Welcome Bloggers!

Terima kasih singgah ke teratak saya,
Alhamdulillah...di sini anda boleh dapatkan info mengenai: Vitamin Shaklee


Saya boleh dihubungi di:
Facebook: www.facebook.com/wanna.wzamry
FB Page: www.facebook.com/KioskVitamin1
SMS/Wassap 016-4415473
Email: wnorazlina@yahoo.com | kioskvitamin@gmail.com

Followers

Thursday, 8 May 2014

Bahaya kanser usus...artis menderita

Terkejut dengan berita hari ini.
Enot dah setahun menderita kanser usus, kini di tahap ke 2.



Katanya dalam Sinar Harian, 8 Mei 2014,
“Pada mulanya memang saya ada rasa sakit tetapi saya biarkan saja hinggalah berlaku pendarahan ketika buang air besar. Kemudian saya ada berjumpa doktor dan disahkan mengidap kanser usus."

Pesakit kanser usus juga pada mulanya berasa dirinya sihat, malah gejala kerap sakit perut, tetapi tidak boleh buang air besar juga dianggap satu perkara normal. 

Pernah atau tidak anda terfikir bahawa sakit perut yang dianggap biasa itu mungkin akan disebabkan penyakit lain yang lebih besar dan serius sehingga boleh mengancam nyawa iaitu kanser usus?


Untuk pengetahuan, kita tidak boleh bersikap sambil lewa apabila berhadapan dengan situasi seperti itu. Sekali dua ia berlaku tidak mengapa, namun jika anda selalu mengalami masalah berkenaan, dapatkan pemeriksaan secepat mungkin untuk memastikan puncanya sebelum ia semakin melarat.

Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia amat berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. 

Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser paling kerap berlaku dan lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas. 


Ia terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum. Tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum manakala tahap ketiga, kanser akan merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru. 

Perunding Pakar Bedah Am Damai Service Hospital (DSH) Dr Tan Liam Chwee berkata, peningkatan jumlah pesakit kanser usus ada kaitan rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup kita hari ini yang banyak mengambil daging, makanan ringan dan kurang serat serta tidak disusuli dengan senaman. 

“Walaupun tidak dilarang makan daging, namun biarlah pengambilannya secara sederhana. Kena perhatikan juga cara memasak daging. Kurangkan daging yang dipanggang, goreng dan daging proses seperti sate, burger dan sosej. 

“Ini kerana proses pembuatan dan memasak boleh mengubah struktur kimia dalam daging yang menyebabkan ia menjadi karsinogenik iaitu bahan yang menyebabkan kanser. Selain itu, pengambilan alkohol dan tabiat suka merokok juga menyebabkan risiko untuk mendapat kanser usus lebih tinggi. 

“Apa juga jenis kanser, ia sukar dikesan pada peringkat awal dan ketika tanda-tanda berkaitan mula dikesan, penyakit mungkin sudah sampai ke tahap yang serius. Tahap serius penyakit pula berbeza bagi setiap pesakit, bergantung pada saiz dan kedudukan sel kanser di dalam usus. 

“Dalam sesetengah kes, tanda yang muncul mungkin disebabkan situasi lain yang bukan kanser seperti yang disangka contohnya masalah keradangan usus,” katanya. 


Antara tanda penting kanser usus adalah apabila terdapat perubahan jadual (kekerapan dalam sehari atau seminggu) ke tandas, kerap ke tandas, tetapi masih rasa tidak puas, masalah sembelit dan cirit-birit saling berganti serta najis pula bercampur darah atau berwarna kehitaman. 

Nasihatnya, jika anda termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi, lakukan sesuatu untuk mengubah faktor risiko berkenaan. Perkara utama ialah mengubah tabiat pemakanan dengan melebihkan pengambilan serat. Cara paling senang ialah makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. 

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kanserususmeningkat/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...