Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Saturday, 23 February 2013

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee





26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak



Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


Hubungi kami untuk mendapatkan harga istimewa sepanjang Februari 2013. Boleh juga dapatkan bersama set-set di bawah untuk harga istimewa.



Ataupun, anda boleh beli 6 botol dan dapat keistimewaan seperti berikut :
(1) FREE botol yang ke-7, sebab “Buy 6 FREE 1″. Jimat RM136 (WM)/ RM140 (EM)!
(2) FREE Shaklee Membership bernilai RM75 (WM)/ RM85 (EM) seumur hidup.
(3) Bonus Tunai pada pertengahan bulan Mac.
(4) Akses eksklusif ke discussion group online kami.
(5) Bimbingan dan training eksklusif bersama bagi yang ingin serius berbiznes Shaklee dengan kami, secara part time ataupun full time.


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Wan Norazlina
♥ SMS : 019-9824691
♥ Shaklee ID : 880309
♥ FB Page : http://www.facebook.com/KioskVitamin1
♥ Email : kioskvitamin@gmail.com



Sejarah Omega-3

Harini saya nak kongsi sedikit mengenai omega-3. Dari mana datangnya omega-3 ni?

Sejarah Omega 3


Eskimo mempunyai kadar sakit jantung yang rendah

Ikan sumber omega-3

Omega 3 dijumpai oleh ahli sains pada tahun 1923, yang pada mulanya disangka sejenis vitamin. Ini kerana, pemerhatian yang dibuat menunjukkan gangguan pada tumbesaran berlaku apabila kurangnya bahan ini. Oleh itu, Omega 3 dinamakan sebagai vitamin F kerana ahli sains mendapati ia adalah nutrien penting (essential nutrient) yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia.

Pada tahun 1930, dua orang saintis, Burr dan Miller telah mengkaji secara mendalam tentang Omega 3 dan telah mengklasifikasikannya semula sebagai asid lemak dan bukannya vitamin F sebagaimana yang telah diandaikan sebelum ini.

Pada tahun 1992, seorang ahli sains bernama William E.M Lands, telah menulis artikel berkenaan Omega 3 dan telah mula menarik minat lebih ramai lagi ahli sains untuk mula mengkaji dengan lebih mendalam tentang Omega 3.
Omega 3 mula menarik minat saintis sejak 20 tahun dahulu kerana pemerhatian mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika. Hasil kajian sains mendapati pemakanan masyarakat Eskimo ini kaya dengan lemak dan minyak ikan, di samping itu mereka amat kurang memakan sayur-sayuran. Setelah kajian lanjut dibuat ke atas fenomena ini, maka ahli sains merumuskan bahawa kandungan makanan orang Eskimo ini sebenarnya amat kaya dengan Omega 3.


Seterusnya, pelbagai pemerhatian dibeberapa tempat didunia dilakukan dan didapati penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat.Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.
Fenomena ini menjadi suatu ‘misteri’ yang amat menarik dan ia seolah-olah ‘menentang arus’ dan berbeza dengan pandangan umum bahawa pemakanan yang tinggi dengan lemak menjadi punca kepada penyakit jantung. Hakikatnya terdapat sejenis lemak yang baik untuk kesihatan jantung iaitu Omega 3.

Apa itu Omega 3?


Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)


Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu-susu formula itu mengandungi tambahan Omega 3. Omega 3 juga ditambah didalam susu-susu formula kerana ianya juga mempunyai kesan positif kepada perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Kerana itulah susu ibu adalah sumber yang sangat kaya dengan Omega 3.


Asid lemak adalah sebahagian daripada komposisi yang membentuk dinding sel-sel dalam tubuh manusia. Ia mengawal pergerakan keluar dan masuk bahan kimia ke dalam sel. Ia juga mengawal bagaimana sesuatu jenis sel berkomunikasi di antara satu sama lain.

Dinding sel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah lebih cair dan berfungsi dengan lebih efisien. Asid lemak omega juga bertanggungjawab dalam penghasilan hormon dalam badan manusia dengan menghasilkan bahan yang dipanggil eicosanoids. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 6 menyebabkan keradangan dan menyempitkan saluran darah yang menyebabkan darah beku. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 3 pula mempunyai kesan yang bertentangan iaitu anti keradangan, mengurangkan darah beku dan mengembangkan saluran darah. 


