Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Thursday, 14 February 2013

Halalkah bovine gelatin Shaklee?


Di hari Jumaat yang mulia ini,saya nak sentuh isu tentang Halal Haram produk Shaklee. Kebelakangan ni banyak betul isu tentang Halal Haram Shaklee. Tidak mengapa, itu adalah hak kita sebagai pengguna untuk memastikan benda-benda yang diambil tu benar-benar halal. Apatah lagi ia berkenaan dengan benda yang nak dimasukkan dalam badan. Oh, saya harap kita tidak hanya menitik-beratkan halal haram dalam makanan ye. Tetapi juga pergaulan, pemakaian, percakapan dan seluruh aspek kehidupan. Barulah dinamakan Islam yang sebenar, bukan.

Beberapa produk Shaklee berbentuk kapsul iaitu CarotoMax (Vit-A), Vitamin E & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Lalu, bagaimanakah status kehalalannya?

Alhamdulillah, saya telah diyakinkan oleh upline dan kawan-kawan saya bahawa gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapa upline saya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Alhamdulillah.

Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke’HALAL’an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee…


Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM…



Kalau dilihat pada sijil halal tersebut, kesemua produk yang ada di Malaysia ada tertulis dalam tu. Alhamdulillah. Jadi, gunakan tanpa was-was ya. Jika masih ragu-ragu silakan hubungi pihak yang berkenaan dan berkaitan. Tetapi seperti yang dinyatakan di atas penghasilan untuk negara Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Jadi, untuk maklumat lanjut tentang Shaklee Malaysia tanyalah Shaklee Malaysia, bukan Shaklee Jepun(sebagai contoh) pula ye. 

Untuk rakan-rakan di luar negara, Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Jadi, sila check dengan Distributor di sana untuk kepastikan ya.

p/s – saya juga seorang muslim, tentunya saya tidak mahu menambah saham dosa saya dengan memakan sesuatu yang haram apatah lagi mengedarkannya kepada orang ramai.

credit:hanisamin


Hubungi saya di kioskvitamin@gmail.com atau SMS 019-9824691 untuk konsultasi atau maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...