samada sintetik atau asli

Ha..kan banyak faktor mempengaruhi?

1) Fungsi:
Apa fungsi B kompleks ni sebenarnya ya? Kenapa namanya terlalu kompleks kita tak panggil sebagai vitamin B saje? Saya bincangkan untuk B kompleks Shaklee ya, sebab ini yg saya study 

B complex Shaklee terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu:

1. Thiamin (B-1), 
2. Riboflavin (B-2), 
3. Niacin (B-3), 
4. Pantothenic acid (B-5), 
5. Pyridoxine (B-6), 
6. Folic acid (B-9)
7. Cobalamin (B-12) dan 
8. Biotin.

Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan B dalam tubuh kita.

B12 adalah ko faktor dalam metabolisme karbohidrat

B1 penting untuk pecahan karbohidrat dan membantu menukarkan glukos (gula ringkas) dan karbohidrat kepada tenaga.

Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen (tenaga yang tersimpan) kepada glukos (gula dalam darah].

Rujukan : Puan Norita

Jadi, sekarang, kita dah tau FUNGSI B kompleks yang membantu dalam pembakaran karbohidrat dan glukos menjadi tenaga. Anda akan sentiasa bertenaga, tanpa rasa lesu. (lebih baik kan jadi energetik berbanding dibiarkan segala karbohidrat tadi berkumpul menjadi lemak di dalam badan?)

Selain dari itu, B Kompleks juga adalah anti penenang semulajadi yg paling selamat. Sekiranya anda tension, cuba makan b kompleks ini dan akan wujud mood bahagia dan segala masalah boleh diselesaikan dengan tenang dgn tambahan b kompleks dalam badan.

B kompleks ini juga penting untuk sistem saraf dan mewujudkan system metabolism sel yg baik di dalam badan. dan juga penting untuk kecantikan kulit :)

2) Cara aturan makan

Secara logiknya, bila kita dah tau tentang fungsi B kompleks ini, boleh ditetapkan cara aturan makan b kompleks yang betul.

Disarankan b kompleks ni dimakan selepas makan. Bukan sebelum makan atau semasa lapar. Kenapa ya?

Semasa badan kita kekurangan glukos (lapar) kita makan pulak b kompleks ini, jadi, b kompleks akan menukarkan segala glukos2 yang tersimpan dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Sekiranya tak cukup glukos, pasti badan akan menghantar signal yang baru iaitu petanda perut berbunyi dan “SAYA LAPAR”.

Jadi anda akan terasa cepat lapar dan nafsu makan akan membuak2 sebab badan perlukan glukos untuk ditukarkan menjadi tenaga. Sebab itulah bila makan b kompleks masa lapar, anda akan makan dengan lebih banyak lagi. Jangan salahkan b kompleks ye sebab fungsi itu sudah ditetapkan Allah sebegitu. Kita sebagai manusia yg perlu menggunakan akal fikiran untuk mengaplikasikan ilmu yang Allah turunkan untuk semua hambaNya.

Jadi, kalau anda nak kurus, makanlah b kompleks selepas makan. Kalau nak tambahkan berat badan, makanlah sebelum makan atau masa lapar J

3) Sumber b kompleks

Adalah sangat penting untuk anda mengetahui bahawa b kompleks sintetik yg banyak di pasaran dibuat dari bahan apa? Boleh baca sendiri mengenai kandungan b kompleks sintetik. B kompleks Shaklee diperbuat dari bahan-bahan asli yang tidak membahayakan kesihatan. Tidak membahayakan organ. Tidak membahayakan sel-sel badan. Sumber yang selamat juga penting agar sistem metabolism badan tidak terganggu.

satu lagi kelebihan B kompleks ini sebab disertakan sekali dengan 200mcg asid folik yang sangat penting untuk pembentukan fetus dalam rahim ibu. Jadi, sangat sesuailah b kompleks yang asli dan selamat ini diambil oleh ibu2 yang mengandung.

Pilihan di tangan anda. Makanlah dengan ilmu supaya anda lebih menghargai sesuatu yg dimakan itu :)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wan Norazlina [019-9824691]
Shaklee Independent Distributor
ID 880309
kioskvitamin@gmail.com
FB: Kiosk Vitamin
Blog: kioskvitamin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...