Shaklee OmegaGuard

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Wan Norazlina
♥ SMS :019-9824691
♥ Shaklee ID : 880309
♥ FB Page : http://www.facebook.com/KioskVitamin1
♥ Email : kioskvitamin@gmail.com







Ikan baik untuk Jantung


MASALAH berlebihan kolesterol atau hypercholesterolemia menjadi suatu isu kesihatan di zaman moden ini. Pelbagai jenis ubat dicipta untuk mengurangkan paras kolesterol darah. Tetapi ironinya masalah ini masih lagi membelenggu masyarakat kita dan statistik kematian akibat serangan jantung terus meningkat dari tahun ke tahun.

Di antara punca kenapa amat susah menurunkan paras kolesterol adalah kesilapan dalam pemilihan makanan seperti makan makanan tinggi karbohidrat, gula berlebihan, lemak tepu, makanan tinggi dengan ‘asid lemak trans’ dan makanan proses selain kurang aktiviti fizikal.

Hakikatnya jika makan punca kolesterol tinggi, maka cara terbaik untuk mengawal paras kolesterol ialah dengan makan makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol. Terdapat banyak kajian sains dilaporkan dalam jurnal perubatan yang membuktikan pemakanan ikan boleh membantu menurunkan paras kolesterol darah.

Makanan laut adalah makanan yang baik dalam Islam dan sangat istimewa kerana semua makanan laut adalah halal, sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, Rasulullah bersabda mengenai laut: “Airnya menyucikan dan halal bangkainya.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dan Abu Dawud) Jelas di sini terbukti bagaimana benarnya sabda Nabi yang mempunyai rahsia dan hikmah yang akhirnya terbukti secara saintifik.

Hasil pemerhatian awal saintis mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung amat rendah dan paras kolesterol lebih rendah berbanding masyarakat biasa di bandar Amerika Syarikat dan Eropah. Sedangkan diet pemakanan masyarakat Eskimo ini amat tinggi dengan lemak dan minyak walaupun mereka amat kurang makan sayur-sayuran. Selepas kajian dijalankan didapati kandungan makanan orang Eskimo ini amat tinggi dengan asid lemak Omega 3.

Pemerhatian serupa bagi penduduk di Okinawa, Jepun dan penduduk di Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung lebih rendah. Hasil kajian juga mendapati penduduk di kedua-dua tempat ini makan ikan dan makanan laut lain seperti udang, ketam, sotong dengan banyak. Kajian saintifik pula membuktikan bahawa makanan laut ini amat kaya dengan Omega 3.

Ikan mempunyai banyak lemak di dalamnya. Kadang-kadang kita terlalu takut dengan istilah ‘lemak’ hingga kita menyangka semua lemak adalah sama dan boleh meningkat paras kolesterol. Sebenarnya, lemak ikan contoh lemak yang ‘sihat’ dan amat baik untuk kesihatan. Kajian membuktikan lemak ikan amat kaya dengan asid lemak Omega 3 yang terbukti boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari.

Omega 3 menurunkan paras trigliserida, kolesterol ‘jahat’ iaitu LDL dan menaikkan paras kolesterol ‘baik’ iaitu HDL. Kajian di barat menunjukkan ikan yang berlemak seperti ikan salmon, tuna, sardin, makerel dan trout mempunyai kandungan omega 3 amat tinggi. Secara teorinya saintis berpendapat, Omega 3 akan memperlahankan pemendapan kolesterol pada dinding saluran darah dan mengurangkan ‘inflamasi’ mikro di seluruh tubuh manusia. Oleh itu pemakanan ikan setiap hari amat digalakkan sebagai sebahagian cara pemakanan sihat yang boleh menurunkan paras kolesterol.

Bukti kajian sains tentang ikan dan kesihatan jantung Banyak kajian menunjukkan kesan baik pemakanan ikan dengan kesihatan jantung. Dalam satu laporan diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition pada 1997, pengkaji mendapati dengan pengambilan Omega 3 dengan makan ikan setiap hari menurunkan paras trigliserida darah sehingga 25%-30%.

Satu kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study 2. (The Diet and Reinfarction Trial), mengkaji hubung kait antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua. Hasil kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang makan ikan setiap hari.

Oleh kerana bukti saintifik semakin banyak dikumpulkan, maka FDA di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa kesan Omega 3 (EPA dan DHA) mampu menurunkan risiko sakit jantung koronari. Ia juga membenarkan pengilang dan pengedar yang menghasilkan makanan dan suplemen mengiklankan bahawa produk yang mengandungi Omega 3 boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dan menurunkan paras kolesterol darah.

