Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Tuesday, 12 February 2013

Perlukah anak mengambil suplemen omega? (minyak ikan)


Tahukah anda?

Untuk perkembangan otak yang baik, pelbagai nutrisi diperlukan iaitu ;
• Protein untuk membangun strukturnya didapat dari lauk pauk 
• Lemak (Asid lemak esensial-Omega-3 dan Omega-6) untuk sintesis membran sel neuron didapati dari ikan, kedelai, minyak ikan, telur, daging
• Vitamin untuk proses kimia dalam badan terdapat dalam buah dan sayur
• Mineral untuk penghantar impuls saraf, terdapat dalam buah, sayur dan lauk pauk.

Asid lemak Omega-3 dan Omega-6
Dikatakan asid lemak diperlukan kerana nutrisi tersebut diperlukan untuk kesihatan tubuh kita (untuk semua usia), tetapi tubuh kita tidak dapat membuatnya dan mesti diperoleh dari makanan yang di ambil. Menu makanan kita biasanya sudah kaya akan Omega-6, oleh sebab itu usahakanlah untuk mengambil Omega-3.

Omega-3
Ada tiga jenis Omega-3: alpha-linolenic acid (ALA), eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). Tubuh kita mempunyai enzim yang merubah ALA menjadi EPA dan DHA. 

Sumber Omega-3 mesti diperolehi daripada makanan :
• ALA ditemui pada kacang walnut, flaxseed, minyak flaxseed dan Telur
• EPA dan DHA banyak ditemui dalam ikan berlemak seperti salmon, tuna, makarel, hering dan sardin

Sumber Omega-6 diperolehi daripada makanan :
• Daging, jagung, minyak bunga matahari, kedelai

Jadi, apabila menu makanan yang ibu berikan kepada anak sudah seimbang, bervariasi dan cukup lengkap, maka dia tidak perlu lagi mengambil suplemen.

OmegaGuard mengandungi Omega-3
GLA Shaklee mengandungi omega-6

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...