Makanlah ikan setiap hari untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol darah. Semua jenis ikan mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi berbanding makanan lain. Jika anda tidak mahu makan ikan setiap hari, maka pengambilan suplemen Omega 3 juga membantu menurunkan paras kolesterol.

Jika anda memilih untuk makan ikan, cara masak juga mempengaruhinya paras kolesterol menurut pakar pemakanan. Jangan menggoreng ikan secara ‘gorengan dalam’ (deep fry) atau anda menggoreng dengan minyak ‘asid lemak trans’ yang boleh melawan kesan kebaikan Omega 3 menurunkan paras kolesterol.

Cara masakan lebih baik adalah dengan cara memanggang, merebus, menggunakan ketuhar gelombang mikro dan stim. Jika memilih untuk menggoreng, maka gorenglah dengan miyak yang sedikit. Penggunaan minyak zaitun sebagai minyak masak juga amat membantu menurunkan paras kolesterol.

Makan sandwich tuna dengan roti berserat penuh adalah satu contoh makanan yang amat baik menurunkan paras kolesterol.

Berapa banyak ikan yang perlu dimakan? Mengikut kajian yang dibuat, cadangan pemakanan ikan yang baik adalah makan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu. Cara terbaik ialah makan ikan yang kita suka. Makan ikan yang lebih kecil saiznya juga adalah baik kerana mengurangkan risiko pencemaran logam raksa dan racun PCB yang mencemarkan daging ikan, terutama ikan lebih besar seperti ikan tuna dan ikan jerung.

Persatuan Jantung Amerika Syarikat (AHA) mencadangkan pengambilan satu gram EPA dan DHA setiap hari sekurang-kurangnya dengan makan ikan untuk mengurangkan risiko sakit jantung koronari.

Jika tidak suka ikan, anda boleh mengambil makanan lain yang kaya dengan Omega 3 seperti minyak flaxseed, minyak kanola, kacang walnut, telur diperkaya Omega 3 dan suplemen Omega 3 yang berada di pasaran.

____________

Jika anda berminat dengan suplemen, ambillah OmegaGuard Shaklee. Cara lebih senang untuk dapatkan Omega-3.


Shaklee OmegaGuard™



 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.


Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Wan Norazlina
♥ SMS : 019-9824691
♥ Shaklee ID : 880309
♥ FB Page : http://www.facebook.com/KioskVitamin1
♥ Email : kioskvitamin@gmail.com

Friday, 15 February 2013

Kenapa Shaklee tetap di hati?


1. SENTIASA SELAMAT


- lebih 83,000 ujian QC dijalankan setiap tahun
- menjalankan lebih 350 ujian ke atas setaip bahan-bahan botani terbaru utk mengesan logam berat, racun perosak atau mana-mana bahan cemar
yg berbahaya.
- 100% kepuasan dijamin
- dijamin selamat dan tulen, tidak mempunya paraben, triclosan, phthalates, SLS, SLES dan sebagainya
- shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan

2. SENTIASA BERKESAN

300 JUTA USD telah dilaburkan dlm research & development. Sedangkan syarikat lain melaburkan lebih byk kepada pengiklanan demi melariskan produk.
menerbitkan lebih 100 kajian klinikal 
mempunyai 55 paten
54 pingat emas telah dimenangi oleh atlet olimpik yang menggunakan Shaklee



3. SHAKLEE diakui halal


Keyakinan terhadap produk amat penting sebelum kita memilih untuk menggunakan dan seterusnya menjadi pengguna setia. Mari ikuti kupasan isu Bovine Gelatine Shaklee yang dikupas oleh Hanis Amin
________________________________________________________________

Semalam saya terjumpa satu website yang mengatakan bovine gelatine yang digunakan oleh Shaklee Malaysia tidak halal. Si penulis telah mendapatkan kesahihan hal ini daripada Shaklee Canada. TETAPI, yang menjadi persoalannya kenapa perlu tanya pada Shaklee Canada sedangkan Shaklee menghasilkan produk untuk setiap Negara adalah berbeza. 

Produk yang dipasarkan di Malaysia, tidak sama dengan produk yang dipasarkan di Amerika, Kanada, Japan dan Negara-negara lain. Penghasilan untuk produk Negara Islam dan produk bukan Negara Islam juga berbeza. 

Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya :

Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. 

Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza. 

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya.Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. 

Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd. Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia. Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan. Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.




Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL.

Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.

Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.




Shaklee Malaysia



Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu. Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status halal produk Shaklee.

Dapatkan Supplement yang
Selalu SELAMAT|Selalu SEMULAJADI| Selalu BERKESAN|

Untuk keterangan lanjut sila 
Hubungi :
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 880309 ] 

Emel : kioskvitamin@gmail.com
FB Page:KioskVitamin1 





Thursday, 14 February 2013

Halalkah bovine gelatin Shaklee?


Di hari Jumaat yang mulia ini,saya nak sentuh isu tentang Halal Haram produk Shaklee. Kebelakangan ni banyak betul isu tentang Halal Haram Shaklee. Tidak mengapa, itu adalah hak kita sebagai pengguna untuk memastikan benda-benda yang diambil tu benar-benar halal. Apatah lagi ia berkenaan dengan benda yang nak dimasukkan dalam badan. Oh, saya harap kita tidak hanya menitik-beratkan halal haram dalam makanan ye. Tetapi juga pergaulan, pemakaian, percakapan dan seluruh aspek kehidupan. Barulah dinamakan Islam yang sebenar, bukan.

Beberapa produk Shaklee berbentuk kapsul iaitu CarotoMax (Vit-A), Vitamin E & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Lalu, bagaimanakah status kehalalannya?

Alhamdulillah, saya telah diyakinkan oleh upline dan kawan-kawan saya bahawa gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapa upline saya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Alhamdulillah.

Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke’HALAL’an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee…


Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM…



Kalau dilihat pada sijil halal tersebut, kesemua produk yang ada di Malaysia ada tertulis dalam tu. Alhamdulillah. Jadi, gunakan tanpa was-was ya. Jika masih ragu-ragu silakan hubungi pihak yang berkenaan dan berkaitan. Tetapi seperti yang dinyatakan di atas penghasilan untuk negara Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Jadi, untuk maklumat lanjut tentang Shaklee Malaysia tanyalah Shaklee Malaysia, bukan Shaklee Jepun(sebagai contoh) pula ye. 

Untuk rakan-rakan di luar negara, Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Jadi, sila check dengan Distributor di sana untuk kepastikan ya.

p/s – saya juga seorang muslim, tentunya saya tidak mahu menambah saham dosa saya dengan memakan sesuatu yang haram apatah lagi mengedarkannya kepada orang ramai.

credit:hanisamin


Hubungi saya di kioskvitamin@gmail.com atau SMS 019-9824691 untuk konsultasi atau maklumat lanjut.

Wednesday, 13 February 2013

Testimoni: OmegaGuard dan Mealshake











Tepuk dada tanya diri sendiri
Jika anda mahukan yang terbaik untuk anak-anak anda, pilihlah yang TERBAIK!

PM saya jika berminat
1. fb: www.facebook.com/wanna.wzamry
2. SMS 019-9824691

Kebaikan Omega untuk wanita hamil



















Kepentingan Asid Lemak Omega-3 Kepada Si Ibu

Menurut sumber yang saya petik dari laman web www.americanpregnancy.org, pengambilan asid lemak Omega-3 sewaktu mengandung dapat membawa kesan yang positif terhadap kehamilan antaranya dalam 
1..mengurangkan kebarangkalian untuk bersalin awal. 
2..mengurangkan risiko pre-eclampsia.
3..meningkatkan berat lahir bayi serta membantu menstabilkan emosi.
4..meningkatkan kesihatan mental bagi mengurangkan risiko si ibu daripada mengalami masalah kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety) mahupun meroyan khususnya dalam tempoh berpantang. 

Itu kelebihan buat si ibu.

Banyak minyak ikan di pasaran, macam mana nak cari yang TERBAIK?


Pelbagai jenis dan jenama minyak ikan dijual di pasaran. Bagi yang tidak mementingkan kualiti..mungkin akan beli je asalkan nama minyak ikan..atau tertulis pada label botol tersebut ‘FISH OIL’. Mungkin mereka tak tahu sepatutnya Omega 3 yang perlu dicari dan bukannya minyak ikan.

Kenapa kita perlu pilih minyak ikan terbaik? Semuanya sebab nak dapatkan khasiat Omega 3.
Persoalannya, fish oil brand apa yang nak kena beli dan terbaik di pasaran? Macam mana nak pilih? Ianya terpulang kepada anda jenama apa yang menjadi pilihan hati…tapi pastikan fish oil supplement yang baik dan berkualiti mestilah mengandungi lebih daripada 85% Omega 3.


Jangan keliru antara 1000mg MINYAK IKAN dan 1000mg OMEGA 3. It’s TOTALLY DIFFERENT!!!!

Dan pastinya pilihan minyak ikan saya  ialah SHAKLEE OMEGA GUARD yang mengandungi 90% Omega 3!
1 kapsul = 1000mg minyak ikan (540mg EPA, 360mg DHA)

Anda perlukan at least 1000mg Omega 3 setiap hari.

Kalau anda beli dekat farmasi atau di mana-mana kedai yang jual kapsul minyak ikan ni, sila haribulan hanya 300mg Omega 3 je dalam 1 kapsul tu. 30% Omega 3, 70% minyak ikan jer..lemak yang tak bagus utk kesihatan anda! 300mg Omega 3??? Terlalu sedikit untuk support keperluan harian! Kena makan 3-4 biji baru cukup tau..Itu baru untuk menampung keperluan harian orang biasa yang tak mengalami apa-apa masalah kesihatan. Cuba tengok kat bawah ni.

For depression, you need: 1000 mg per day
For heart disease, you need: 1000 mg per day
For skin disorders, you need: 1000 mg per day
For blood pressure, you need: 2000 mg per day
For arthritis, you need: 2000 mg per day
For asthma, you need: 2000 mg per day
For diabetes, you need: 2000 mg per day
For high triglycerides, you need: 3000 mg per day

Haaaaa….untuk turunkan kolestrol jahat iaitu triglycerides, anda perlukan 3000mg per day. Ishh..sanggup ke anda makan sampai 10 kapsul setiap hari? Nanti badan pun dah bau minyak ikan! Kalau dengan Shaklee Omega Guard, anda hanya perlukan 3 biji je setiap hari bagi yang mengalami masalah kolestrol tinggi. Jadi..buatlah pilihan yang bijak!

Credit: mama2r


Tuesday, 12 February 2013

Berikan yang TERBAIK untuk anak kita

OmegaGuard Shaklee untuk anak 1 tahun ke atas.

Anak 1 tahun ke bawah boleh juga mendapat khasiat dari minyak ikan terbaik ni...mmm mcm mana caranya?

Ibu lah yang kena telan. Anak akan dapat omega ni dari susu ibu.
Waaah baguslah ibu dapat, anak pun dapat.




Macam anak tecik saya ni, 9 bulan :)






Anak teruna saya..suka kunyah OmegaGuard Shaklee. Seminggu saya bagi 3 kali saje.
Jumaat lepas teacher dia report...Adam lebih cekap dari kawan-kawan sekelas dia, boleh ulang semula apa yang teacher ajar..budak-budak lain sangkut-sangkut....
Alhamdulillah. Makanan tambahan macam minyak ikan OmegaGuard membantu anak2 kita lebih cekap, cepat belajar.
Bulan ni PROMOSI OMEGAGUARD, eloklah kalau anda juga nak bantu anak2 anda. 

OMEGAGUARD SHAKLEE ADALAH ANTARA MINYAK IKAN TERBAIK KERANA KANDUNGAN DHA, EPA DAN OMEGA-3 nya LEBIH TINGGI DARI MINYAK IKAN LAIN DI PASARAN.



Apa pentingnya Omega-3 kepada bayi?



Lazim mengetahui asid lemak Omega-3 seperti DHA amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan otak, sistem saraf dan retina bayi yang dikandung. Keperluan DHA meningkat khususnya pada 3 bulan terakhir kandungan bagi membantu perkembangan perkembangan otak janin ketika di dalam kandungan.

Namun begitu, keperluan asid lemak Omega-3 ini seringkali menjadi semakin berkurangan kerana ianya akan diserap oleh bayi yang dikandung secara berterusan. Jadi pengambilan supplement adalah perlu bagi menampung peningkatan keperluan terhadap asid lemak ini. Selain itu, asid lemak Omega-3 ini juga turut diperlukan selepas bersalin bagi penghasilan susu ibu. 

Dengan setiap kehamilan dan kelahiran, kandungan asid lemak Omega-3 di dalam badan seseorang wanita akan berkurangan dengan lebih banyak berbanding sebelum beliau hamil dan melahirkan. Kajian juga turut membuktikan bahawa pengambilan asid lemak Omega-3 yang kaya dengan DHA dan EPA membawa kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan penglihatan bayi selain mengurangkan risiko bayi yang dikandung akan mengalami masalah alahan.

Perlukah anak mengambil suplemen omega? (minyak ikan)


Tahukah anda?

Untuk perkembangan otak yang baik, pelbagai nutrisi diperlukan iaitu ;
• Protein untuk membangun strukturnya didapat dari lauk pauk 
• Lemak (Asid lemak esensial-Omega-3 dan Omega-6) untuk sintesis membran sel neuron didapati dari ikan, kedelai, minyak ikan, telur, daging
• Vitamin untuk proses kimia dalam badan terdapat dalam buah dan sayur
• Mineral untuk penghantar impuls saraf, terdapat dalam buah, sayur dan lauk pauk.

Asid lemak Omega-3 dan Omega-6
Dikatakan asid lemak diperlukan kerana nutrisi tersebut diperlukan untuk kesihatan tubuh kita (untuk semua usia), tetapi tubuh kita tidak dapat membuatnya dan mesti diperoleh dari makanan yang di ambil. Menu makanan kita biasanya sudah kaya akan Omega-6, oleh sebab itu usahakanlah untuk mengambil Omega-3.

Omega-3
Ada tiga jenis Omega-3: alpha-linolenic acid (ALA), eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). Tubuh kita mempunyai enzim yang merubah ALA menjadi EPA dan DHA. 

Sumber Omega-3 mesti diperolehi daripada makanan :
• ALA ditemui pada kacang walnut, flaxseed, minyak flaxseed dan Telur
• EPA dan DHA banyak ditemui dalam ikan berlemak seperti salmon, tuna, makarel, hering dan sardin

Sumber Omega-6 diperolehi daripada makanan :
• Daging, jagung, minyak bunga matahari, kedelai

Jadi, apabila menu makanan yang ibu berikan kepada anak sudah seimbang, bervariasi dan cukup lengkap, maka dia tidak perlu lagi mengambil suplemen.

OmegaGuard mengandungi Omega-3
GLA Shaklee mengandungi omega-6

Kajian terhadap omega-3


Selamat pagi bloggers,
Harini nak berkongsi dengan anda satu kajian tentang kesan pengambilan minyak ikan, atau dalam bahasa saintifiknya ialah omega-3.

Kajian terhadap kesan Omega-3(minyak ikan)
============================
Para peneliti dari Universitas Oxford, Inggris, melakukan penelitian manfaat omega-3 terhadap kemampuan membaca. Sekitar 362 anak berusia 7-9 tahun diberikan suplemen minyak ikan sebagai sumber omega-3 dengan dosis 600 mg selama 16 minggu.

Walaupun tidak ada efek signifikan pada keseluruhan sampel, tetapi pada anak-anak yang kemampuan membacanya rendah, setelah rutin mengonsumsi sumber omega-3, kemampuan membacanya meningkat dalam tiga minggu dibandingkan dengan anak yang mendapatkan suplemen plasebo atau tidak punya zat aktif. 

sumber: dailymail.co.uk

Daripada kajian ini, anda nilailah sendiri. 
Minyak ikan yang mana terbaik? Saranan saya tentulah OmegaGuard Shaklee. Hubungi saya jika anda berminat untuk mendapatkan OmegaGuard Shaklee dengan harga terendah sepanjang Febuari 2013 ini.

OmegaGuard Shaklee..promosi Febuari


OmegaGuard
=========

# Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
# Meningkatkan sistem imunisasi
# Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
# Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Sebotol 90 biji
Harga Retail: RM 136.

Dapatkan dari saya, Pengedar Sah Shaklee.
PROMOSI BULAN FEBUARI...HARGA LEBIH RENDAH DARI BIASA.

Sunday, 3 February 2013

OmegaGuard bantu anda untuk kurus


Kita sering dengar Omega sebagai sumber DHA dan EPA yang terbaik. Namun, tahukah anda, omega turut membantu mengurangkan berat badan seseorang?

LEMAK JAHAT yang terkumpul dalam badan memerlukan LEMAK BAIK (HDL) untuk memecah dan membakarnya. Pengambilan lemak baik yang dimaskudkan boleh didapati dari sumber pemakanan sihat seperti ikan salmon, sardin, walnut dan flaxceed. Salah satu LEMAK BAIK yang bermanfaat untuk tubuh kita adalah Omega-3 Fatty Acids.

Kenapa boleh kurus dengan OmegaGuard??

Seperti yang saya nyatakan tadi, omega (fish oil) mengandungi Omega-3 Fatty Acid. Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasukLEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR

Menurut satu kajian di the University of Navarra of Pamplona, Spain, Omega-3 Fatty Acids secara langsung dapat mengurangkan selera makan hasil kesannya terhadap tahap kelaparan seorang manusia. Ianya berkaitrapat dengan PENINGKATAN PARAS LEPTIN di dalam badan.Subjek kajian bagi satu kes kajian yang diterbitkan dalam “Appetite” tahun 2008 telah mengambil diet tinggi dengan Omega-3 Fatty Acids menunjukkan yang mereka kurang berasa lapar semasa dalam proses diet. Mengawal rasa lapar adalah salah satu kunci untuk berjaya dalam diet.

(sumber)

Jom kita ikuti pengalaman Kak Norita

Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch….sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah….so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang. 



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?
Contact saya
019-9824691

Shaklee OmegaGuard...performance anak meningkat


Harini saya nak kongsi cerita dari seorang kawan...kesan mengambil minyak ikan, anaknya cekap,cepat belajar.
_____________________________

October 2006, saya disahkan mengandung (ni masa anak pertama). Perasaan masa tu...terkejut, suke, blur...entah undefined :-)

Saya ingat lagi masa check-up, gynae saya suggest makan minyak ikan on top of ubat2 biasa mcm asid folik, obimin etc. Saya dengan husband macam pelik kenapa nak makan minyak ikan. Saya ingat lagi the EXACT WORD yang gynae saya cakap 
"Saya dah 15 tahun jadi pakar sakit puan, saya memang nampak perbezaan kanak-kanak yang semasa hamil ibunya ambil minyak ikan dengan yang tidak mengambil"
Bila dengar jer doktor pakar cakap macam tu, saya pun terus setuju untuk ambil minyak ikan. Doktor prescribe kan saya pil minyak ikan. Ok, saya makan pil minyak ikan tu setiap hari selama 9 bulan. Fuhh...demi bayi yang saya kandung, memang berdisiplin betul saya makan ubat yang doktor bagi masa tu.

Sure anda sumer pelik, macam mana pulak doktor pakar sakit puan boleh monitor perkembangan kanak-kanak eh. Sebab gynae saya ni lelaki dan wife dia pulak doktor pakar kanak-kanak di hospital yang sama. So lepas bersalin memang semua patient Dr. I ni punya baby akan goes to wife dia, Dr. W. Unless patient request nak paeditrician lain, so tak pegila ke Dr. W.

OK, lepas tu tahun berlalu, anak saya makin membesar. Siapa lagi Eyoy lah. Apa yang saya nampak Eyoy ni dia cepat tangkap apa yang saya ajar. Becok toksah cakap lah...pening kepala ni nak menjawab soalan2 cepu emas dia. Ni bukan kes nak puji anak ke apa yer...cuma menceritakan fakta sahaja...tak lebih dari itu.

Lepas tu tahun ni dia masuk tadika pada umur 5 tahun. Dia masuk lambat, April 2012 baru daftar. Masuk lambat sebab saya bersalin Januari 2012 tu so berpantang kat kampung.
Terus terang saya kata, saya tak pernah ajar dia apa2 kat rumah cuma ajar ABC ajer. Yang lain-lain memang tak ada.

Nak dijadikan cerita, baru sebulan dia masuk tadika, bulan May 2012 baru ni dah exam. Saya tak tahu pun dia ada exam. Balik sekolah dan dan tunjuk exam paper. Ada 5 subjek semuanya. Terkejut beruk saya, dia dapat 3A and 2B. Yang dapat B tu pun ala2 border dah nak A. Yang dapat A tu ada satu paper tu dapat 100%.

Masya-Allah, hati ibu mana yang tak gembira, bangga sangat dengan pencapaian dia. Alhamdulillah. Tu yang saya tiba-tiba teringat kata-kata Dr. I. Thank you Dr. for the advise on the goodness of fish oil. You're right, i'm seeing it in my son now.

Dan lagi pasal Eyoy saya tengok dia rajin sangat buat homework. Balik jer sekolah, baru naik kereta depan pagar sekolah ni dah sebut "mama...saya ada homework". Huhh...semangat. Sampai je rumah, baju tak tukar, dah bukak beg sekolah, ambil buku buat homework. Dan lagi, dia cepat hafal doa. Macam-macam doa dia baca sekarang ni. Doa makan, doa belajar, doa sudah makan, doa keluar rumah, masuk tandas, tengok cermin, etc. Hehheee..mama dia pun leni dah start kena hafal semua doa sebab nanti Eyoy tanya kalau tak tahu nanti kena marah ;-)

Macam sekarang ni, memang saya teruskan bagi Eyoy makan minyak ikan. Sebab saya nak dia terus jadi pandai. Saya nak tengok dia berjaya. Saya rasa itu harapan semua ibu kan. Ibu mana yang taknak melihat kejayaan anak.

Minyak ikan apa yang saya bagi Eyoy sekarang ni? Saya bagi Eyoy makan minyak ikan Shaklee OmegaGuard. Saya pecahkan kapsul tu masuk dalam susu dia. Bukan tanak bagi dia makan direct. Takut dia tercekik..budak2 kan mana pandai sgt makan pil.

Saranan saya pada semua ibu/bapa di luar sana, berilah anak anda makan minyak ikan. Takpelah kalau dulu masa mengandung tak makan minyak ikan, belum terlambat lagi. Boleh beli Shaklee OmegaGuard ni dan beri anak makan. Insya-Allah, anda akan lihat hasilnya. Kalau kita boleh belikan pakaian yang mahal-mahal, mainan yang mahal-mahal untuk anak kita, takan kita tak boleh belikan supplemen yang baik seperti Shaklee OmegaGuard ni untuk mereka kan.

Kalau nak diikutkan Shaklee Omega Guard ni jauh lebih murah dari jenama lain kerana satu botol ada 90 kapsul. Boleh makan selama 3 bulan. Kalau ada 3 orang anak, boleh kongsi satu botol tu makan bertiga. Dan lagi, Shaklee OmegaGuard ni takde gel silica di dalam botolnya yer. Satu bukti yang Shaklee OmegaGuard bukan vitamin sintetik.

credit: Pn Yati Omar. mama-iloveu.com
________________________________

Sudah tahu kan apa kesan pengambilan minyak ikan? Shaklee OmegaGuard adalah yang terbaik!

DAPATKAN SEKARANG DENGAN HARGA LEBIH JIMAT hanya dari saya.
PROMOSI BULAN FEBUARI 2013 SAHAJA!!

Sebotol 90 biji
Retail Price RM136
HARGA PROMOSI TAK SAMPAI SERATUS untuk 90 biji.

Kalau di pasaran, 30 biji dah RM40++. Shaklee OmegaGuard lebih jimat, lebih-lebih lagi pada bulan ini.

Wan Norazlina
Shaklee Independent Distributor
ID 880309
HP: 019-9824691
fb: /wanna.wzamry
Page: /KioskVitamin1


Friday, 1 February 2013

PROMOSI FEBUARI 2013

PROMOSI FEBUARI 2013


BELI 8 PERCUMA 1
atau beli berapa botol yang anda nak dengan harga JIMAT dari saya hanya di bulan febuari 2013 sahaja.

Anda perlukan OmegaGuard sekiranya : 

~  Ada penyakit asma dan lelah kerana Omega berperanan 
    mengelakkan kesejukkan.
~  Ingin menurunkan berat badan kerana Omega 
    menggalakkan pembakaran lemak dan mengelakkan 
    pembentukan lemak.
~  Mempunyai penyakit gout kerana Omega mengelakkan 
    imflamation pada sendi-sendi dan langkah berjaga-jaga 
    supaya bengkak itu tidak membesar.
~  Ada penyakit kulit seperti alahan seafood, resdung, 
    ekzema dan gegata.
~  Penghidap penyakit jantung dan darah tinggi
~  Penghidap kanser.
~  Ingin meningkatkan daya tumpuan dan mengingat 
    seperti pelajar, kanak-kanak, ibu mengandung dan 
    ibu menyusu.
~  Mengalami sakit dan keradangan sendi.
~  Anda mengalami kebas-kebas tangan, kesejukkan kaki 
    dan tangan terutama wanita lewat 50an.


Omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

EPA MENCEGAH
Kanser
Pembekuan Darah
Pembekuan Lemak dalam Darah
Kadar Kolestrol berlebihan
Penyakit Jantung
Tekanan Perasaan
Tekanan Darah Tinggi

TUGAS DHA
Mencegah Radang Sendi
Mencegah Asma
Meningkatkan Daya Seks
Mengelakkan Kanser PAYUDARA, USUS, PANKREAS DAN PROSTAT
Mencegah Penyakit Kulit
Mengelakkan MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN.

Sumber OMEGA3 ?
Telur
Ikan salmon
Ikan Tuna
Ikan sardin
Ikan bilis
Ikan makarel

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard Shaklee terdiri daripada 7 asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), ALA dan lain-lain lagi.  Satu hidangan OmegaGuard (3 biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
  
Ultratulen & Bergred Farmaseutikal
  
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Berminat?
Contact saya
Wan Norazlina
Shaklee Independant Distributor
fb: /wanna.wzamry
Page: /KioskVitamin1
HP: 019-9824691
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...